omniture

GAC: Model Inovatif Terkini dan Rancangan Strategik Diperkenalkan Julung Kali di Auto China 2024

GAC
2024-04-29 20:16

GUANGZHOU, China, 29 April 2024 /PRNewswire/ -- GAC mempamerkan tawaran inovatifnya yang terkini dan rancangan strategik di Auto China 2024, mengukuhkan lagi komitmennya untuk memacu masa depan mobiliti. Selain daripada mendedahkan kemajuan yang terkini dalam pengangkutan pintar melalui pelan tindakan "Smart Mobility 2027" ("Mobiliti Pintar 2027"), GAC memperkenalkan beberapa model baharu, bagi memenuhi keutamaan dan keperluan pengguna yang pelbagai.

GAC: Latest Innovative Models and Strategic Plan Debut at Auto China 2024
GAC: Latest Innovative Models and Strategic Plan Debut at Auto China 2024

Pameran auto ini menyaksikan penampilan sulung global AION V generasi kedua, model unggulan daripada GAC AION. Model ini dilengkapi dengan 23 teknologi revolusioner seperti kabin AI kembang sendiri dan jarak pemanduan 750km. Kereta ini akan memasuki pasaran global pada bulan Julai 2024.

Hyper, sub-jenama premium di bawah GAC, memaparkan HT 2024 SUV yang amat dinanti-nantikan. Dilengkapi dengan keupayaan pemanduan pintar termaju dan jarak pemanduan amat jauh 825km yang mengagumkan, model ini menetapkan penanda aras baharu untuk kenderaan elektrik mewah dalam sektor automobil.

GAC bersedia untuk mengintegrasikan ciri-ciri NDA bandar tanpa peta ke dalam model-model Hyper menggunakan sistem ADiGO PILOT menjelang tahun 2024. Ujian pemanduan autonomi L3 yang berterusan sedang dijalankan, dengan rancangan pengeluaran besar-besaran dalam tempoh setahun. Memandang ke hadapan, GAC bermatlamat untuk memperkenalkan pemanduan autonomi L4 berpusatkan pengguna menjelang tahun 2027.

Sementara itu, GAC MOTOR memperkenalkan versi 2024 bagi model E9 yang tersedia dalam dua edisi baharu - Prestige dan State Custom. Turut mengiringi E9 ialah pengenalan GAC M6 MAX, sebuah MPV versatil yang direka bentuk untuk memenuhi permintaan keluarga mahupun individu moden.

Bagi memperlihatkan kepimpinan yang berpandangan jauh, GAC MOTOR mengumumkan rancangan untuk berkolaborasi dengan Huawei untuk casis pintar dan teknologi interaksi manusia-mesin, bertujuan untuk mengintegrasikan inovasi daripada syarikat gergasi teknologi itu ke dalam kenderaan-kenderaan yang akan datang.

GAC turut melancarkan inisiatif strategik yang berjudul "Smart Mobility 2027". Menjangkau sepanjang tempoh tiga tahun, rancangan ini mengutamakan pengukuhan Platform Model Besar AI GAC, Seni Bina Elektronik dan Elektrik X-SOUL dan Platform Data Raya Terhubung Pintar GAC. Inisiatif ini bertujuan untuk memajukan pembangunan pemanduan pintar dan juga teknologi kokpit.

Menerusi kekuatan dalam jenama, modal, lokasi dan senario, GAC Group bersiap sedia untuk merealisasikan pelan tindakan "Trillion GAC". Berpandukan pelan "Smart Mobility 2027", syarikat ini bermatlamat untuk mencipta penyelesaian perjalanan yang komprehensif, pintar dan tiga dimensi untuk semua senario. Usaha ini menjurus ke arah mengukuhkan kepimpinan global dalam perjalanan pintar, memanfaatkan inovasi teknologi untuk meningkatkan produktiviti dan memberi sumbangan kepada aspirasi China untuk mendominasi industri automotif.

Source: GAC
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation