omniture

Pusingan Akhir Dunia ICPC 2023 Berakhir dengan Wadah Hebat Bakat Pengaturcaraan di Luxor

Huawei Technologies Co., Ltd
2024-04-29 23:49 98

LUXOR, Mesir, 29 April 2024 /PRNewswire/ -- Pusingan Akhir Dunia Pertandingan Pengaturcaraan Kolej Antarabangsa (ICPC) ke-46 dan ke-47 berakhir pada 18 April. Sejumlah 263 pasukan dari lebih 50 negara mengambil bahagian dalam pertandingan selama lima jam.

Pusingan Akhir Dunia ICPC di Mesir merupakan edisi yang ditangguhkan dan digabungkan bagi Pusingan Akhir Dunia 2022 dan 2023. Kejohanan Pusingan Akhir Dunia ke-46 dianugerahkan kepada pasukan Peking University yang menyelesaikan 10 daripada 11 masalah. Kejohanan bagi Pusingan Akhir Dunia ke-47 pula jatuh kepada pasukan daripada National Research University Higher School of Economics, yang menyelesaikan 9 daripada 11 masalah.

ICPC World Finals Competition in Luxor
ICPC World Finals Competition in Luxor

"Sejak beberapa tahun yang lalu, kami mengekalkan pelaburan sebanyak lebih-3-bilion-dolar dalam penyelidikan asas setiap tahun termasuk melabur untuk membantu memperbesarkan komuniti pertandingan antarabangsa. Kami sentiasa mengalu-alukan bakat terbaik dunia untuk menyertai kami dan mengatasi cabaran terkini daripada industri ICT secara bersama," kata Liu Shaowei, Presiden Institut Penyelidikan Eropah Huawei.

ICPC berperanan sebagai perhimpunan pengaturcara tahunan yang paling berprestij, di mana minda paling bijak daripada universiti-universiti seluruh dunia bertemu dan bersaing antara satu sama lain. Semasa pertemuan ICPC, pasukan dengan tiga orang ahli menguji penguasaan algoritma mereka bagi merungkai masalah yang rumit dalam tempoh lima jam.

Tahun ini merupakan tahun keempat Huawei sebagai Penaja Berlian Pusingan Akhir Dunia ICPC. Selain daripada pertandingan utama, syarikat ini turut menganjurkan "Cabaran ICPC dikuasakan oleh Huawei", sesi olok-olok tambahan Pusingan Akhir Dunia ICPC yang melaluinya pakar-pakar daripada syarikat ini mencipta masalah algoritma yang diperoleh daripada senario perindustrian sebenar. Cabaran ini bertujuan untuk berkongsi ilmu perindustrian terkini bersama pelajar bagi memberikan pemahaman pragmatik kepada mereka mengenai cara untuk memacu kemajuan teknoogi yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada umat manusia dalam jangka masa terdekat.

Setakat ini, syarikat ini telah menganjurkan siri aktiviti pertandingan dengan kerjasama ICPC Foundation, termasuk Cabaran ICPC yang dikuasakan oleh Huawei, Kem Latihan ICPC, Kejohanan Cabaran ICPC yang dikuasakan oleh Huawei dan sebagainya. Pelaburan yang berterusan ini menunjukkan komitmen syarikat untuk meningkatkan tahap kemahiran keseluruhan dan meluaskan kumpulan bakat komuniti pengekodan antarabangsa.

Cabaran ICPC dalam talian yang dikuasakan oleh Huawei, maraton selama dua minggu, akan bermula pada 6 Mei.

Source: Huawei Technologies Co., Ltd
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education High Tech Security Internet Technology Telecommunications Trade show news