omniture

FENC Capai Kejayaan Besar dengan Pengembangan Mampan Global bagi Poliester Kitar Semula

Far Eastern New Century Corporation
2024-05-06 10:07

TAIPEI, 6 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Far Eastern New Century (FENC) menerajui industri poliester kitar semula mampan yang global. Mempunyai pengeluaran poliester kitar semula gred-makanan yang terbesar di dunia, FENC mengawasi sistem pengeluaran dan penjualan bersepadu yang lancar bermula daripada suapan kitar semula hingga aplikasi produk akhir. Melalui kapasiti kitar semula FENC yang luas, FENC mengitar semula lebih 22 bilion keping botol PET kitar semula pascapengguna menjadi produk mampan yang berkualiti tinggi. Syarikat ini mencipta nilai daripada bahan buangan, menggunakan semula botol menjadi bungkusan makanan dan bukan makanan, bahan bersih, tekstil automotif, kelengkapan rumah, pakaian sukan, kasut dan banyak lagi. Perkongsian dengan kumpulan pelangggan jenama bertaraf dunia seperti Coca-Cola, Pepsi, Suntory, Fiji Water, F&N, Asahi, L'Oreal, Unilever, P&G, Nike, adidas, dan lululemon merupakan bukti untuk kedua-dua teknologi kitar semula termaju Syarikat dan komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada ekonomi kitaran.

Polyester Business Acting President of FENC Donald Fan participated in the groundbreaking ceremony together with Chief Minister of Melaka State
Polyester Business Acting President of FENC Donald Fan participated in the groundbreaking ceremony together with Chief Minister of Melaka State

Jejak FENC dalam pengeluaran poliester kitar semula merentasi seluruh Taiwan, Tanah Besar China, Jepun, AS dan Asia Tenggara. Bagi memperkukuh kepimpinannya dan mendorong sektor poliester ke arah menjadi sektor yang lebih baik, FENC meluaskan kapasitinya untuk poliester kitar semula gred-makanan bernilai tinggi secara aktif. Khususnya, kilang Kansai yang baru dirasmikan di Jepun, yang melengkapi kemudahan Kanto sedia ada, bersedia untuk memperkukuh dominasi FENC dalam pasaran poliester kitar semula Jepun. Di samping itu, pelancaran kilang kitar semula Vietnam tidak lama lagi dalam separuh kedua tahun 2024 bukan sahaja menyumbang kepada infrastruktur kitar semula tempatan, tetapi turut memajukan agenda ekonomi kitaran Vietnam. Tambahan pula, di Melaka, Malaysia, FENC memulakan kerja-kerja bagi projek pengembangan untuk kilang poliester kitar semulanya dalam April 2024. Dijadualkan memulakan proses pengeluaran menjelang akhir tahun 2025, pengembangan ini akan mencipta operasi huluan-hiliran bersepadu sepenuhnya dengan kilang pembuatan botol sedia ada, seterusnya meningkatkan penciptaan nilai sepanjang rantaian bekalan. Merentas Pasifik, kilang AS FENC menyelesaikan pengembangan kapasitinya dalam separuh pertama tahun 2024, menyuntik kevitalan yang diperbaharui ke dalam ekonomi kitaran negara.

Selama lebih tiga dekad, FENC memperjuangkan ekonomi kitaran. Dengan strategi pengeluaran dan penjualan yang tangkas, ia memperoleh kelebihan rantaian bekalan serantau dalam sektor poliester kitar semula, memupuk pembangunan mampan dalam seluruh landskap industri. Pada tahun 2023, FENC mendapat pujian meluas lantaran prestasi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urusnya (ESG) yang menjadi teladan, mengungguli penilaian kekitaran plastik global Minderoo Foundation, tersenarai antara 2.5% teratas dalam industri kimia global menurut penarafan risiko ESG Sustainalytics serta mendapat tempat dalam kedudukan 5 teratas bagi syarikat-syarikat tersenarai Taiwan dalam Penarafan ESG FTSE Russell.

Latar Belakang Far Eastern New Century (FENC)

FENC ditubuhkan pada tahun 1949. Ia merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa, berpangkalan di Taiwan, beroperasi di AS, Jepun, Tanah Besar China, Vietnam, Malaysia, Filipina dan banyak negara/wilayah lain. Dengan lebih 30,000 pekerja, FENC ialah satu-satunya pembekal poliester di dunia yang berintegrasi secara vertikal untuk menawarkan spektrum produk bermula daripada bahan mentah hingga produk pengguna. Hasil disatukan 2023 syarikat ini mencapai USD$8.3 bilion dengan USD$22 bilion bagi jumlah aset.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FENC sila kunjungi http://www.fenc.com

Source: Far Eastern New Century Corporation
Related Stocks:
Taiwan:1402
Keywords: Environmental Products & Services Conservation/Recycling Corporate Expansion Cision Influencer List - ESG