omniture

Dyna.Ai laksanakan pelancaran global dan dedahkan Penyelesaian Dyna Athena dan Dyna Avatar untuk sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan

Dyna.Ai
2024-05-07 08:00 18
  • Dyna.Ai, syarikat perkhidmatan teknologi AI yang terkemuka, melancarkan operasi globalnya di seluruh Asia, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Amerika, bertujuan untuk mentransformasikan perniagaan industri kewangan dengan teknologi AI yang terkini.
  • Dyna Athena, platform AI yang baru dilancarkan untuk menyediakan komunikasi dan interaksi revolusioner antara pelanggan termasuk pemprosesan teks-ke-tutur, bahasa dan pertuturan, bagi membantu industri kewangan dan pelbagai industri menerusi penambahbaikan yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam pemasaran/promosi, pemerolehan pelanggan, pengurusan risiko dan produktiviti, dan meningkatkan hasil dan keuntungan untuk sektor ini.
  • Dyna Avatar, pembantu pelanggan seperti manusia serba baharu yang berkeupayaan dalam perbualan diaktifkan suara pada masa nyata dalam bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Jepun dan bahasa Thai, memberikan pengalaman yang selesa untuk pelanggan anda dan meningkatkan dengan ketara imej dan kecekapan untuk organisasi anda.
  • Dyna.Ai menawarkan rangkaian penyelesaian untuk perbankan digital, pengurusan risiko, komunikasi audiens dan produktiviti pekerja untuk mengatasi cabaran kewangan semasa, mentakrifkan semula perniagaan kewangan yang inovatif untuk kita semua pada zaman AI.

SINGAPURA, 7 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Dyna.Ai, syarikat perkhidmatan teknologi AI terkemuka yang beribu pejabat di Singapura, mengumumkan secara rasmi pelancaran globalnya di Sidang Kemuncak Fintech Dubai di Dubai. Dyna.Ai turut mendedahkan pelbagai penyelesaian inovatif AI moden untuk aplikasi dalam pelbagai industri.

Dyna.Ai executive team at its Global Launch during the Dubai Fintech Summit
Dyna.Ai executive team at its Global Launch during the Dubai Fintech Summit

Dyna.Ai memanfaatkan barisan hadapan teknologi AI bagi meningkatkan fungsi perniagaan utama dalam industri kewangan dan industri-industri lain. Penyelesaiannya penting dalam meningkatkan pemasaran, pemerolehan pelanggan, pengurusan risiko dan produktiviti operasi.

"Di Dyna.Ai, misi kami mudah: memperkasakan tugas, memperkayakan kehidupan. Sektor perkhidmatan kewangan global berada pada persimpangan yang kritikal, memerlukan perusahaan untuk beradaptasi dengan pantas kepada perubahan AI yang berlaku betul-betul di hadapan mereka. Berdepan dengan pelbagai cabaran, pemimpin perniagaan menginginkan penyelesaian yang melengkapkan mereka dengan teknologi canggih untuk kekal berada di hadapan pesaing dalam ekosistem yang berkembang pesat ini," kata En. Tomas Skoumal, Pengerusi Dyna.Ai.

Sebagai sebahagian daripada pengembangan globalnya, Dyna.Ai has melancarkan operasi di seluruh Asia, Timur Tengah, Amerika, Eropah dan Afrika, untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggannya yang pelbagai termasuk bank tradisional, bank digital, syarikat teknologi kewangan (fintech), firma insurans dan perniagaan lain. 

Di Dubai, Dyna.Ai mendedahkan platform AInya yang komprehensif, direka bentuk untuk menyediakan model AI generatif peringkat-perusahaan yang menampilkan kurasi data yang teliti, penyesuaian termaju, penjanaan dapatan-semula-terimbuh dan peningkatan prestasi. Platform AI ini termasuk dua penyelesaian, salah satunya ialah Dyna Athena untuk pemprosesan teks-ke-tutur, bahasa dan pertuturan dan satu lagi ialah Dyna Avatar untuk interaksi manusia digital. Kedua-dua penyelesaian menawarkan penyelesaian tugas-tertentu, berkuasa-LLM yang disesuaikan untuk bank, syarikat fintech dan pelbagai perniagaan, meningkatkan interaksi bahasa tabii bagi menjadikan perbualan lebih realistik dan menarik.

