omniture

Shanghai Electric Keluarkan Laporan ESG, Menonjolkan Pencapaian Pembangunan Mampan dalam tahun 2023

Shanghai Electric
2024-04-29 20:50 17
  • Penggunaan arang batu standard dikurangkan sebanyak 3,234 tan, dengan emisi CO2 dikurangkan sebanyak 8,409 tan. Pengunaan air berkurangan sebanyak 40%.
  • Pelaburan Syarikat dalam perlindungan alam sekitar meningkat kepada 70 juta RMB. 
  • Shanghai Electric terus menerajui teknologi hijau, mencapai pelbagai kejayaan dalam inovasi teknologi rendah karbon, dengan pelaburan dalam R&B mencapai rekod tertinggi dalam tempoh lima tahun.

SHANGHAI, 29 April 2024 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) mengumumkan bahawa Syarikat ini menerbitkan edisi 2023 laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus, yang menonjolkan usaha terkininya dalam memacu ke arah kemampanan dalam seluruh operasi korporatnya sepanjang tahun berkenaan. Laporan terbaru ini, yang kelapan sejak laporan pertama yang dikeluarkan pada tahun 2016, menawarkan gambaran keseluruhan pencapaian teknologi Shanghai Electric dalam tiga bidang perniagaan utamanya – peralatan tenaga, peralatan industri dan perkhidmatan bersepadu – yang melaluinya Syarikat membantu memudahkan transformasi hijau, rendah karbon di negara-negara seperti China, Pakistan dan Emiriah Arab Bersatu.

 
Shanghai Electric Launched 2024 Ramadan Donation Campaign, Providing Rice, Flour, Cocking Oil, and Chickpeas, along with Other Daily Necessities to Villagers Celebrating Eid al-Fitr.

"Di Shanghai Electric, kami mengutamakan inovasi dalam teknologi hijau, mempercepatkan pembangunan rendah karbon dan dalam masa yang sama menumpukan perhatian kepada eko-pelaburan sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk mengukuhkan peranan kami dalam menangani isu-isu iklim global. Tahun lalu menyaksikan kami memperluaskan kerjasama untuk projek-projek hijau mencakupi pengangkutan, tenaga dan infrastruktur, membantu mendorong pertumbuhan ekonomi dengan impak alam sekitar yang minimum. Pada tahun 2023, Shanghai Electric terus mengambil tindakan untuk menyokong Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, memupuk pertukaran antarabangsa berhubung krisis iklim dengan menyokong COP28 dan memberi sumbangan yang efektif kepada penyahkarbonan," kata Wu Lei, Pengerusi Shanghai Electric.

Kemajuan Penting Ke Arah Kemampanan Dipacu oleh Inovasi Teknologi

Sepanjang tahun lalu, Shanghai Electric meningkatkan pelaburan untuk membangunkan teknologi dan produk baharu bagi memacu penyahkarbonan dan perlindungan iklim global. Pada tahun 2023, perbelanjaan Syarikat ke atas penyelidikan dan pembangunan (R&D) mencapai 5.381 bilion RMB, tertinggi sejak lima tahun lalu. Usaha terkini Shanghai Electric dalam teknologi heterosimpang (HJT) dan modul dwimuka jenis-N memperkukuh portfolio produk solarnya, dengan peratusan pelaburan R&B meningkat kepada 33.5%. Pelancaran pelbagai produk baharu dalam tahun 2023, termasuk turbin angin luar pesisir 16MW yang dikuasakan oleh platform Poseidon, sistem storan tenaga aliran cecair vanadium bekas 500kW dan alat elektrolisis Alkali 2000Nm3/H meningkatkan lagi kehebatan teknologi Shanghai Electric. Usaha R&B membolehkan Syarikat memperoleh 2,931 paten.

"Tahun 2023 menandakan tahun inovasi untuk Shanghai Electric. Kami percaya teknologi merupakan kuasa produktif utama yang memacu perniagaan kami ke hadapan, maka kami mengukuhkan kedudukan kami dalam industri tenaga hijau, memfokuskan kepada pembangunan peralatan tenaga, peralatan industri dan perkhidmatan bersepadu bagi menggalakkan transformasi dan penaiktarafan industri," kata Liu Ping, Presiden Shanghai Electric.

Pada tahun 2023, Shanghai Electric memanfaatkan kelebihan strategik dan kepakaran industrinya untuk menyediakan penyelesaian hijau kepada lebih banyak syarikat tenaga dan industri, menyumbang kepada transformasi dan pembangunan hijau rendah karbon. Shanghai Electric mengambil bahagian dalam pembinaan stesen janakuasa nuklear generasi keempat yang pertama di dunia dan unit penjana menggunakan arang batu pemanasan semula berganda ultra-superkritikal yang memperbaharui rekod dunia bagi penggunaan arang batunya yang rendah. Selain itu, projek penting Shanghai Electric, projek penyepaduan perikanan-angin terapung pertama di dunia, telahpun siap dalam tahun tersebut, dengan penyelesaiannya memperkasa transformasi hijau untuk China, Emiriah Arab Bersatu, Pakistan, Serbia, Malaysia, United Kingdom, Uzbekistan dan banyak lagi.

Laluan Profesional Pelbagai Memperkasa Pembangunan Kerjaya Pekerja

Shanghai Electric terus meningkatkan peluang pembelajaran dan kemajuan kerjaya untuk pekerjanya, menyediakan program peningkatan kemahiran dan pemahiran semula bagi memberi manfaat kepada pekerjanya. Syarikat ini memupuk budaya keterangkuman, memastikan pertumbuhan dan kebolehsuaian berterusan tenaga kerjanya dalam landskap global yang pantas berubah ini. Pada tahun 2023, Syarikat ini menganjurkan seminar dan program latihan untuk pekerja pengurusan dan teknikal pertengahan umur dan muda, mengeluarkan kertas putih mengenai pengurusan kesihatan pekerjaan, mengambil langkah untuk mengukuhkan kesedaran mengenai keselamatan tempat kerja dan menganjurkan pelbagai aktiviti yang dibangunkan untuk memperkayakan pengalaman pekerja serta meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Menyokong Pembangunan Masyarakat dan Meningkatkan Mata Pencarian Tempatan

Pada tahun 2023, Shanghai Electric melabur sebanyak 30.433 bilion RMB bagi menyokong pembinaan luar bandar di China dengan sumbangan dibuat oleh Syarikat dan subsidiari-subsidiarinya bagi meningkatkan infrastruktur dan mata pencarian tempatan, mencapai 5.088 juta RMB. Di Dubai, Shanghai Electric bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk membangunkan sistem pengurusan HSE (Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar) dengan tujuan untuk menambah baik persekitaran ekologi dan biodiversiti di kawasan-kawasan berhampiran Taman Solar Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Bagi komuniti berhampiran projek lombong arang batu dan kuasa bersepadu Thar di Pakistan yang terjejas akibat bencana alam, Shanghai Electric menyediakan penyaman udara dan komputer serta membina hospital berkeluasan 10,000 meter persegi yang digelar sebagai "hospital bergerak" oleh penduduk tempatan. Semasa Hari Raya Aidilfitri 2024, Shanghai Electric turut menyumbang makanan dan sayur-sayuran kepada kampung-kampung berjiran sebagai sebahagian daripada inisiatifnya untuk menghubungkan masyarakat setempat dan mendorong fahaman pelbagai budaya.

Sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/listed_en/upload/resources/file/2024/04/28//101437.pdf untuk membaca laporan selanjutnya.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research Cision Influencer List - ESG