omniture

SUNRATE bekerjasama dengan YeePay perkasa syarikat Cina menavigasi pengembangan global

Sunrate
2024-04-30 08:00 21

SINGAPURA, 30 April 2024 /PRNewswire/ -- SUNRATE, platform pengurusan pembayaran dan perbendaharaan global pintar mengumumkan perkongsiannya dengan YeePay, penyedia penyelesaian pembayaran perusahaan yang terkemuka, untuk memperkasa syarikat-syarikat Cina berkembang ke pasaran-pasaran global.

Dengan trend berterusan peningkatan kesalinghubungan yang berlaku di seluruh dunia, China akan terus menjadi pengusaha yang penting dalam pembangunan global dan perusahaan Cina memainkan peranan penting, lebih daripada sebelum ini di persada antarabangsa. Walau bagaimanapun, untuk membawa penyesuaian yang lebih baik kepada persaingan antarabangsa dan bertindak balas kepada cabaran global, pewujudan dan pematuhan kepada rangka kerja pematuhan yang mantap menjadi daya saing teras dalam keperluan yang tidak dapat dielakkan dalam perusahaan antarabangsa. Antara cabarannya, pematuhan dan keselamatan pembayaran B2B rentas sempadan merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh perusahaan dalam proses pengantarabangsaan.

Apabila Majlis Negeri mendedahkan Peraturan Penyeliaan dan Pentadbiran Institusi-institusi Pembayaran Bukan-bank (selepas ini dirujuk sebagai Peraturan) yang akan berkuat kuasa pada 1 Mei 2024, YeePay dan SUNRATE akan menerima secara aktif semua keperluan pengawalseliaan dan membantu perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) berkembang ke peringkat global dengan lancar - dengan membina penyelesaian pembayaran perniagaan global sehenti yang patuh dan selamat serta menilai peluang pertumbuhan global.

Bin Tang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di YeePay berkata, "Kerjasama strategik antara YeePay dan SUNRATE akan meningkatkan lagi pematuhan dan keselamatan pembayaran rentas sempadan. Kedua-dua SUNRATE dan YeePay akan terus mengukuhkan pengurusan risiko, melindungi hak pengguna dan meninjau serta aktif model dan perkhidmatan kerjasama baharu bagi menyediakan kepada perusahaan Cina yang berkembang di peringkat global dengan perkhidmatan pembayaran serta transaksi yang selamat, mudah dan berkesan kos. Selain itu, kami berharap dapat melihat lebih ramai rakan kongsi menyertai kami, menyediakan perkhidmatan transaksi yang lebih baik kepada perusahaan Cina untuk berkembang di peringkat global."

Paul Meng, Pengasas Bersama di SUNRATE berkata, "Bagi SUNRATE, keselamatan dan pematuhan merupakan asas kepada operasi perniagaan kami. Tatkala kami berkembang ke pasaran-pasaran berbeza, SUNRATE mengekalkan operasi patuh di peringkat tempatan, termasuk kolaborasi mendalam bersama institusi-institusi kewangan tempatan yang terkemuka. Kami berasa gembira dapat menjalin perkongsian strategik dengan YeePay yang akan membolehkan kedua-dua syarikat saling bekerjasama, demi mewujudkan perkhidmatan pembayaran dan kutipan perniagaan global yang lebih selamat dan lebih cekap untuk perusahaan Cina."

Latar Belakang SUNRATE 

SUNRATE ialah platform pengurusan pembayaran dan perbendaharaan global pintar untuk perniagaan di seluruh dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 2016, SUNRATE diiktiraf sebagai penyedia penyelesaian yang terkemuka dan membolehkan syarikat-syarikat beroperasi dan berskala baik di dalam negara mahupun secara global di lebih 190 negara serta wilayah menerusi platform proprietari canggihnya, jaringan global yang luas dan API yang mantap.

Menerusi ibu pejabat perniagaan globalnya di Singapura dan pejabat-pejabat di Hong Kong, Jakarta, London dan Shanghai, SUNRATE bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan global yang terkemuka seperti Citibank, Standard Chartered, Barclays dan J.P. Morgan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SUNRATE, kunjungi https://www.sunrate.com/

Latar Belakang YeePay 

Ditubuhkan pada tahun 2003, YeePay ialah salah satu penyedia perkhidmatan pembayaran perusahaan yang terkemuka di China. Syarikat ini menyediakan penyelesaian pembayaran keseluruhan untuk perusahaan, mengintegrasikan pelbagai saluran pembayaran termasuk dalam talian, mudah alih dan luar talian pada bahagian hadapan dan memperkemas proses penyelesaian pada bahagian belakang. Kelebihan utama YeePay ialah penyelesaian tersuai dan perkhidmatan bernilai tambah untuk vertikal industri termasuk syarikat penerbangan dan perjalanan, peruncitan baharu, kewangan Internet, pentadbiran dan pendidikan, rentas sempadan dan sebagainya. YeePay memegang lesen pembayaran daripada People's Bank of China dan lesen rentas sempadan daripada State Administration of Foreign Exchange.

Source: Sunrate
Keywords: Banking/Financial Service