omniture

FWD Max Wealth menawarkan perlindungan dan maksimumkan ganjaran untuk peristiwa hayat yang penting.

FWD Insurance Berhad
2024-05-06 10:51 1

Raikan kehidupan dengan tambahan tiga peratus dibayar untuk peristiwa hayat yang penting

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Produk terbaharu FWD Insurance Berhad ("FWD Insurance"), FWD Max Wealth membolehkan pelanggan maksimumkan kekayaan mereka dengan peningkatan bayaran tunai terjamin ketika mereka meraikan peristiwa hayat yang penting.

Pelancaran FWD Max Wealth 
(Dari kiri): Grace Allison Toh, Ketua Pegawai Agensi FWD Insurance; Aman Chowla, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance; Susan Ong, Ketua Pegawai Pemasaran FWD Insurance and Lee Kok Wah, Ketua Pegawai Kewangan FWD Insurance
Pelancaran FWD Max Wealth (Dari kiri): Grace Allison Toh, Ketua Pegawai Agensi FWD Insurance; Aman Chowla, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance; Susan Ong, Ketua Pegawai Pemasaran FWD Insurance and Lee Kok Wah, Ketua Pegawai Kewangan FWD Insurance

Pelan endowmen ini menawarkan pelanggan fleksibiliti untuk memenuhi keperluan yang semakin berkembang untuk setiap orang dalam keluarga.  Dengan tempoh pembayaran premium pelbagai termasuk tempoh jangka pendek selama tiga, enam atau sembilan tahun, pelanggan boleh menikmati perlindungan dan manfaat simpanan sehingga 30 tahun.

"Sebagai syarikat insurans hayat yang berteraskan pelanggan, kami ingin menyediakan penyelesaian perlindungan yang menyokong keutamaan pelanggan kami, tanpa mengabaikan impian mereka," kata Aman Chowla, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance Berhad. "FWD Max Wealth membolehkan pelanggan kami menjalani kehidupan yang mereka inginkan sambal dapat menikmati peristiwa kehidupan istimewa dengan keyakinan keselamatan kewangan.

FWD Max Wealth menawarkan bayaran tunai terjamin yang semakin meningkat, sehingga 30 peratus daripada jumlah asas diinsuranskan, setiap tiga tahun dari permulaan polisi sehingga kematangan atau tamat.  Apabila polisi matang, pelanggan boleh menikmati Manfaat Matang sebanyak 130 peratus daripada jumlah asas diinsuranskan.  Dan, dengan "Celebrate Living Maturity Booster", pelanggan mendapat tambahan tiga peratus daripada jumlah asas diinsuranskan untuk setiap peristiwa hayat yang penting, sehingga tiga acara sepanjang tempoh polisi.

Pelan tersebut juga menyediakan perlindungan tambahan sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) semasa tempoh polisi.  Pelanggan akan menerima sehingga 130 peratus daripada jumlah premium yang dibayar. Sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan dalam tempoh 90 hari selepas kemalangan, manfaat tambahan yang sebanyak 100 peratus daripada manfaat kematian akan dibayar untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga anda.

"Kami komited untuk menawarkan pengalaman pelanggan terbaik sepanjang perjalanan insurans mereka bersama kami – mudah difahami, mudah dibeli, mudah diurus dan mudah dituntut. Ini semua demi mengubah cara orang ramai berfikir tentang insurans," kata Aman.

Lawati laman web FWD Insurance untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang FWD Max Wealth, hantarkan e-mel kepada kami di ask@fwd.com atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300 22 6262.

Sebagai alternatif, anda juga boleh berbual dengan ChatBot Fiby kami di WhatsApp di 03-22982477; di halaman Facebook rasmi kami atau di laman web kami di www.fwd.com.my 

Mengenai FWD Insurance Berhad

FWD Insurance Berhad (FWD Insurance) merupakan sebahagian daripada FWD Group, sebuah perniagaan insurans hayat pan-Asia dengan lebih 13 juta pelanggan merentasi 10 pasaran, termasuk beberapa pasaran insurans yang paling pesat berkembang di seluruh dunia.  FWD menyambut ulang tahunnya yang ke-10 pada tahun 2023.  Syarikat tersebut memberi tumpuan untuk menjadikan perjalanan insurans lebih mudah, pantas dan lancar dengan cadangan inovatif dan produk yang mudah difahami, didokong oleh teknologi digital.  Melalui pendekatan yang berteraskan pelanggan ini, FWD komited untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap insurans.

Mengenai Bank Simpanan Nasional (BSN)

BSN komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang menyeluruh kepada semua golongan masyarakat di Malaysia.  BSN berusaha untuk memberikan peluang yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia untuk mencapai masa depan kewangan yang lebih baik dan menjanjikan harapan yang lebih cerah.  Untuk mencapai matlamat ini, BSN menggabungkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang kewangan, yang disokong oleh rangkaian produk dan perkhidmatan yang menyeluruh, yang disampaikan melalui pelbagai titik akses di seluruh negara.

Diperbadankan pada tahun 1974, BSN kini mempunyai 7,569 pekerja, yang disokong oleh 387 cawangan, 39 Pusat Pembiayaan Mikro, 575 Mesin Juruwang Automatik (ATM), 147 Mesin Deposit Tunai (CDM), 257 Mesin Kitar Semula Tunai (CRM), 10 Cawangan Bank Bergerak (CBB) – 5 di Sabah, 4 di Sarawak dan 1 di Pahang.  Tambahan pula, terdapat lebih daripada 2,300 Ejen Bank BSN (EB BSN) di seluruh negara.  BSN memberi perkhidmatan kepada lebih 9 juta pelanggan di seluruh Malaysia dengan deposit runcit berjumlah RM20.61 bilion (sehingga Februari 2024).

BSN menawarkan rangkaian produk yang luas, meliputi kedua-dua jenis Konvensional dan Islam, termasuk produk-produk Simpanan, Pengurusan Aset Kewangan, Pembiayaan Mikro dan Peribadi dan Kad Kredit.

Untuk maklumat lanjut mengenai BSN, layari www.bsn.com.my

Source: FWD Insurance Berhad
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Insurance Financial Technology