omniture

Susu Nestle Omega Plus Merungkai Kelebihan Sterol Tumbuhan

Pengambilan makanan dengan kandungan sterol tumbuhan yang mencukupi memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan jantung menurut Nestle Malaysia
Nestle Malaysia
2016-08-15 12:56 43119

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Kajian telah membuktikan rakyat Malaysia berusia dalam lingkungan tiga puluhan kini lebih cenderung mempunyai pembuluh darah yang serupa dengan individu yang berusia tujuh puluh tahun disebabkan oleh gaya hidup mereka1. Selain itu, Pengarah Institut Jantung Negara (IJN), Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari menekankan bahawa individu yang berusia dalam lingkungan 20-an telah didiagnos dengan penyakit jantung2. Menurut Nestle, rakyat Malaysia mula mengalami penyakit jantung pada usia muda dan hal ini tidak lagi boleh dipandang ringan.

Pengambilan makanan seperti susu rendah lemak yang diperkaya dengan tambahan sterol tumbuhan dapat menghalang penyerapan kolesterol
Pengambilan makanan seperti susu rendah lemak yang diperkaya dengan tambahan sterol tumbuhan dapat menghalang penyerapan kolesterol

Bahkan, satu daripada dua orang rakyat Malaysia mengalami tahap kolesterol yang tinggi. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2015 mendedahkan bahawa hampir 20 juta rakyat Malaysia berusia melebihi 18 tahun berisiko mengalami penyakit tidak berjangkit (NCD), yang seterusnya mungkin menyebabkan berlakunya masalah jantung. Penyakit jantung mula berlaku dalam pelbagai cara, sama ada serangan jantung, penyempitan saluran arteri, ritma jantung yang tidak normal, injap jantung atau otot jantung yang rosak serta kemerosotan fungsi saluran darah, antara lainnya. Secara keseluruhan, kesemua ini dikenali sebagai penyakit jantung kardiovaskular atau CHD. Walau bagaimanapun, anda dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit jantung melalui pemakanan dan senaman.

Salah satu cara untuk mengurangkan risiko penyakit jantung ialah dengan menjaga tahap kolesterol anda melalui penambahan sterol tumbuhan ke dalam makanan anda. Pengambilan makanan seperti susu Nestle Omega Plus yang diperkaya dengan tambahan sterol tumbuhan dapat menghalang penyerapan kolesterol dalam aliran darah. Sterol tumbuhan terdapat dalam bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, kacang dan bijian. Namun begitu, anda perlu mengambil jumlah yang tinggi bagi kesemua bahan ini bagi memastikan sterol tumbuhan memberi kesan terhadap tahap kolesterol anda. Sebagai contoh, bagi mendapatkan 1.2g sterol tumbuhan setiap hari untuk mengurangkan tahap kolesterol dengan berkesan, anda perlu mengambil 255 biji tomato atau 126 batang lobak merah! Cara yang lebih mudah untuk mendapatkan jumlah sterol tumbuhan yang mencukupi bagi mengurangkan paras kolesterol anda adalah dengan meminum susu Nestle Omega Plus dua kali sehari.

"Sterol tumbuhan yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan berfungsi melalui cara yang serupa dengan kolesterol yang terdapat dalam tubuh manusia, iaitu sebagai nutrien penting untuk segala proses hidup dalam kesemua sel," kata Dr. Alexandre Panchaud, Pengurus R&D di Nestle Singapura. "Sterol tumbuhan dan juga kolesterol mempunyai struktur molekul yang sama dan kedua-duanya dibawa ke dalam saluran pencernaan dan bersaing untuk diserap ke dalam usus kita. Sterol tumbuhan berfungsi dengan 'menghalang' penyerapan kolesterol. Kolesterol yang tidak diserap akan dikeluarkan sebagai bahan buangan daripada tubuh kita," jelas beliau selanjutnya.

