omniture

Keeper Security Jalin Perkongsian Keselamatan Siber Dengan Williams Racing

Keeper Security
2024-05-03 09:18 9

Keeper dan Williams Racing mengumumkan hari ini penajaan berbilang tahun yang baharu

SINGAPURA dan MELBOURNE, Australia, 3 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Keeper Security, penyedia utama bagi perisian keselamatan-siber kepercayaan-sifar dan pengetahuan sifar berasaskan awan yang melindungi kata laluan, rahsia, sambungan dan akses istimewa, menyertai Williams Racing sebagai Rakan Kongsi Rasmi menjelang F1 Miami Grand Prix. Dipercayai oleh beribu-ribu perniagaan dan berjuta-juta individu di peringkat global atas perisian keselamatan siber kepercayaan-sifar dan pengetahuan-sifar, jenama Keeper akan muncul pada baju pelindung pemandu dan FW46 yang dipandu oleh Alex Albon dan Logan Sargeant dalam musim Formula 1 semasa dan selanjutnya.

Kajian menunjukkan 74% ketirisan data termasuk elemen manusia, dengan majoriti disebabkan oleh kata laluan yang lemah atau dicuri. Pengurusan kata laluan mengurangkan risiko-risiko ini dan Keeper akan menjadi Rakan Kongsi Keselamatan Kata Laluan Rasmi Williams Racing.

"Data kami merupakan salah satu aset kami yang paling penting dan melindunginya adalah yang paling utama," kata James Vowles, Ketua Pasukan Williams Racing. "Mengekalkan beratus-ratus kata laluan untuk memastikan maklumat kami selamat dan data yang dilindungi memerlukan sistem yang mantap dan dipercayai. Keeper merupakan penyelesaian kepada kebimbangan ini, menyediakan keselamatan terbukti untuk maklumat anda dan amat menggembirakan untuk mengalu-alukan mereka ke Williams. Keeper turut merangkumi etos pasukan: kecemerlangan, inovasi rintis dan kesungguhan tanpa henti untuk berjaya."

"Bekerjasama dengan Williams Racing membawa peluang yang mengujakan untuk memaparkan penyelesaian keselamatan siber termaju Keeper Security di persada global," kata Darren Guccione, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Keeper Security. "Kemajuan teknologi dan semangat mengejar inovasi tanpa henti sinonim dengan Formula 1 yang mencerminkan misi Keeper untuk memberikan perlindungan generasi seterusnya kepada individu dan organisasi di seluruh dunia. Apabila detik penting, baik di dalam mahupun di luar trek, Keeper memacu penyelesaian keselamatan siber berkuasa yang memberi kedudukan kepada pelanggan kami mendahului penjenayah siber dalam landskap digital yang sentiasa berkembang."

Keeper menyediakan pelbagai tawaran pengguna dan perniagaan yang memenangi anugerah dari segi pengurusan kata laluan, kunci khas, rahsia dan sambungan istimewa, selain pembeza termasuk pemantauan web gelap, penyimpanan fail yang selamat dan banyak lagi. Penyelesaian Keeper diperluaskan kepada organisasi-organisasi semua saiz, bermula daripada pejabat rumah kecil hingga perusahaan multinasional dan agensi kerajaan.


 


Sila muat turun imej dan video di sini.

Latar Belakang Keeper Security 

Keeper Security mentransformasikan keselamatan siber untuk orang ramai dan organisasi di seluruh dunia dengan pengurusan akses istimewa generasi seterusnya. Penyelesaian keselamatan siber Keeper yang mudah digunakan dibina dengan keselamatan kepercayaan-sifar dan pengetahuan-sifar bagi melindungi setiap pengguna pada setiap peranti. Dipercayai oleh berjuta-juta individu dan beribu-ribu organisasi, Keeper merupakan peneraju untuk pengurusan kata laluan dan kunci khas, pengurusan kerahsiaan, akses istimewa, akses jarak jauh yang selamat dan pemesejan disulitkan.

Ketahui lebih lanjut: KeeperSecurity.com
Ikuti Keeper: Facebook Instagram LinkedIn X YouTube TikTok

Latar Belakang Williams Racing 

Williams Racing ialah salah satu daripada tiga pasukan teratas yang paling berjaya dalam sejarah Formula 1, memenangi 16 Kejohanan Dunia sejak ditubuhkan oleh mendiang Sir Frank Williams hampir 50 tahun yang lalu. Ikon bagi kecemerlangan sukan dan kejuruteraan British, Williams menjadi tempat bermulanya pemandu-pemandu legenda termasuk Nigel Mansell dan Alain Prost. Pasukan ini telah melakar sejarah sebelum ini dan sedang menjalankan misi jangka panjang untuk melakarnya sekali lagi.

 

 

Source: Keeper Security
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics High Tech Security Sports Licensing/marketing agreements