omniture

Afghan Wireless Lancarkan Perkhidmatan 3.75G+: Syarikat Telekomunikasi Selular Pertama Membawa Jalur Lebar Mudah Alih Sebenar Ke Afghanistan

Afghan Wireless Communication Company
2014-12-16 23:52 89

KABUL, Afghanistan, 16 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Membina di atas rangkaian 2G yang luas dan inisiatif wang mudah alihnya (MyMoney) yang berjaya, Afghan Wireless Communication Company (AWCC) – pengendali mudah alih pertama Afghanistan – meneruskan peranan perintisnya dalam sektor telekomunikasi Afghanistan dengan menjadi syarikat telekomunikasi mudah alih pertama membawa perkhidmatan jalur lebar mudah alih sebenar kepada para pengguna Afghanistan dengan melancarkan perkhidmatan 3.75G+ di Kabul hari ini.

Setelah membina semula sepenuhnya rangkaian teras dan radionya di Kabul menggunakan teknologi terkini daripada pelbagai vendor dari seluruh dunia, pelancaran perkhidmatan AWCC menjadikannya satu-satunya pengendali di Afghanistan yang menyediakan teknologi Dwi Pembawa-HSPA+ (Akses Paket Kelajuan Tinggi dipertingkat) di setiap tapak 3Gnya di Bandar Kabul. Kemudahan ini memungkinkan kadar muat turun data sehingga 42Mbps setiap sel buat pertama kalinya di Afghanistan, memberikan pelanggan AWCC perkhidmatan 3G terpantas di Kabul.

Afghan Wireless juga melaksanakan Protokol Internet versi 6 (IPv6) sebagai sebahagian pelaksanaan 3Gnya, menjadikan AWCC syarikat telekomunikasi pertama dan satu-satunya dengan rangkaian IPv6 sepenuhnya di Afghanistan hari ini. Melalui penyelesaian ini, AWCC memberikan semua individu dan organisasi alamat IP awam yang boleh diakses terus dari mana-mana sahaja di dunia, menjadikan lebih mudah untuk para pelanggan AWCC mengurus aktiviti seperti automasi rumah, perkongsian fail, permainan dalam talian, program rakan-ke-rakan dan lain-lain aplikasi dengan lebih selamat daripada dengan IPv4.

Menurut Pengarah Urusan AWCC Amin Ramin, "Kami telah menikmati penghormatan serta tanggungjawab menjadi pemimpin industri dalam sektor telekomunikasi Afghanistan selama lebih sedekad, dan kami berbangga menjadi penyedia jalur lebar sebenar di negara ini dengan definisi perkataan "JALUR LEBAR" yang diterima di peringkat global. Kami gembira menyediakan perkhidmatan dipertingkat ini kepada para pelanggan kami di Kabul dan, sama ada melalui pelayaran internet, permainan dalam talian atau pengalaman menonton video dalam format SD atau HD yang lebih baik, kami yakin pelanggan kami akan segera memahami makna dan kelajuan sebenar teknologi 3.75G+ serta jalur lebar mudah alih.

En. Amin menambah, "Sebagai sebahagian transisi kami kepada 3G, kami turut mempertingkatkan kapasiti internet kami ke dalam negara, dan membina rangkaian transisi angkut balik yang lebih baik serta lengkap sepenuhnya di Kabul dan juga sekitarnya untuk menyokong aliran besar data yang lancar dan andal yang merupakan salah satu keperluan jalur lebar mudah alih. Ini akan membolehkan kami menyampaikan data berkualiti tinggi dengan banyak pada kelajuan jalur lebar sebenar, sepanjang waktu, 365 hari setahun."

AWCC merancang untuk melancarkan kualiti yang sama bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih di Kandahar pada suku pertama 2015, dan dijadualkan melancarkannya bagi bandar-bandar utama lain di Afghanistan sepanjang tahun 2015.

Latar Belakang Afghan Wireless

Beribu pejabat di Kabul, AWCC mempunyai kira-kira 4,000,000 pelanggan di seluruh Afghanistan; dan merupakan salah satu majikan terbesar bagi rakyat Afghanistan yang ditubuhkan oleh Ehsan Bayat. AWCC mempunyai 5,500 pekerja secara langsung dan 100,000 lagi secara tidak langsung, AWCC merupakan peneraju dalam menyediakan penyelesaian komunikasi wayarles dan jalur lebar untuk para pelanggan kediaman dan perniagaan. Maklumat lanjut boleh didapati di www.afghan-wireless.com atau melalui laman sesawang Telephone Systems International ("TSI") di www.tsiglobe.com

HUBUNGI: Alberto Lopez, a.lopez@tsiglobe.com, +1-917-330-4510

Source: Afghan Wireless Communication Company
Keywords: Banking/Financial Service Mobile Entertainment Telecommunications New products/services