omniture

HFI Memperakui 6000 Juruanalisis Kebolehgunaan Seluruh Dunia

Human Factors International
2015-12-07 11:39 159

SINGAPURA, KUALA LUMPUR, Malaysia dan MANILA, Filipina, 7 Disember, 2015 /PRNewswire/ -- Human Factors International (HFI) hari ini mengumumkan yang ia baru sahaja memperakui Juruanalisis Kebolehgunaan Diperakui (CUA) yang ke-6000. HFI pertama kali menawarkan jawatan CUAnya pada tahun 2002, dan kini telah memperakui pengamal Pengalaman Pengguna (UX) dari 58 negara.

Kelulusan CUA memperakui kemahiran menguasai prinsip asas rekaan berpusatkan pengguna. Semua kemahiran teras dalam rekaan bagi kemudahan penggunaan ini digunakan dalam laman web, aplikasi dalam peranti, dan pelbagai bentuk kemudahalihan lain. Memperolehi pensijilan ini membantu seseorang:

  • bermula dalam kerjaya UX
  • bertukar kerjaya masuk ke dalam bidang UX
  • membina kemahiran UX bagi kerjaya yang lebih mantap

CUA berkhidmat dalam pelbagai industri termasuk perkhidmatan kewangan, insurans, telekomunikasi, perubatan, pentadbiran, media, automotif, penjagaan kesihatan, pelancongan, hospitaliti, tenaga, perisian, aeroangkasa, dan pendidikan.

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif HFI Eric Schaffer: "Bila kami mulakan program pensijilan CUA ini, saya  menjangka ia akan menjadi penting bagi industri. Saya tahu tentu akan tiba masanya di mana UX akan bertumbuh pesat dan akan ada keperluan untuk pengamal perakuan yang cekap. Saya mahukan sesuatu yang bukan sekadar ujian penyertaan dalam latihan kami. Sebaliknya saya mahukan pandangan yang patuh peraturan tentang keupayaan UX. Kami bina program itu, dan ia telah berjaya – sebagai tanda aras dalam pengambilan pekerja dan sebagai tanda aras dalam menggalakkan dan membentuk pasukan UX. Kami gembira apabila melihatnya membantu ribuan orang memajukan kerjaya mereka."

Ramai individu melaporkan bahawa memperolehi perakuan CUA telah membuat mereka semakin dihormati dalam kalangan rakan sekerja mereka. "Menjadi seorang CUA memang tidak syak lagi merupakan keputusan yang paling penting yang pernah saya buat bagi membantu kerjaya saya," kata Art Zippel, Arkitek Maklumat UX di Word and Brown Companies. "Dalam masa enam bulan, pensijilan saya membuahkan hasil yang sangat berbaloi."


Latar Belakang Human Factors International 

Human Factors International merupakan syarikat terbesar dunia yang mengkhusus dalam rekaan pengalaman pengguna. Tertumpu secara unik dalam membantu klien membangunkan amalan UX yang matang dan berkesan, HFI menyediakan suit yang lengkap dan lancar untuk khidmat nasihat, latihan, pensijilan, kaedah, piawaian, dan alat untuk membantu menginstitusikan kepusatan pengguna. HFI berkhidmat melangkaui kebolehgunaan, menggunakan kaedah reka bentuk meyakinkan bagi mempengaruhi pelanggan untuk menggunakan saluran digital, melibatkan diri, dan menukar. Ibu pejabat korporat HFI terletak di Fairfield, Iowa, dengan cawangan rantau di Eropah, Afrika, dan Asia. Lawati http://www.humanfactors.com.

Hubungan Media
Sharmistha Kshatriya
sharmistha.k@humanfactors.com
Pejabat: +91 22 4017 0400

Sumber: Human Factors International

Source: Human Factors International
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Awards