omniture

Clé de Peau Beauté dan UNICEF Melepasi Separuh Matlamat Tiga Tahun dalam Tahun Pertama Pembaharuan Perkongsian Perkasa 5.7 Juta Kanak-kanak Perempuan melalui STEM

Clé de Peau Beauté
2024-04-30 10:00 15

TOKYO, 30 April 2024 /PRNewswire/ -- Jenama kecantikan mewah bertaraf global Clé de Peau Beauté dan UNICEF telah menamatkan tahun pertama perkongsian mereka yang diperbaharui, mendekati lebih daripada 3 juta orang kanak-kanak perempuan di seluruh dunia dan meletakkan perkongsian ini di landasan yang betul untuk menyerlahkan potensi lebih ramai kanak-kanak perempuan berbanding yang diunjurkan menjelang tahun 2025.

Memacu kejayaan ini ialah inisiatif Skills4Girls daripada perkongsian ini, yang menggabungkan pelbagai program inovatif yang bekerjasama dengan dan untuk kanak-kanak perempuan di seluruh dunia, menghubungkan mereka dengan ilmu dan kemahiran STEM yang mereka perlukan agar kompetitif dalam tenaga kerja abad ke-21. Secara global, satu dalam empat orang kanak-kanak perempuan berumur 15–19 tahun tidak bekerja mahupun belajar atau mendapat latihan berbanding satu dalam sepuluh kanak-kanak lelaki yang sebaya.[1] Inisiatif Skills4Girls yang transformatif dibangunkan untuk membantu mengatasi ketidaksamaan jantina ini.

"Lebih 90% pekerjaan di seluruh dunia mempunyai komponen digital, tetapi pilihan tetap terhad atau tidak wujud untuk kanak-kanak perempuan, terutamanya remaja perempuan, dalam bidang yang didominasi oleh golongan lelaki ini. Kami teruja melihat kemajuan yang signifikan dibuat bagi merapatkan jurang jantina STEM hanya dalam tahun pertama perkongsian kami yang diperbaharui bersama Clé de Peau Beauté dan kami berharap dapat meneruskan usaha kami bersama-sama untuk memperkasa generasi kanak-kanak perempuan yang seterusnya," kata Pengarah Pengumpulan Dana Persendirian dan Perkongsian UNICEF Carla Haddad Mardini.

Perkongsian Clé de Peau Beauté for UNICEF bermula pada tahun 2019 dan diperbaharui pada tahun 2023 dengan matlamat baharu untuk mendekati 5.7 juta orang kanak-kanak perempuan di Bangladesh, China, Indonesia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Lao PDR, Namibia, Niger, Peru, Uzbekistan dan Vietnam menjelang tahun 2025. 

Bagi melihat usaha yang memberi impak ini dijayakan, sekumpulan wakil UNICEF dan Clé de Peau Beauté termasuk Cik Mizuki Hashimoto, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté, melawat Bangladesh baru-baru ini – salah satu wilayah utama yang disokong oleh perkongsian ini – bagi menyaksikan manfaatnya secara dekat.

"Kami semua di Clé de Peau Beauté berasa sangat bangga melihat perkongsian kami bersama UNICEF memberi impak yang cukup positif ke atas kehidupan kanak-kanak perempuan di seluruh Bangladesh. Ia benar-benar suatu pengalaman yang merangsang fikiran. Sokongan kami untuk Lembaga Kurikulum dan Buku Teks Kebangsaan mengubah sistem pendidikan di peringkat kebangsaan melalui kurikulum dan buku teks yang direka bentuk semula, responsif-jantina dan berasaskan kemahiran yang melengkapkan pelajar untuk abad ke-21," Cik Mizuki Hashimoto menceritakan pengalaman beliau. "Ia juga sangat menginspirasikan apabila melihat usaha kami menyokong kanak-kanak perempuan tidak bersekolah yang paling rentan yang diperkasa oleh inisiatif Skills4Girls, mendapat kemahiran yang mereka perlukan untuk menyokong diri mereka sendiri, keluarga dan komuniti mereka. Semua usaha yang berjaya ini mengesahkan komitmen kami terhadap pendidikan sebagai kunci kepada dunia yang lebih baik."

Semasa lawatan tersebut, kumpulan wakil Clé de Peau Beauté dan UNICEF berpeluang untuk bertemu pelajar yang telah tamat Skills4Girls yang berkongsi kisah peribadi beliau: "Sejak kecil, saya bercita-cita untuk belajar kemahiran komputer, namun kekangan kewangan menghentikan pendidikan saya. Hasil daripada kursus latihan komputer Skills4Girls, saya mendapat pelbagai kemahiran dan kini saya sendiri bekerja sebagai jurulatih. Saya telah menghancurkan tanggapan bahawa kanak-kanak perempuan tidak boleh cemerlang kerana kami boleh mencapai apa sahaja. Tiada sempadan yang dapat mengekang saya sekarang."

Clé de Peau Beauté menjanjikan sumbangan sektor swasta terbesar di dunia sebanyak AS$17.4 juta kepada Program Kesamaan Jantina UNICEF sejak perkongsian ini bermula pada tahun 2019. Sumbangan ini dibiayai melalui Kempen Pemasaran Berkaitan-Usaha global jenama ini, yang mana AS$3 daripada setiap pembelian The Serum, salah satu produk paling laris terjual daripada jenama ini, memberi manfaat kepada kerja lapangan UNICEF.

Latar Belakang Clé de Peau Beauté

Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada Shiseido Co Ltd, ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul bagi keanggunan dan sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian pada wanita dengan memanfaatkan teknologi solekan dan penjagaan kulit termaju dari seluruh dunia. Selamanya dibimbing oleh kepekaan dan kecerdasan estetik yang hebat, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, kepesonaan dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri dalam memberi keserian yang begitu luar biasa, terpancar dari dalam. Boleh didapati di 26 negara dan wilayah seluruh dunia. 

Laman Web Rasmi Clé de Peau Beauté: www.cledepeau-beaute.com 

Laman Penambat Clé de Peau Beauté untuk UNICEF: https://www.cledepeau-beaute.com/int/cpb-for-unicef.html 

Laman Penambat Kempen The Serum: https://www.cledepeau-beaute.com/int/unlockthepowerofgirls.html 

Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté: https://www.instagram.com/cledepeaubeaute/ 

Latar Belakang UNICEF 

UNICEF berkhidmat di beberapa tempat yang paling sukar di dunia untuk mendekati kanak-kanak yang paling kurang bernasib baik di dunia. Merentas lebih daripada 190 negara dan wilayah, kami berkhidmat untuk setiap kanak-kanak, di mana-mana juga, demi membina dunia yang lebih baik buat semua. Kunjungi www.unicef.org. UNICEF tidak mengendors mana-mana syarikat, jenama, produk atau perkhidmatan.

 

 
Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Education Household/Consumer/Cosmetics Retail Children-related news Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements Not for profit Women-related news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) DEI Page Cision Influencer List - ESG