omniture

Dipacu Enjin-AI, realme 12x 5G Menawarkan Kebolehan 5G Lebih Pantas Dari yang Lain; Terdapat di CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Yes, redONE dan TM

realme
2024-05-06 17:08 1

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Mei 2024 /PRNewswire/ -- realme, jenama teknologi terkemuka yang terkenal dengan komitmennya terhadap inovasi dan reka bentuk yang mengutamakan pengguna, hari ini telah melancarkan telefon pintar 5G berkuasa serba baharu, realme 12x 5G. Menegakkan semangat '5G untuk Semua Orang', penambahan terbaharu ini menawarkan prestasi menarik yang dipacu oleh pemproses 5G, fungsi Penggalak AI dan Paparan Melegakan Mata 120HZ, dilengkapi dengan reka bentuk yang menarik perhatian ramai.

Dipacu Enjin-AI, realme 12x 5G Menawarkan Kebolehan 5G Lebih Pantas Dari yang Lain; Terdapat di CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Yes, redONE dan TM
Dipacu Enjin-AI, realme 12x 5G Menawarkan Kebolehan 5G Lebih Pantas Dari yang Lain; Terdapat di CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Yes, redONE dan TM

Berhasrat untuk mentakrifkan semula pasaran sekali lagi, realme 12x 5G akan tersedia secara beransur-ansur di CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Yes, redONE dan TM bermula dari 3 Mei 2024, dengan pelan peranti bulanan masing-masing. Sementara itu, pelanggan juga boleh membuat pra-pesanan realme 12x 5G di Shopee, Lazada dan TikTok Shop mulai 5 Mei 2024.

Sambungan 5G Lebih Pantas dan Lebih Baik

realme 12x 5G mendapat kuasa daripada pemproses Dimensity 6100+ 5G, yang memperoleh skor penanda aras AnTuTu sangat mengagumkan melebihi 415,800, membawakan prestasi yang lebih baik daripada yang dijangkakan. Ia dilengkapi dengan Reka Letak 5G Surround Six-Antenna 360°, Teknologi Peningkatan Isyarat dan Pecutan Rangkaian Dwi-saluran yang mengukuhkan sambungan dan kelajuan rangkaian, membolehkan sehingga 3.27Gbps kelajuan muat turun ultra-pantas. Selain itu, ia menampilkan Hotspot Pintar Kuasa Rendah 5G, yang mana pengguna boleh berkongsi rangkaian 5G mereka tanpa menggunakan kuasa yang berlebihan.

Untuk senario permainan dan pemprosesan tinggi, pengguna realme 12x 5G boleh menggunakan Pemacu Enjin AI. Mod eksklusif ini mengoptimumkan pembahagian tenaga untuk memastikan penggunaan sistem dan prestasi permainan yang lebih pantas dan lancar, meningkatkan masa pelancaran aplikasi, kependaman permainan serta kestabilan kadar bingkai dengan berkesan.

Paparan Selesa-Mata Diperakui, Dilengkapi dengan Pengalaman Mudah Alih Lancar

Disokong oleh pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light, skrin paparan 6.67-inci realme 12x 5G dapat mengurangkan cahaya biru berbahaya dengan ketara, ditambah pula dengan kecerahan paparan serendah 1 nit – terendah dalam segmen – pengguna boleh menikmati detik mereka dengan tenang fikiran walaupun pada waktu malam. Dengan kadar penyegaran ultra tinggi 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 625 nits, ia memastikan penglihatan yang jelas walaupun di bawah cahaya matahari langsung.

Sementara itu, ia dilengkapi lima ciri pintar yang sering dilihat terdapat pada telefon pintar peringkat perdana, iaitu Air Gestures, Rainwater Smart Touch, Dynamic Button, Smart Code Scan, dan Mini Capsule 2.0, memberikan interaksi manusia-teknologi yang lebih hebat. Pengalaman luar biasa ini diteruskan dengan Sijil Kefasihan TÜV SÜD 48 bulan yang memastikan penggunaan lancar untuk masa yang akan datang, rintangan air dan habuk IP54, NFC 360° serta bicu fon telinga 3.5mm.

Tarian Bulu-Ringan Yang Menarik Perhatian

Untuk reka bentuk, realme 12x 5G, tersedia dalam Feather Green dan Glowing Black, menarik perhatian dengan Reka Bentuk Bulu Ringan, yang dimungkinkan dengan fotolitografi berskala nano. Beratus-ratus ribu motif bulu hiper-realistik - melalui lebih daripada 64 juta perubahan struktur dalam sinaran - merentasi permukaan telefon.

Selain itu, realme 12x 5G menampilkan kamera utama ultra-jelas 50MP untuk gambar sejernih kristal. 7.89mm Ultra Slim body dan dilengkapi dengan bateri besar 5,000mAh yang disokong oleh pengecasan pantas 15W.

Dengan penampilan menakjubkan dan pengalaman yang lancar, tidak dapat dinafikan realme 12x 5G adalah salah satu penghasilan baharu yang terbaik. Ia memberikan makna yang berbeza kepada telefon pintar 5G, seperti yang dibuktikan oleh pengalaman komprehensif yang ditawarkannya.

Sila dapatkan ketersediaan realme 12x 5G di bawah:

Device

RRP

Availability

realme 12x 5G

(Feather Green and Glowing Black)

RM1,099 (8GB+256GB)

RM899 (8GB+128GB)*

 

*Konfigurasi 8GB+128GB akan tersedia di kemudian hari

Rakan Kongsi Telco: realme 12x 5G boleh didapati di CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Yes, redONE dan TM bermula dari 3 Mei 2024.

 

e-Dagang: realme 12x 5G akan tersedia untuk pra-pesanan di Shopee, Lazada dan TikTok Shop rasmi bermula dari 5 Mei 2024.

-Tamat-

Tentang realme:

realme ialah syarikat teknologi pengguna antarabangsa yang menggugat pasaran telefon pintar dengan menjadikan teknologi canggih lebih mudah diakses. Ia menyediakan rangkaian telefon pintar dan peranti teknologi gaya hidup dengan spesifikasi premium, kualiti dan reka bentuk pendahulu trend kepada pengguna muda.

Ditubuhkan oleh Sky Li pada 2018, realme telah menjadi salah satu daripada 5 pemain telefon pintar terbaik di 30 pasaran antarabangsa dalam masa tiga tahun sahaja, dan realme telah memasuki pelbagai pasaran di seluruh dunia, termasuk China dan Asia Tenggara, Asia Selatan, Eropah, Timur Tengah, Latin Amerika, dan Afrika, dan mempunyai pangkalan pengguna antarabangsa melebihi 200 juta. 2024 adalah tahun penjenamaan semula untuk realme dengan slogan baharunya, "Jadikan ia nyata." Di bawah semangat jenama baharu, realme akan lebih memfokuskan kepada pengguna muda berbanding sebelum ini dan membawa manfaat yang nyata, jelas dan ketara kepada kehidupan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.realme.com/my/.

Source: realme
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Retail Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services