omniture

Hiburan Sepanjang Malam yang Penuh Riang Ria: Festival Muzik Antarabangsa Shake The Lake 2016

Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island
2016-08-03 18:08 897

BEIJING, 3 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Siap sedia untuk menikmati hiburan sepanjang malam yang penuh riang ria pada Jumaat 16 September 2016 iniDi bawah limpahan cahaya bulan yang terang sempena Festival Pertengahan Musim Luruh, Hotel Yanqi, yang diuruskan oleh Kempinski, akan mengadakan temasya berserta makan makan dan tarian, menampilkan muzik bertemakan 'boogie', berirama dan jazz yang rancak dalam era 1930-an di Beijing yang sungguh meriah.

2016 SHAKE THE LAKE International Music Festival
2016 SHAKE THE LAKE International Music Festival

Festival Malam Shake the Lake itu akan turut mengundang barisan pemain muzik dan orchestra asal daripada Festival Boogie Antarabangsa yang unik dari Austria. Persembahan ini akan menghimpunkan kumpulan persembahan yang sangat terkenal, terdiri daripada para pemuzik yang berkarisma dan hebat, serta pernah mengadakan persembahan di serata dunia.

Dua piano Feurich yang hebat akan dipetik oleh Richie Loidl dan Johnny Schutten, yang kedua-duanya merupakan penyokong dan pencipta festival Shake the Lake asal di Austria. Mereka turut disertai oleh rakan mereka, selaku pemain piano dari Austria Christoph "Boogie Wolf" Steinbach, seorang pemain piano dan penyanyi pintar, yang berkebolehan bermain piano "lebih pantas berbanding bayangnya sendiri". Bintang utama bagi konsert tersebut ialah Martin Schmitt dari Munich, Jerman, yang dianggap sebagai salah seorang pemain piano terhebat di Eropah dengan pelbagai bakat. "Suara nyanyian" dipersembahkan oleh Nicolle Rochelle dari A.S. (kini menetap di Paris, Perancis), seorang bintang muzik dan penari yang versatil, berkarisma dan terkenal di seluruh dunia. Franz Trattner yang bermain dram dan Peter Strutzenberger yang bermain bes tegak yang kedua-duanya dari Austria, akan menyokong persembahan tersebut menerusi bahagian berirama yang amat menyeronokkan. Selepas hari Jumaat, hotel itu akan turut mengundang para artis tersebut untuk menikmati Sarapan Lewat Pagi Jazz & Boogie di restoran Waterside pada 17 September. Manjakan diri anda dengan hidangan sarapan lewat pagi yang lazat dan nikmati persembahan muzik secara langsung sambil meninjau keindahan Tasik Yanqi.

Oleh itu, pilihlah pakaian terbaik anda dan sediakan juga kasut tarian anda untuk bersiap sedia berhibur pada malam tarian di Pulau Yanqi! "Para tetamu digalakkan untuk memakai pakaian bertemakan tahun 1930-an yang penuh glamor dan elegan," kata Brice Pean, Pengurus Besar Hotel Sunrise Kempinski, Beijing & Pulau Yanqi. "Golongan wanita boleh mengenakan skarf berbulu dan topi comel, manakala golongan lelaki pula cukup sekadar mengenakan skarf berwarna putih dan mungkin boleh menggayakan tongkat dengan pemegang bertatahkan perak," tambah beliau dengan senyuman, namun meyakinkan kami bahawa para tetamu tidak perlu terlalu boros berbelanja.

*Harga bagi pakej tiket festival bermula daripada RMB 4,388. Sila hubungi +86-6961-8888 x3604 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Tajaan & Rakan Niaga:

BMW, GUERLAIN, FIJI Water, Fu Hua Asset, GEOSTAR, ZHISLAND, Yanqi Jade Garden, Blueair, FEURICH, Salzkammergut

2016 SHAKE THE LAKE International Music Festival
2016 SHAKE THE LAKE International Music Festival

 

2016 SHAKE THE LAKE International Music Festival
2016 SHAKE THE LAKE International Music Festival

 

2016 SHAKE THE LAKE International Music Festival
2016 SHAKE THE LAKE International Music Festival

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160802/0861607742-a
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160802/0861607742-b
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160802/0861607742-c
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160802/0861607742-d  

Source: Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Music Travel