HONG KONG, 12 Disember, 2014 /PRNewswire/ --
1. "Starry Christmas" & "Shaun the Sheep Love Christmas" @ Harbour City
Krismas ini, Harbour City mengetengahkan tema "Starry Christmas" bermula sekarang hingga 4 Januari 2015. Ocean Terminal Forecourt berubah menjadi stesen keretapi Krismas dengan merah, putih dan emas sebagai warna utama. "Starry Christmas Train" sepanjang 30 meter dengan corong lokomotif stim gergasi yang mengeluarkan bintang Krismas yang tidak terkira akan berhenti di stesen itu. Satu lagi gerabak menampilkan Orang Salji Gergasi, beruang Teddy, dan Kotak Hadiah. Dengan menderma HK$20 kepada Yayasan Kansert Darah Hong Kong, anda akan dapat melalui terowong berbintang keretapi itu dan menikmati pengalaman hebat menerusi kenderaan penuh magis ini.
Selain itu, Harbour City telah mengumpul dana untuk "Yayasan Kanser Darah Hong Kong" selama 13 tahun berturut-turut sejak tahun 2002. Pada perayaan Krismas ini, Harbour City menampilkan "Shaun the Sheep" sebagai tema pelbagai babak Krismas di Gateway Arcade dan Kids Zone di Aras Bawah Ocean Terminal bagi membolehkan anda menikmati pengalaman Starry Christmas yang hangat dan diingati di Harbour City!
Sila ke pautan di bawah untuk memuat turun gambar
Shaun the sheep: http://bit.ly/1vPHYAb
Restoran Moomin luar negara pertama: http://bit.ly/1wv0rFB
Harbour City Xmas 2014: http://bit.ly/1si1eCd
Hiasan bertema Krismas gergasi @ Gateway Arcade dan Ocean Terminal
30 figura Shaun the Sheep yang berwarna-warni akan ditempatkan di koridor Gateway Arcade Harbour City, selain bangsal besar bersama pokok Krismas yang diperbuat daripada Shaun sendiri. Bangsal itu akan dipenuhi dengan ruang tamu atmosferik hangat, yang mana Shaun dan rakan-rakan akan keluar serta menyapa para pengunjung. 30 patung Krismas Amal Shaun akan ditaja oleh pelbagai penyewa Harbour City, organisasi dan juga penderma. Sumbangan akan disalurkan kepada Yayasan Kanser Darah Hong Kong, bagi berkongsi dan menyampaikan kasih sayang serta semangat Krismas ke Hong Kong.
Tarikh: 4 Disember, 2014 - 4 Januari, 2015
Masa: 10pg - 10mlm
Lokasi: Gateway Arcade dan Ocean Terminal, Aras Bawah, Harbour City
2. Ulang Tahun Tove Jansson ke-100 - Restoran Luar Negara Pertama Moomin Cafe yang Popular dari Jepun tiba di LCX, Harbour City
Ketika dunia meraikan hari ulang tahun kelahiran ke-100 pencipta Moomin Tove Jansson, Moomin Cafe yang begitu popular dari Jepun akan melancarkan restoran luar negaranya yang pertama di LCX Harbour City di Hong Kong pada 5 Disember 2014. Para tetamu akan dapat menikmati persekitaran menakjubkan yang diinspirasikan daripada Moominvalley dan merasai hidangan bermusim dengan keluarga Moomin serta rakan-rakan. Kedai cenderahati di restoran itu juga menggembirakan peminat dengan barangan eksklusif Moomin, bagi menyempurnakan pengembaraan ke dunia Moomin yang persis mimpi.
Sementara masyarakat Hong Kong lebih terbiasa dengan siri animasi tersebut, Moomin yang dibayangkan oleh novelis dan pelukis Tove Jansson menggambarkan kisah yang menarik serta keaslian lukisan tangan. Di Jepun, watak-watak menarik ini dialu-alukan oleh wanita bergaya dan menjadi jenama popular. Sejak sekian lama, produk Moomin telah menarik ramai peminat setia yang menginginkan pelbagai rekaan unik.
[Sorotan Hiasan Restoran]
[Hidangan Istimewa]
1. Lempeng Moominhouse
Lempeng enak dan berspan Moominmamma yang diperbuat daripada susu merupakan makanan istimewa Moomin Cafe serta akan disediakan secara eksklusif di Moomin Cafe Hong Kong!
Moominhouse tiga tingkat itu akan dipenuhi dengan puding kastard, coklat mousse, jeli mangga dan dihidangkan dengan pelbagai buah-buahan bermusim seperti strawberi, beri biru dan lain-lain. Pelanggan boleh memilih rasa kegemaran mereka dan menikmati keseronokan sepenuhnya!
Patung seramik Feve yang menghiasi lempeng menjadi milik anda untuk dibawa pulang. Terdapat lima watak kegemaran untuk dipilih dan kesemuanya akan disediakan secara eksklusif di Hong Kong!
2. Kopi Susu (Latte) Silhouette Moomin
Nikmati secawan kopi susu yang dihiasi wajah indah Moomintroll, Little My, Snufkin atau Hattifattener!
[Maklumat Restoran]
Nama |
MOOMIN CAFe Harbour City - LCX |
Alamat |
Kedai 32, LCX, Aras 3, Ocean Terminal, Harbour City, Tsim Sha Tsui |
Tel |
2730-0963 |
|
|
Waktu Perniagaan |
Restoran: 11:00 pagi - 11:00 malam (Pesanan terakhir makanan: 10:00 malam; Pesanan terakhir minuman: 10:30 malam) Kedai : 10:00 pagi - 10:00 malam [Butiran] Menu mungkin berbeza semasa slot masa berbeza. Makan tengahari: 11:00 pagi - 3:00 petang Minum petang: 3:00 petang - 6:00 petang Makan malam: 6:00 malam hingga waktu terakhir. |
Hari ditutup |
Dibuka sepanjang tahun |
Kawasan |
210.5 meter persegi |
Bilangan tempat duduk |
73 |
Tarikh Pembukaan |
5 Disember 2014 (Jumaat) |
Talian pertanyaan: (852) 2118 8666
Laman Sesawang: http://www.harbourcity.com.hk
Facebook: @harbourcity #hcxmas #harbourcity
Twitter : @hkharbourcity #harbourcity
Instagram: @harbourcity #hcxmas #harbourcity
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20141210/8521407449-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20141210/8521407449-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20141210/8521407449-c
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO