omniture

ZTE raih Anugerah Kepimpinan Iklim 2023 (Senarai A)

ZTE Corporation
2024-04-29 23:50 21
  • ZTE diberi penghormatan dengan Anugerah Kepimpinan Iklim 2023 (Senarai A), mengiktiraf sumbangan cemerlangnya kepada mitigasi perubahan iklim dan pembangunan mampan
  • Sasaran pengurangan emisi GHG jangka pendek dan jangka panjang ZTE diluluskan oleh SBTi dan disenaraikan pada papan pemuka sasaran SBTi

SHANGHAI, 29 April 2024 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, hari ini mengumumkan bahawa ia diberi penghormatan dengan Anugerah Kepimpinan Iklim 2023 (senarai A) di "Pengeluaran Laporan Tahunan 2023 dan Majlis Penyampaian Anugerah CDP China - Menerima Piawaian Pendedahan Antarabangsa dan Memperkasa Suara Syarikat-syarikat China." Pengiktirafan ini diperoleh apabila kes kajian ZTE "Target-Driven, Layered Decoding: Pathways and Actions to Achieve Climate Goals" ("Penyahkodan Berlapis, Berpacukan-Sasaran: Laluan dan Tindakan Mencapai Matlamat Iklim") ditonjolkan dalam Laporan Pendedahan Korporat CDP China 2023.

ZTE was honored with 2023 Climate Leadership Award (A list) at the event
ZTE was honored with 2023 Climate Leadership Award (A list) at the event

Summer Chen, Naib Presiden dan Pengurus Besar Strategi Penjenamaan & PR di ZTE, dijemput untuk menyampaikan ucapan sebagai wakil syarikat pemenang anugerah dan mengambil bahagian dalam Pelancaran Inisiatif "Tindakan Melangkaui Pendedahan Iklim" Minggu Iklim Shanghai. Beliau berkongsi tindakan syarikat dan kepimpinan dalam menggalakkan inovasi hijau dalam ucapan beliau yang bertajuk "Membentuk Inovasi Digital untuk Masa Depan Bersama." Beliau menyatakan, "Pembangunan hijau dan mampan merupakan konsensus global, dengan kecerdasan digital memainkan peranan yang penting. Sejajar dengan trend ini, ZTE menumpukan perhatiannya kepada inovasi hijau dan rendah karbon serta menerima penarafan A untuk tindakan iklim terkemukanya dalam Soal Selidik Perubahan Iklim CDP 2023, penghormatan yang diterima oleh banyak 2% daripada peserta global."

Summer Chen menekankan komitmen ZTE kepada pembangunan hijau, memanfaatkan inovasi teknologi untuk membentuk ekosistem mesra alam. Komitmen ini disokong oleh empat dimensi: operasi hijau, rantaian bekalan hijau, infrastruktur digital hijau dan pemerkasaan hijau, menyumbang untuk mencapai matlamat puncak karbon dan keneutralan karbon.

Dalam operasi hijau, ZTE mencapai penurunan 9.7% YoY bagi emisi GHG mutlak (skop 1&2&3) sepanjang rantaian nilai, penurunan 14.58% YoY dalam keamatan fizikal emisi GHG semasa fasa penggunaan dan penyelenggaraan produk telekomunikasi syarikat yang dijual dan lebih 700% YoY pertumbuhan kapasiti terpasang penjanaan kuasa PV pada tahun 2023.

Dari segi rantaian bekalan hijau, syarikat ini telah menyelesaikan audit pengurangan karbon untuk lebih daripada 150 pembekal dan mencapai 3.26% pengurangan keamatan emisi karbon melalui usaha logistik hijaunya. Tambahan pula, ZTE dianugerahkan sebagai "Perusahaan Pengurusan Rantaian Bekalan Hijau Peringkat Nasional."

Bagi infrastruktur digital hijau, ketika ini ZTE memegang lebih 650 paten hijau, menjalankan penilaian jejak karbon untuk 101 produk, mencakupi semua kategori produk. Syarikat ini membantu pengendali global menjimatkan 10 bilion kilowatt-jam penggunaan elektrik setiap tahun.

Dalam bidang pemerkasaan hijau, syarikat ini berkolaborasi dengan lebih 1000 rakan kongsi industri terunggul dalam 15 sektor, termasuk keluli, metalurgi, pembuatan elektronik, pelabuhan, transit sel, perlombongan dan kuasa elektrik untuk melancarkan inisiatif hijau inovatif 5G+ yang meluas, mewujudkan lebih 100 senario aplikasi.

Khususnya, sasaran berasaskan sains ZTE, mencapai pengurangan emisi gas rumah hijau selaras dengan laluan had kenaikan suhu 1.5°C dan akhirnya mencapai emisi sifar bersih selewat-lewatnya pada tahun 2050, baru-baru ini diluluskan oleh inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi) dan disenaraikan pada papan pemuka sasaran SBTi. ZTE telah menjadi syarikat teknologi ICT berskala besar pertama di China yang mendapat kelulusan rasmi untuk sasaran pengurangan emisi GHG baik dalam tempoh jangka pendek mahupun jangka panjang dan mendapat tempat dalam Senarai A CDP, lalu memperlihatkan pencapaian penting dalam respons aktifnya kepada cabaran iklim global.

Sebagai ahli United Nations Global Compact (UNGC), Inisiatif Kemampanan Pemboleh Global (GeSI) dan Tindakan Digital Hijau COP28, ZTE akan terus memenuhi matlamat kedudukannya secara aktif sebagai "Pemacu Ekonomi Digital." ZTE menyasarkan emisi sifar bersih dan berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat teknologi rendah karbon penanda aras, memperkasa industri-industri melalui inovasi teknologi dan berkolaborasi dengan rakan kongsi untuk membentuk masa depan hijau dan lestari secara bersama.

PERTANYAAN MEDIA: 

ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn 

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Cision Influencer List - ESG