omniture

Kerjasama Strategik SANY Pemangkin Strategi Hidrogen Negara Australia

SANY Group
2024-05-09 06:20 15

SHANGHAI, 9 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, SANY Group (SANY) menjalin perkongsian bersama pelanggan dari Australia untuk peralatan penghasilan hidrogen alat elektrolisis dan peralatan pengisian semula hidrogen, memangkinkan Strategi Hidrogen Negara Australia, yang menetapkan visi untuk industri hidrogen yang bersih, inovatif, selamat dan kompetitif yang memberi manfaat kepada semua warga Australia.

SANY’s self-developed green hydrogen production and refueling complex
SANY’s self-developed green hydrogen production and refueling complex

Kerjasama ini termasuk set penuh peralatan sistem PEM dan BOP dipasang-skid, peralatan pengisian semula hidrogen dipasang-skid 35/70MPa dan set penuh sistem kawalan kuasa IGBT. Mengguna pakai teknologi penghasilan hidrogen alat elektrolisis yang fleksibel, peralatan pengisian semula hidrogen menampung kenderaan industri dengan sel hidrogen 35/70 MPa terutamanya. Perkongsian yang strategik ini merupakan penglibatan pertama SANY ke dalam pasaran antarabangsa dengan teknologi hidrogennya, susulan pembangunan dan operasi rintis stesen pemprosesan hidrogen bersepadu terbesar di China.

Dalam bulan Mac pada tahun ini, kompleks penghasilan dan pengisian semula hidrogen hijau yang dibangunkan sendiri oleh SANY memasuki fasa ujian di Changsha, China. Stesen ini, yang juga merupakan stesen pengisian semula hidrogen hijau yang terbesar di China, mengandungi tiga zon bagi penghasilan, pengisian semula dan penyimpanan dengan kapasiti penghasilan dan pengisian semula harian adalah tidak kurang daripada 2 tan dan kapasiti penyimpanan sebanyak lebih 1,000 kilogram, yang dapat menampung empat kenderaan hidrogen secara serentak. Tambahan pula, tenaga elektrik yang memberi kuasa kepada penghasilan hidrogen di stesen ini datangnya terutamanya daripada peralatan penjanaan kuasa fotovolta massa di Taman Perindustrian Trak Berat Pintar SANY yang berhampiran.

Tenaga hidrogen, sebagai sebahagian daripada susun atur industri tenaga baharu SANY, mencapai kejayaan penting pada tahun lalu. Pada penghujung Mei tahun lalu, Peralatan Penghasilan Hidrogen AWE 2,000 Nm³/j E-series dikeluarkan daripada barisan pemasangan dan dalam bulan Disember, SANY melancarkan alat elektrolisis hidrogen tunggal terbesar di dunia – alat elektrolisis segi empat sama 3,000 Nm³/j S-series. Kerjasama bersama pelanggan Australia membuka lembaran baharu untuk pembangunan tenaga hidrogen SANY memandangkan peralatan berkenaan dipilih dengan begitu teliti oleh pelanggan di luar China.

"Selepas melakukan penilaian yang teliti, kami memutuskan untuk memilih SANY. Kami melihat usaha ini sebagai projek penanda aras yang kami dapat replikasi dan promosi dalam pasaran-pasaran lain," ujar pelanggan. Menerusi teknologi hidrogennya yang terkini dan terus berkembang, SANY bermatlamat untuk membantu Australia memanfaatkan potensi hidrogen bersihnya dan mencapai cita-cita 2030nya untuk menjadi peneraju global dalam tenaga hidrogen.

Tatkala komuniti global memandang ke arah masa depan yang dikuasakan olah sumber tenaga boleh baharu yang bersih, SANY akan memperbesarkan pelaburannya dalam tenaga hidrogen, kuasa angin, kuasa fotovolta dan pembangunan storan tenaga, bagi menyediakan penyelesaian yang sistematik untuk membina sebuah masyarakat mampan.

 

Source: SANY Group
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts Licensing/marketing agreements