omniture

Godox Lancar Magic XT1: Sistem Mikrofon Tanpa Wayar 2.4GHz Generasi-Seterusnya Membuatkan Anda Percaya Keajaiban

Godox
2024-05-01 15:30 13

SHENZHEN, China, 1 May 2024 /PRNewswire/ -- Godox, pakar peralatan pencahayaan dan penginovasi peralatan untuk jurugambar dan jurugambar video, dengan bangganya mempersembahkan sistem mikrofon tanpa wayar 2.4GHz serba baharu Magic XT1. Ia merupakan sistem mikrofon tanpa wayar 2.4GHz Generasi-Seterusnya yang direvolusikan dengan reka bentuk pengecasan-dalam-RX yang membawa perbezaan daripada bekas pengecas tradisional. Membawakan skrin sentuh OLED, sandaran trek keselamatan & prestasi audio unggul, ia menawarkan pengalaman premium terulung kepada anda.


Penerima Juga Bekas Pengecas 

Menggunakan bahasa reka bentuk 2+1=1 yang tiada tandingan, Magic XT1 membawakan penampilan baharu rintis dengan struktur pemancar-dalam-penerima untuk kedua-dua pengecasan & penyimpanan TX dalam satu RX, menyampaikan ciri kemudahalihan ajaib untuk wawancara, strim langsung, penggambaran luar dan banyak lagi.

Binaan Akustik Premium

Dicipta dengan teknologi akustik berkualiti terbaik, Magic XT1 mempunyai komponen mikrofon premium yang menyampaikan audio Hi-Res 48kHz/24bit mengagumkan dengan SNR 70dB dan SPL 115dB Maksimum.

Trek Mono/Stereo/Keselamatan

Magic XT1 menyediakan 3 mod rakaman – Trek Keselamatan Mono/Stereo/-6dB, membawakan tangkapan audio berkualiti tinggi dan keselamatan tambahan untuk pelbagai aplikasi.

Antara Muka Skrin Sentuh Boleh Disesuaikan  

Magic XT1 direkayasa dengan skrin sentuh OLED & butang intuitif serta bicu fon kepala 3.5mm untuk penalaan halus yang mudah dan pemantauan masa nyata dalam setiap senario rakaman.

Sokongan UAC – Untuk Rakaman Atas Meja 

Disokong oleh standard USB Audio Class (UAC), Magic XT1 membolehkan pengguna mendapatkan sambungan audio digital segera ke atas meja dan mencipta melalui kabel Type-C tunggal.

Pemprosesan Audio Pro

Sistem ini menawarkan tetapan tersuai berkuasa, termasuk pengurangan hingar dinamik (DNR) 1-klik, turas penggal 150Hz dan pelarasan kelantangan 10-tahap untuk penalaan setiap mikrofon yang tepat.

Julat LOS 200M Maksimum 

Dibina dengan antena 2.4GHz gandaan tinggi, Magic XT1 dapat mencapai jarak penghantaran garis tampak sehingga 200m, membolehkan anda kekal terhubung walaupun dalam senario yang mencabar.

Reka Bentuk Kecil & Mudah Alih 

Magic XT1 didatangkan dengan dua perumah berasingan TX ultra-kecil 8g dalam unit RX. Hanya pakai mikrofon menggunakan magnet yang disertakan atau klip belakang disemat pada pakaian anda untuk rakaman terbaik.

Latar Belakang Godox 

Ditubuhkan pada tahun 1993 sebagai kemudahan pembuatan berteknologi tinggi yang mengkhusus dalam pencahayaan dan peralatan audio, Godox kini menjadi pakar peralatan pencahayaan dan penginovasi peralatan untuk jurugambar, jurugambar video dan banyak lagi. Didorong oleh misi untuk menawarkan penyelesaian pencahayaan dan audio yang hebat, Godox sentiasa menerobos sempadan teknologi dan tekal membawakan produk profesional kepada banyak industri.

Yaki Luo
yaki@godox.com

Source: Godox
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Retail New products/services