omniture

Bagaimana Kuda Dibawa ke Sukan Olimpik Rio?

Federation Equestre Internationale, FEI
2016-07-30 02:54 892

LAUSANNE, Switzerland, 30 Julai, 2016 /PRNewswire/ --

Pastinya dengan kapal terbang!

Kumpulan kuda Sukan Olimpik pertama berlepas dari Lapangan Terbang London Stansted (GBR) hari ini (29 Julai) menerusi pesawat kargo khas menuju Rio 2016, menandakan bermulanya impian menyertai Sukan Olimpik bagi atlet-atlet sukan berkuda terbaik dunia.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160727/393359 )

Dengan 34 ekor kuda dari 10 buah negara dalam pesawat tersebut, kargo kuda yang bernilai beberapa juta dolar itu turut dimuatkan dengan pelet khusus untuk hampir 12 jam penerbangan menerusi pesawat Emirates SkyCargo Boeing 777-F yang berlepas dari UK pada jam 15.20 BST.

Kuda-kuda Eventing dari Great Britain, Ireland, Kanada, Australia, New Zealand, Zimbabwe, Brazil, Jepun, Itali dan China menaiki pesawat bagi penerbangan hari Jumaat dan berlepas ke Stansted, iaitu penghantarana pertama daripada sembilan penghantaran kesemuanya bagi membawa lebih 200 ekor kuda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Rio, seterusnya dibawa ke Pusat Ekuestarian Olimpik di Deodoro Olympic Park.

Operasi yang amat rumit ini melibatkan tiga hab di Eropah dan Amerika: Stansted (GBR), Liege (BEL) dan Miami (AS). Kuda-kuda yang bersaing serta penunggangnya akan mewakili 43 buah negara dari seluruh dunia dalam kategori Sukan Olimpik melibatkan Dressage, Lompatan dan Eventing.

Sebaik tiba di lapangan terbang dan mendaftar masuk, dimuatkan ke dalam pesawat dan berlepas ke Rio, FEI menyediakan pelbagai gambar dan rakaman video yang mengagumkan bagi merekodkan hari yang mengujakan ini, menyediakan maklumat hebat bagaimana atlet-atlet penting ini memulakan perjalanan mereka menuju kegemilangan Sukan Olimpik.

Fakta penerbangan Stansted: 

  • Anggaran masa penerbangan Stansted - Rio: 11 jam 40 minit
  • Butiran pesawat: Emirates SkyCargo Boeing 777-F
  • 17,500kg kargo kuda
  • 515kg purata berat bagi kuda Eventing
  • 9,900kg bagi peralatan kuda
  • 6,000kg makanan (untuk diberikan sepanjang Sukan)

Fakta Ekuestarian Olimpik: 

  • Kesaksamaan gender sebenar - satu-satunya sukan Olimpik yang menyaksikan peserta lelaki dan wanita bersaing bersama bagi mendapatkan set medal yang sama
  • 200 kombinasi kuda/penunggang yang bersaing (berserta simpanan)
  • 3 kategori Olimpik - Eventing (65 kombinasi kuda/penunggang), Dressage (60) dan Lompatan (75)

Latar Belakang Fédération Equestre Internationale (FEI) http://www.fei.org 

FEI ialah badan pentadbiran dunia bagi sukan berkuda yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan ditubuhkan pada tahun 1921.

FEI ialah satu-satunya badan yang mengawal kesemua acara peringkat antarabangsa dalam sukan Olimpik yang melibatkan Lompatan, Dressage dan Eventing, selain Driving, Daya Tahan, Melombol dan Mengekang Kuda. FEI turut mengawal semua pertandingan peringkat antarabangsa untuk Dressage Paraekuestrian dan Para-Driving.

Source: Federation Equestre Internationale, FEI
Keywords: Air Freight Sporting Events Sports Transportation