omniture

Luxury Atelier Maison Happiness (LAMH) bekerjasama dengan Shiji takrifkan semula Pengalaman Tetamu Mewah

Luxury Atelier Maison Happiness
2024-05-07 07:00 21

BANGKOK, 7 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Luxury Atelier Maison Happiness (LAMH) dengan bangganya mendedahkan model perniagaan rintis yang direka bentuk untuk mendorong keuntungan dan mempercepatkan pertumbuhan hasil, sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam industri mewah. Di bawah kepimpinan berwawasan Deepak Ohri, LAMH merevolusikan pengalaman mewah, menyelaraskannya dengan semangat insan dan memacu keputusan kewangan yang besar dan pengiktirafan pelanggan.

Sebagai respons kepada peningkatan yang ketara dalam aset tidak berbayar dalam sektor hospitaliti, LAMH muncul sebagai penyelesaian kritikal, merapatkan pengalaman tersuai dan persepsinya dengan mahir yang bukan sahaja mentakrifkan semula kemewahan, tetapi meningkatkan nilai harta tanah organisasi dengan ketara.

Penekanan strategik LAMH adalah untuk meningkatkan keuntungan, meningkatkan aliran hasil, mencapai inovasi yang utama dalam industri, memaksimumkan perolehan dan keuntungan bagi setiap bilik dan meningkatkan pengalaman tetamu secara meluas sejajar dengan visi jenama ini.

"LAMH ialah penyelesaian 'idea kepada pelaksanaan'; kami berperanan sebagai sistem navigasi dan panduan strategik yang menghalakan organisasi perniagaan mewah ke arah kecemerlangan dengan menumpukan perhatian untuk memaksimumkan keuntungan mereka bagi setiap bilik," ujar Deepak Ohri.

Syarikat ini membangunkan strateginya berkisarkan maklum balas pelanggan, analisis data dan tindakan strategik untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah utama yang membantutkan pertumbuhan perniagaan. Dengan memahami secara mendalam dan memenuhi keperluan dan keinginan unik pelanggannya serta memanfaatkan penyelesaian teknologi bersepadu daripada Shiji, bermula daripada PMS, POS serta Platform Pintar Tetamu, LAMH akan meningkatkan setiap aspek pengalaman mewah dengan jayanya, bermula daripada interaksi tetamu kepada kecekapan operasi dan dalam masa yang sama mengekalkan intipati sebenar setiap perniagaan.

LAMH Studio merupakan satu lagi bidang yang mana syarikat ini menyerlah, menawarkan perkhidmatan yang dibangunkan untuk membantu hotel melancarkan konsep/pengalaman kulinari baharu yang cemerlang. Mengikuti piawaian kecemerlangan dan kreativiti yang ketat, LAMH menyampaikan pengalaman menjamu selera yang lengkap bermula daripada pembangunan konsep hingga reka bentuk menu, kesemuanya ditingkatkan oleh penyelesaian inovatif F&B daripada Shiji demi interaksi pelanggan yang lancar. LAMH Studio turut menonjol menerusi reka bentuk restorannya yang disesuaikan yang mencerminkan karakter dan falsafah unik setiap jenama.

"Dengan penglibatan mendalam selama lebih 30 tahun dalam sektor mewah, saya dapat memahami dengan mendalam apa yang benar-benar memikat hati dan mengekalkan pelanggan yang arif. Agar menonjol dalam bidang yang kompetitif ini, sesebuah syarikat harus menonjolkan keberanian, keunikan dan dorongan tanpa henti terhadap kreativiti. Ia tentang menyampaikan pengalaman tiada tandingan yang bukan sahaja memenuhi tetapi melangkaui jangkaan pelanggan, memastikan mereka bukan sekadar melawat sekali, tetapi terdorong untuk kembali berulang kali," kata Deepak Ohri. "Ini bukan semata-mata tentang menawarkan kemewahan; ia mengenai penciptaan perjalanan yang tidak dapat dilupakan yang memberi makna secara mendalam kepada keperluan/keinginan pengguna terhadap sifat eksklusif dan perincian yang halus."

"Kami berasa teruja dengan kolaborasi kami bersama LAMH. Kami bersama-sama menggabungkan perkhidmatan ditempah khas LAMH dengan teknologi tetamu-didahulukan daripada Shiji, termasuk Cloud PMS kami untuk sektor hotel mewah, bagi meningkatkan pengalaman tetamu ke tahap kecemerlangan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Perkongsian ini mencerminkan dedikasi bersama kami kepada inovasi dan membentuk masa depan hospitaliti mewah, yang melaluinya setiap interaksi bukan sahaja tidak dapat dilupakan, tetapi benar-benar bersifat transformatif," kongsi Nikkie Singh, Naib Presiden Kanan Shiji APAC & Timur Tengah.

LAMH menawarkan khidmat nasihat/perundingan kepada pemilik/pelabur Hotel serta syarikat pengurusan untuk meningkatkan hasil dan keuntungan bagi setiap bilik berpenghuni dan juga konsep makanan serta minuman yang tak lapuk dek zaman.

Latar Belakang LAMH:  

Luxury Atelier Maison Happiness (LAMH) ialah peneraju dalam sektor hospitaliti mewah, komited untuk menyampaikan penyelesaian inovatif yang memacu keuntungan dan kecemerlangan operasi. Dengan pejabat-pejabat di Thailand dan Amerika Syarikat, LAMH bekerjasama dengan pelabur institusi serta pemilik hartanah bagi mengoptimumkan hasil bagi setiap bilik yang tersedia dan meningkatkan prestasi kewangan keseluruhan. LAMH ialah sebuah syarikat idea menjadi kenyataan dengan konsep makanan dan minuman inovatif yang membantu meningkatkan TRevPAR (jumlah hasil setiap bilik tersedia). Melalui penyelarasan identiti jenama dengan jangkaan pasaran, LAMH memastikan pemilik hotel, pelabur institusi dan syarikat pengurusan hotel mencapai pertumbuhan kewangan yang besar dan kedudukan kompetitif yang kukuh dalam pasaran global.

Latar Belakang Shiji 

Shiji ialah sebuah syarikat teknologi multinasional yang menyediakan penyelesaian perisian dan perkhidmatan untuk syarikat perusahaan dalam industri hospitaliti, perkhidmatan makanan, peruncitan dan hiburan, bermula daripada platform teknologi hospitaliti, penyelesaian pengurusan hartanah hotel, sistem makanan dan minuman serta runcit, gerbang pembayaran, pengurusan data, pengurusan spa dan aktiviti, pengurusan reputasi dalam talian, pengedaran dalam talian dan banyak lagi. Ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai penyedia penyelesaian rangkaian untuk hotel, hari ini Shiji terdiri daripada lebih 5,000 pekerja dalam lebih 80 subsidiari dan jenama di lebih 31 negara, menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 91,000 hotel, 200,000 restoran dan 600,000 outlet runcit. 

Source: Luxury Atelier Maison Happiness
Keywords: Fashion Hotels and Resorts Real Estate Travel Contracts New products/services Cloud Computing / Internet of Things