omniture

Platform Pasaran Gaya Hidup Muslim Global Pertama Dunia untuk Maklumat, Kandungan, Komuniti serta Dagangan - Zilzar.com Kini AKTIF

Zilzar.com
2014-12-02 16:20 83

DUBAI, UAE, 2 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Zilzar.com (Zilzar), platform Pasaran Gaya Hidup Muslim global pertama dunia untuk maklumat, kandungan, komuniti serta dagangan yang disasarkan untuk pasaran pengguna seramai $2.5 trilion orang Islam, telah dilancarkan semasa Forum Ekonomi Islam Dunia ke-10 di Dubai oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak.

Zilzar ialah platform maklumat, kandungan, komuniti serta dagangan global B2B (Perniagaan kepada Perniagaan) dan B2C (Perniagaan kepada Pengguna) untuk Pasaran Gaya Hidup Muslim yang terdiri daripada lapan silo: makanan/minuman halal sebanyak $1.1 trilion, Kewangan Islam sebanyak $1.4 trilion, pakaian/fesyen sebanyak $224 bilion, media/rekreasi sebanyak $151 bilion, pengembaraan/pelancongan sebanyak $137 bilion, farmaseutikal sebanyak $70 bilion, kosmetik sebanyak $26 bilion dan juga logistik sebanyak $15 bilion, berdasarkan perbelanjaan modal 2012.

Pasaran Gaya Hidup Muslim, yang merangkumi 57 negara Islam dengan populasi seramai 2.0 bilion, serta 100 juta orang Islam di luar dunia Islam, semuanya hidup dalam persekitaran luaran dengan pendapatan per kapita yang kian bertambah, penembusan telefon bimbit dan Internet serta perdagangan, semuanya mewakili peluang untuk pertumbuhan.

Zilzar telah mengenal pasti penyelesaian berasaskan pasaran untuk jutaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) yang berselerak pada peringkat global yang menghadapi kekurangan sumber tetapi ingin bertumbuh dengan memperluas pasaran dalam negara, mengakses pasaran dan pelanggan baharu, serta pembeli sejawat yang hanya mahu berurusan dengan penjual yang berkelayakan dan dipercayai.

Zilzar akan menyediakan e-pengetahuan yang mantap, maklumat serta kandungan untuk pengguna, penjual, pembeli dan juga badan pensijilan halal, manakala dengan e-souq, penjual akan memiliki laman hadapan kedai digital percuma.

Platform teknologi Zilzar telah dibina menggunakan teknologi paling terkini dan standard kebolehgunaan seperti rekaan tipis dan reka letak responsif. Seperti rangkaian sosial terkemuka, pembeli dan penjual boleh saling mengikuti dan tidak akan terlepas peluang keemasan, lalu menjadikannya rangkaian sosial perdagangan pertama dunia.

Dengan tumpuan utuh terhadap Mudah Alih, Zilzar akan menyediakan app perdagangan kepada pembeli serta penjual yang diperkasa dengan penyelesaian penghantaran pesanan masa nyata untuk kedua-dua pihak. Penyelesaian penghantaran pesanan itu disepadukan dengan inventori penjual lalu membenarkan permulaan perdagangan daripada dalam ruang sembang itu sendiri. Satu lagi ciri perintis:

Zilzar telah bekerjasama dengan MasterCard Worldwide untuk menawarkan perkhidmatan pembayaran untuk pembeli dan penjual, menyediakan keselamatan, kebolehpercayaan serta kemudahan untuk pasaran itu.

Dato' Dr. Vaseehar Hassan Abdul Razack, Pengerusi Zilzar berkata: "Zilzar akan memenuhi keperluan kedua-dua pihak dengan menyediakan hab dalam talian yang lebih berpusat dan boleh guna, kedai sehenti agar produk boleh dipasarkan pada peringkat global secara selamat dan penuh beretika."

Source: Zilzar.com
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Internet Technology Retail Web Site New products/services