omniture

British Council IELTS Prize 2016/17 Para pelajar Asia Timur berpeluang memenangi Yuran Pengajian sehingga GBP40,000

British Council (IELTS)
2017-01-03 11:00 1424

HONG KONG, 3 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Tarikh tutup permohonan bagi British Council IELTS Prize 2016/17 dilanjutkan daripada 31 Disember 2016 sehingga 28 Februari 2017. Hadiah yang disediakan untuk pemenang tempatan berjumlah GBP6,000, manakala pemenang Hadiah Utama peringkat serantau berpeluang memenangi hadiah yuran pengajian sehingga GBP40,000. Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, lebih 50 pemenang sedang melanjutkan pelajaran atau telah menamatkan pengajian mereka di universiti pilihan mereka di seluruh dunia, termasuk UK, USA, Australia dan Kanada. Para pelajar di Asia Timur* yang merancang untuk melanjutkan pengajian pada peringkat siswazah atau pascasiswazah, di dalam atau di luar negara pada tahun akademik yang bermula pada tahun 2017 digalakkan untuk memohon.

Mohonlah untuk menerima Hadiah IELTS British Council 2016/17 sekarang!
Mohonlah untuk menerima Hadiah IELTS British Council 2016/17 sekarang!

"Kami menerima banyak pertanyaan daripada pelajar yang merancang untuk mengambil ujian IELTS pada awal tahun 2017. Mereka menyatakan bahawa mereka berharap dapat memohon untuk British Council IELTS Prize 2016/17. Oleh disebabkan itu, kami telah memutuskan untuk melanjutkan tarikh tutup permohonan bagi calon-calon ini," kata Greg Selby, Pengarah Peperiksaan, Asia Timur. "Kami ingin memberi peluang yang bakal mengubah kehidupan calon IELTS dan membantu mereka mencapai impian. Calon-calon masih layak memohon British Council IELTS Prize 2016/17, tanpa mengira destinasi pengajian dan bulan pengajian, selagi ia berada dalam tahun akademik.

British Council IELTS Prize 2016/17 kini dibuka untuk pemohon dari Asia Timur* yang bakal memulakan pengajian peringkat siswazah atau pascasiswazah di luar negara pada tahun 2017 dan memasuki institusi pengajian tinggi yang menerima IELTS sebagai syarat kemasukan. Pemohon perlu mendapatkan skor minima band 6 bagi keempat-empat kemahiran dalam ujian IELTS yang diambil dengan British Council selepas tarikh 1 April 2016. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ieltsasia.org/my/ieltsprize

Sebagai pusat ujian IELTS rasmi, British Council menyediakan latihan 'online' percuma selama 30 jam 'Laluan menuju IELTS' ('Road to IELTS') bagi pelajar yang telah mendaftar untuk menduduki ujian IELTS. Selain itu, sesi ujian diadakan tiga kali sebulan, bagi menawarkan pilihan kepada calon. Untuk maklumat lanjut tentang British Council IELTS, sila layari https://www.britishcouncil.my/exam/ielts.

* Asia Timur termasuk: Hong Kong/Macau, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam

Nota untuk editor

(1) Latar Belakang International English Language Testing System (IELTS)

British Council adalah organisasi antarabangsa UK untuk peluang pendidikan dan hubungan kebudayaan  dan diwakili di 107 negara seluruh dunia. British Council menghubungkan orang di seluruh dunia dengan peluang pembelajaran dan idea kreatif dari UK dan membina hubungan yang berkekalan antara UK dan negara-negara lain. IELTS adalah International English Language Testing System, ujian bahasa Inggeris yang diiktiraf dunia. IELTS adalah salah satu daripada perintis empat kemahiran ujian bahasa Inggeris lebih 25 tahun yang lalu, dan masih mengekalkan tahap ujian bahasa Inggeris hari ini. Ia dipercayai dan diterima oleh lebih daripada 9000 institusi di seluruh dunia. IELTS dimiliki bersama oleh British Council, IDP: IELTS Australia dan Cambridge English Language Assessment.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161212/8521608074

Source: British Council (IELTS)
Keywords: Education Higher Education