Dyna Avatar menyediakan interaksi manusia digital masa nyata, menampilkan pengecaman pertuturan automatik dan pengalaman dinamik yang dikuasakan oleh AI perbualan. Ketika ini menyokong bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Jepun dan bahasa Thai, Dyna Avatar bersedia untuk meluaskan keupayaan bahasanya dengan penaiktarafan masa depan, meningkatkan kehidupan digital dan membentuk masa depan interaksi pintar.

Di samping itu, Dyna.Ai memaparkan produk sistem yang tangkas, termasuk Sistem Teras Perniagaan dan Platform Keputusan Pintar yang memusatkan storan data, mengintegrasikan API dan memperkemas operasi. Sistem Perbankan Digital, satu lagi penyelesaian termaju, menyokong mobiliti omnisaluran dan pendigitalan penuh, memudahkan pertumbuhan pesat dalam penglibatan pengguna dan volum transaksi.

"Kami berasa teruja untuk memulakan pengembangan global kami daripada Sidang Kemuncak Fintech Dubai. Dyna.Ai bukan sahaja menyediakan penyelesaian AI profesional dalam bidang kewangan, tetapi juga menawarkan model perniagaan RaaS (Keputusan sebagai satu Perkhidmatan) yang inovatif dan unik. Dyna.Ai menyokong bayaran untuk prestasi dan menyediakan perkhidmatan yang dapat menghasilkan keputusan perniagaan untuk bank, insurans, kekayaan dan fintech," kata En. Tomas Skoumal.

Dyna.Ai mempunyai pasukan pengurusan global yang amat mahir dan profesional dengan keupayaan teras yang mantap. Golongan profesional penting dengan latar belakang adalah daripada institusi-institusi terkemuka seperti Standard Chartered Bank, Citi Bank, JP Morgan Chase, FICO dan perbankan digital serta berkelulusan ijazah lanjutan dalam bidang termasuk sains komputer, AI/ML, statistik dan neurosains, kumpulan yang pelbagai ini membawakan kepakaran yang luas dalam perkhidmatan kewangan, analisis data, AI, kejuruteraan perisian dan perundingan perniagaan, menyediakan penyelesaian aplikasi yang berjaya untuk ramai pelanggan.

Lebih daripada 50% of pekerja Dyna.Ai komited kepada inovasi penyelidikan dan pembangunan serta memfokuskan untuk menyediakan perkhidmatan tempatan dan keupayaan operasi di wilayah dan negara, Dyna.Ai memberi tumpuan untuk menggabungkan teknologi AI yang terkemuka di peringkat global dengan memenuhi keperluan perkhidmatan kewangan tempatan di pelbagai negara.

Terokai kit media kami untuk maklumat lanjut dan sumber di sini.

Latar Belakang Dyna.Ai

Dyna.Ai memperkasakan perniagaan di serata dunia dengan penyelesaian berpacukan-AI. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat perkhidmatan teknologi kecerdasan buatan terkemuka, beribu pejabat di Singapura.

Dyna.Ai mengkhusus untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan risiko dan operasi audiens dengan memanfaatkan sistem, analitis dan penyelesaian operasi berasaskan AI. Kami memfokuskan untuk menggunakan teknik-teknik AI termaju bagi memupuk inovasi perniagaan dan memacu transformasi.

Dengan kehadiran seluruh dunia di negara dan wilayah seluruh Asia, Timur Tengah, Amerika, Eropah dan Afrika, kami menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai institusi termasuk bank tradisional, bank digital, syarikat teknologi kewangan (fintech), firma insurans dan pelbagai perniagaan lain dalam industri-industri yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.dynatech.ai/

Source: Dyna.Ai
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services