omniture

Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China ke-8 akan Diadakan pada November, Mengetengahkan Pembangunan Hijau

Information Office of Yiwu City
2015-09-25 20:14 236

YIWU, China, 25 Sept., 2015 /PRNewswire/ -- Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China ke-8, dianjurkan bersama oleh Pentadbiran Perhutanan Negara China dan kerajaan wilayah Zhejiang, akan diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Yiwu antara 1 hingga 4 November, 2015.

Tahun 2015 menandakan tahun ketujuh berturut-turut pameran hutan komprehensif terbesar di Asia ini telah diadakan sejak diasaskan pada tahun 2008. Pameran 2014, yang menampilkan ruang pameran seluas 70,000 meter persegi menempatkan 3,240 reruai, mencapai pulangan agregat sebanyak 4.682 bilion yuan (kira-kira AS$755 juta). Sebagai pameran hutan berpensijilan UFI pertama di China dan ekspo hutan berpensijilan UFI kedua di dunia, acara ini mempunyai kepentingan yang besar terhadap pembangunan lestari untuk sektor perhutanan China.

Dengan fokus terhadap pembangunan perhutanan dan penggunaan hijau produk-produk perhutanan, pameran tahun ini bukan sahaja akan menampilkan penglibatan banyak syarikat perhutanan terkemuka China, tetapi ia juga akan turut mempamerkan rangkaian produk hutan terpilih serta pencapaian terkini dalam sektor perhutanan China. Pameran ini dijangka menjadi platform perdagangan, kerjasama dan maklumat yang penting bagi syarikat-syarikat perhutanan China yang ingin menembusi pasaran global.

Pameran 2015 ini, menampilkan 3,000 reruai dalam ruang pameran seluas 70,000 meter persegi, dijangka menarik 1,200 pempamer dari luar China, dengan bilangan pempamer terbesar datang dari Korea Selatan, Perancis, Australia, Brazil dan Malaysia. Lebih 100,000 pembeli dijangka hadir, dengan bilangan yang signifikan datang dari luar China.

Tiga forum, iaitu Sidang Kemuncak Pembangunan Ekonomi Hutan China, Forum Pembangunan E-dagang Produk Hutan China dan Forum Pembangunan Industri Perhutanan Kreatif China, akan diadakan semasa pameran tersebut. Beberapa acara akan diadakan serentak dengan ekspo itu, termasuk Pertandingan Kreativiti Produk Hutan China dan kempen pemilihan produk hutan berkualiti, kedua-duanya bermatlamat untuk menggalakkan perdagangan antarabangsa bagi produk-produk hutan selain perkongsian saintifik serta akademik tentang perhutanan.

Sebuah pameran dagangan pembeli antarabangsa akan turut diadakan, menyediakan peluang yang hebat untuk pempamer bertemu dengan pembeli antarabangsa. Selain itu, semasa pameran empat hari tersebut, kira-kira seratus perjumpaan perniagaan akan dianjurkan, yang mana syarikat-syarikat yang mempamer akan cuba menjalinkan perhubungan dengan pelanggan prospektif, perwakilan, pembekal dan persatuan industri.

Maklumat lanjut tentang Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China boleh didapati di www.forestryfair.com.

Source: Information Office of Yiwu City
Keywords: Banking/Financial Service Paper/Forest Products/Containers Trade show news