omniture

FashionTV Perkenal Produk OTT dan Fashionflix Baharu

FashionTV
2017-10-09 16:09 834

MIPCOM, CANNES, Perancis, 9 Oktober, 2017 /PRNewswire/ -- FashionTV mengambil satu langkah besar dengan memperkenalkan lebih 12 saluran FTV+ OTT baharu yang unik serta SVOD FashionFlix di gerai pameran bernombor P-1.G74 sempena MIPCOM, Cannes 2017. Rangkaian TV satelit global berusia 20 tahun yang mengkhusus dalam gaya hidup dan fesyen itu, melancarkan platform berbilang kandungannya FTV+ dan FashionFlix,  memperkenalkan sejumlah besar program asli dan bermaklumat untuk platform-platform TV generasi akan datang.

generated by system

generated by system

Keratan akhbar: http://company.fashiontv.com/press/

Michel Adam, presiden FashionTV group, mengundang wakil-wakil daripada syarikat-syarikat telekomunikasi dan platform-platform OTT, penerbit TV pintar dan skrin pintar, serta pelabur strategik dan kewangan berpotensi untuk mengunjungi reruai FashionTV serta acara harian FashionTV di Majestic Hotel Bar bagi melihat pameran produk yang unik.

"Saluran FTV dan VOD kini lebih menarik untuk penonton merentasi semua peranti. Platform FTV+ membawakan lebih 12 strim OTT yang menakjubkan dari segi visual melalui FTV+ mencakupi semua jenis tema dan boleh diterima melalui satelit, IP atau aplikasi mudah alih."

FashionFlix ialah platform SVOD yang menumpu pada filem-filem fesyen yang menjadi ikutan dan mesti ditonton seperti "THE DEVIL WEARS PRADA", "YVES SAINT LAURENT", COCO CHANEL", DIOR AND I"" dan filem-filem penetap trend Fesyen "MATRIX", "JAMES BOND – SKYFALL", "DREAMGIRLS", "CASABLANCA", serta dokumentari-dokumentari tentang industri fesyen dan individu ikonik di sebalik dunia fesyen. Kandungan dalam platform ini disediakan dalam SD, HD, UHD dan VR serta boleh diterima melalui laman sesawang, Apple Store, Google Play, AppleTV, AndroidTV, AmazonTV, Roku dan banyak platform OTT. 

FashionTV baru sahaja melancarkan dua strim langsung yang disetempatkan - FTV AS dan FTV Brazil, yang menyiarkan produksi bertaraf dunia, rancangan eksklusif dan trend fesyen paling hangat yang sedang meningkat naik dari AS dan Brazil." - ulas Ketua Pegawai Eksekutif FTV.

Syarikat kini sedang mengusahakan pelancaran FTV China, FTV India, FTV Indonesia, FTV Sepanyol, FTV Jepun, FTV Afrika, dsb. dalam kedua-dua format linear dan SVOD menjelang akhir tahun ini.

Di MIPCOM kandungan FTV+ akan ditayangkan secara eksklusif melalui TV pintar LG OLED 4k HDR.

Untuk maklumat lanjut tentang syarikat, sila layari www.ftvott.com

Maklumat Perhubungan Media:
Teresa Kirilova
teresa@ftv.com

Max Posch
+43-664-3910205
max@ftv.com

Source: FashionTV
Keywords: Broadcast Technology Entertainment Fashion Television New products/services Trade show news