omniture

Huawei Mengumpul Pakar Industri Kuasa dan ICT untuk Menerokai Grid Pintar Terhubung Lebih Baik

Penyelesaian ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) Terkini untuk Grid Pintar Dipertunjukkan semasa Sidang Kemuncak Industri Kuasa Global Huawei
Huawei
2014-08-22 21:20 125

BRISBANE, Australia, 22 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global terkemuka, telah menganjurkan Sidang Kemuncak Industri Kuasa Globalnya yang kedua di Brisbane, Australia mulai 21 ke 22 Ogos 2014. Dengan tema "ICT Inovatif Memperkasa Grid Pintar Terhubung Lebih Baik", acara itu membawa bersama wakil daripada syarikat kuasa, organisasi industri serta komuniti akademik dari seluruh dunia untuk berkongsi maklumat dan amalan terbaik bagi membina grid pintar terhubung dan turut menerokai arah aliran akan datang dalam industri kuasa.

Acara itu turut merangkumi beberapa sesi pembentangan ucapan dasar serta sesi meja bulat termasuk sesi ucapan dasar pertama dengan tema "Tenaga Elektrik Masa Hadapan Memerlukan Grid Pintar Terhubung Lebih Baik," yang melaluinya para eksekutif daripada syarikat kuasa Australia dan Ethiopian Electric Power Corporation telah membuat pembentangan yang padat dengan maklumat tentang penggunaan grid pintar bagi mencapai masa tindak balas yang dipertingkat dan turut menyepadukan IT dan OT (Teknologi Pengendalian) untuk grid kuasa.

Sebagai sebahagian daripada acara itu, Huawei dan IDC juga telah mengeluarkan laporan bersama bertajuk "ICT Inovatif Memperkasa Grid Kuasa Terhubung Lebih Baik," dan Christopher Holme, Juruanalisis Kanan International Data Corporation (IDC) bercakap tentang peranan teknologi ICT inovatif dalam membina grid kuasa yang terhubung lebih baik.

"Grid kuasa yang terhubung dengan lebih baik mempunyai empat ciri utama. Pertama, ia mesti interaktif dan serasi dengan sumber tenaga boleh diperbaharui, kemudian ia memerlukan sistem penghantaran lebih pintar yang boleh mengubah suai tarif tenaga elektrik yang mengawal atur permintaan penggunaan kuasa. Sementara itu, IT dan OT akan diselaraskan dalam masa hadapan yang memerlukan grid yang disatukan, dan terdapat satu prasyarat yang mendasari semua ciri ini, iaitu kemampuan yang tegap dan boleh pulih sendiri. Grid Pintar yang lebih baik ialah grid terhubung sepenuhnya yang menyediakan tenaga elektrik di mana-mana sahaja pada setiap saat dan turut menggunakan setiap watt," kata En. David He, Presiden Pemasaran dan Jualan Penyelesaian, Huawei Enterprise Business Group.

Semasa acara itu, Huawei mempertunjukkan empat penyelesaian ICT yang inovatif untuk grid pintar yang terhubung lebih baik.

  • Penyelesaian Komunikasi Penghantaran Kuasa: Penghantaran tulang belakang yang Mantap & Andal, satu jaring menyokong semua perniagaan
  • Penyelesaian Automasi Pengedaran Kuasa & Penyelesaian AMI: Akses tangkas Berwayar & Tanpa Wayar, memenuhi keperluan semua senario
  • Sistem Perlindungan Kepintaran Rangkaian: Memastikan pengendalian yang selamat dan lancar
  • Arus Terus Awan Teragih: Arus Terus Awan Teragih yang Lentur & Cekap menetapkan asas yang kukuh

Buat masa kini, produk dan penyelesaian ICT Huawei telah digunakan oleh lebih 160 syarikat kuasa di seluruh dunia dan syarikat itu ialah peneraju dalam pengaturan penggunaan penyelesaian pengagihan kuasa berasaskan eLTE komersil. Penyelesaian penghantaran komunikasi kuasanya telah digunakan di China, Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika Utara serta Eropah.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak itu, sila layari:
http://enterprise.huawei.com/topic/2014powersummit/index.html

Latar belakang Huawei

Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global terkemuka dengan wawasan untuk memperkaya kehidupan melalui komunikasi.

Hubungi:

Maggie Zhang
+ 86 755 8924 7562
E-mel: zhangxin83@huawei.com

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities Trade show news