Cabarannnya adalah untuk memastikan anda mengambil jumlah kolesterol yang tepat setiap hari – "1.2g setiap hari ialah jumlah yang dipersetujui bagi mendapatkan kesan pengurangan paras kolesterol sebanyak 7%," tambah Dr. Alexandre. Beliau turut mengesyorkan untuk memakan dengan cara yang sihat "melalui pengambilan bijian, kacang, produk bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak, selain turut mengambil produk yang diperkaya dengan sterol tumbuhan untuk diet anda seperti susu Nestle Omega Plus bagi memastikan pengambilan dos harian yang mencukupi."

Menurut Heart UK, Cholesterol Charity, sterol tumbuhan dapat merendahkan tahap kolesterol dengan berkesan sehingga 10% apabila diambil dalam dos optimum dan menjadi sebahagian daripada pemakanan rendah lemak tepu hanya dalam tempoh 3 minggu. Malah, sterol tumbuhan dianggap sebagai satu-satunya nutrien paling berkesan yang dapat merendahkan tahap kolesterol menerusi cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Tidak hairanlah sterol tumbuhan sering disifatkan sebagai nutrien terbaik bagi menjamin kesihatan jantung anda.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

1 Renganayar, C. (2016, April 24). Young people, ageing arteries. New Straits Times Online.
Diperoleh daripada http://www.nst.com.my/news/2016/04/141124/young-people-ageing-arteries

2 Sharaimei, S.A.. (2014, Feb 24). Sakit jantung serang orang muda. Utusan Online.
Diperoleh daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140224/dn_07/Sakit-jantung-serang-orang-muda

LATAR BELAKANG Nestle OMEGA PLUS®

Nestle OMEGA PLUS® ialah satu-satunya susu yang mengandungi ACTICOL®, iaitu sejenis sterol tumbuhan yang dapat membantu merendahkan tahap kolesterol dengan menghalang penyerapan kolesterol dalam aliran darah. Susu Nestle OMEGA PLUS® juga mengandungi kadar kalsium yang tinggi bagi memastikan tulang kekal kuat. Hanya dua gelas Nestle OMEGA PLUS® setiap hari terbukti berkesan secara saintifik dapat merendahkan tahap kolesterol*. Susu ini disediakan dalam bentuk serbuk dengan berat 150g, 600g dan 1kg, serta susu UHT sedia diminum dalam bungkusan yang terdiri daripada enam pek 200ml. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/NestleOmegaPlus.

 *Thomsen AB, et al. Eur J Clin Nutr 2004; 58:860-870 

Latar Belakang Nestle Malaysia

Nestle, pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia serta peneraju dalam pasaran Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan, mempunyai ibu pejabat di Switzerland. Sejak tahun 1866, Nestle komited dalam usaha menyediakan produk yang berkualiti tinggi, enak, selamat dan berkhasiat kepada pengguna kami, sejajar dengan wawasan kami terhadap Makanan yang Baik, Kehidupan yang Baik. Membantu menyediakan produk berkhasiat buat rakyat Malaysia sejak tahun 1912, Nestle telah memperoleh kepercayaan daripada pengguna kami melalui jenama serta produk kami yang berkualiti, selain komitmen kami untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarat di tempat kami beroperasi. Di Nestle, pengguna kami sangat diberi keutamaan bagi setiap yang kami usahakan. Kami berhasrat untuk menggembirakan pengguna kami dengan menawarkan produk berkualiti terbaik; terus berpegang teguh pada prinsip kami yang berasal dari Switzerland, di samping mengekalkan keunggulan dan integriti produk kami yang Halal. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang usaha yang kami lakukan bagi menyediakan produk berkhasiat buat rakyat Malaysia selama lebih seabad, sila kunjungi www.nestle.com.my atau halaman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160810/8521605083-a

 

Source: Nestle Malaysia
Related Links:
Keywords: Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital Non-Alcoholic Beverages Survey, Polls & Research