omniture

Tinjauan Global Persekutuan Lupus Sedunia Mendapati 91% Individu dengan Penyakit Lupus Dilaporkan Menggunakan Steroid Oral untuk Merawat Lupus

World Lupus Federation
2024-05-06 08:00 17

Masyarakat global digesa berkongsi hasil tinjauan dan fakta mengenai penyakit lupus pada 10 Mei untuk Hari Lupus Sedunia

WASHINGTON, 6 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Tinjauan global baru-baru ini yang dijalankan oleh Persekutuan Lupus Sedunia melaporkan bahawa 91% responden tinjauan mengambil atau telah mengambil steroid oral untuk merawat penyakit lupus mereka. Lebih 7,700 individu yang hidup dengan penyakit lupus dari lebih 100 negara menyertai tinjauan ini.

Hasil tinjauan menunjukkan bahawa peratusan besar responden (75%) telah menggunakan steroid selama lebih setahun dan 27% telah menggunakannya selama lebih sedekad. Selain itu, 43% responden melaporkan mengambil lebih daripada dos pengekalan yang disyorkan (5-7.5 mg) steroid sebagai dos harian biasa mereka dan 58% melaporkan mengambil dos maksimum 30 mg atau lebih tinggi. Sebilangan besar responden tinjauan (96%) melaporkan kebimbangan tentang kesan jangka panjang penggunaan steroid.

Lupus ialah penyakit autoimun kronik yang boleh mengakibatkan keradangan dan kesakitan di mana-mana bahagian badan, termasuk jantung, buah pinggang, paru-paru, darah, sendi dan kulit. Apabila menghidapi penyakit lupus, sistem imun, yang sepatutnya melawan jangkitan, sebaliknya menyerang tisu yang sihat. Ramai individu yang menghidapi penyakit lupus mengambil steroid (seperti prednison) untuk membantu mengurangkan keradangan. Walau bagaimanapun, steroid boleh mengakibatkan banyak kesan sampingan dan individu yang mengambil steroid untuk tempoh masa yang lama juga berisiko mengalami masalah kesihatan serius yang lain, seperti jangkitan, osteoporosis dan diabetes.

Penemuan tinjauan ini juga mengetengahkan beban ketara kesan sampingan yang dialami oleh pesakit lupus yang menggunakan steroid. Enam daripada sepuluh responden melaporkan mengalami sekurang-kurangnya satu kesan sampingan utama, seperti diabetes, penyakit jantung, kegagalan organ, osteoporosis, atau gangguan penglihatan. Angka ini meningkat kepada 70% dalam kalangan mereka yang telah mengambil steroid selama lebih daripada lima tahun.

Tambahan pula, 95% responden yang melaporkan penggunaan steroid juga dilaporkan mengalami sekurang-kurangnya satu kesan sampingan, dengan purata enam kesan sampingan dilaporkan bagi setiap individu daripada senarai 19 kesan yang berpotensi. Beberapa kesan sampingan yang paling menonjol ialah pertambahan berat badan (77%), perubahan mood (54%), perubahan penampilan (53%) dan insomnia (52%).

"Kita tahu bahawa steroid boleh mengurangkan keradangan dan membantu individu yang menghidapi penyakit lupus untuk mengawal penyakit ini, tetapi kita juga tahu bahawa steroid mengakibatkan pelbagai kesan sampingan dan boleh membawa kepada masalah kesihatan lain yang serius," kata Susan Manzi, MD, MPH, Pengarah Perubatan untuk Yayasan Lupus Amerika, Pengerusi Institut Perubatan Rangkaian Kesihatan Allegheny dan Pengarah Pusat Kecemerlangan Lupus. "Malangnya, hasil tinjauan ini mengesahkan sejauh mana kebergantungan individu yang menghidapi penyakit lupus pada steroid, termasuk dalam jangka masa yang panjang, dan mereka menggariskan keperluan mendesak supaya lebih banyak rawatan penyakit lupus yang tidak akan memberi kesan sampingan ketara dapat disediakan."

Mengesahkan jurang dalam penjagaan berpusatkan pesakit, 39% responden menyatakan bahawa penyedia penjagaan kesihatan mereka tidak meminta input mereka berkenaan keputusan dos steroid.

Hasil daripada tinjauan ini mengenai impak steroid dikeluarkan menjelang Hari Lupus Sedunia pada 10 Mei bagi membantu meningkatkan kesedaran tentang penyakit lupus. Persekutuan Lupus Sedunia telah menetapkan Hari Lupus Sedunia pada 10 Mei bagi menyatukan kumpulan lupus di seluruh dunia semasa Bulan Kesedaran Lupus dan menarik perhatian kepada impak penyakit ini kepada jutaan individu di seluruh dunia yang terjejas oleh lupus. Memandangkan kita menghampiri dengan Hari Lupus Sedunia, penting bagi kita terus menyokong akses yang lebih baik kepada rawatan yang selamat dan berkesan untuk penyakit lupus.

Persekutuan Lupus Sedunia menggalakkan individu di seluruh dunia pada 10 Mei untuk Hari Lupus Sedunia untuk berkongsi fakta tentang penyakit lupus, termasuk daripada tinjauan ini dan meningkatkan kesedaran menggunakan Set Peralatan Hari Lupus Sedunia yang rasmi.

Untuk butiran lanjut mengenai tinjauan ini, sila lihat ringkasan visual tumpuan utama dan hasil tinjauan terperinci.

Maklumat Tentang Persekutuan Lupus Sedunia
Persekutuan Lupus Sedunia  (WLF) ialah gabungan organisasi  pesakit lupus, bersatu untuk menambah baik kualiti hidup semua individu yang terjejas oleh penyakit lupus. Melalui usaha yang diselaraskan alam kalangan ahli gabungan, Persekutuan berusaha memperluas inisiatif global yang mewujudkan kesedaran dan pemahaman lebih besar mengenai penyakit lupus, menyediakan pendidikan dan perkhidmatan kepada individu yang menghidapi penyakit ini dan menyokong bagi pihak mereka.

HUBUNGI MEDIA
Mike Donnelly
Persekutuan Lupus Sedunia (World Lupus Federation)
donnelly@lupus.org

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2398137/4672730/World_Lupus_Federation_Logo.jpg?p=medium600

Source: World Lupus Federation
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research