omniture

Penyedia SBLC/ Pembiayaan Global / Kewangan Perdagangan Global, Bachmann & Welser Capital, Lancar Program $320J Sokong Perniagaan yang Kesempitan Tunai Seluruh Dunia

Bachmann & Welser Capital Ltd
2018-01-04 11:48 657

EDINBURGH, Scotland, 4 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Bachman & Welser Capital Ltd ("Bachmann & Welser"), penyedia Kewangan Perdagangan dan Instrumen Kewangan Global, mengumumkan penubuhan dana khas dengan kerjasama penyedia ekuiti yang berpangkalan di luar pesisir untuk menyokong perniagaan-perniagaan yang kesempitan tunai dengan Kemudahan Kredit.

"Matlamat kami di Bachmann & Welser adalah untuk menjadikan aspirasi pelanggan kami boleh dicapai menerusi pengekalan kami sebagai rakan pembiayaan mereka yang dipercayai," kata Ronald Carey, Ketua Pegawai Kewangan Bachmann & Welser. "Program ini akan memberi bantuan yang besar kepada banyak pemilik perniagaan yang tidak boleh mendapatkan pembiayaan biasa daripada bank-bank utama."

Kriteria kelayakan syarikat adalah amat mudah, bertujuan untuk melengkapkan semua semakan ketekunan wajar dalam tempoh 14-21 hari bekerja bergantung pada lokasi pemohon, menurut Carey.

"Objektifnya adalah untuk meluaskan program ini menjadi dana bernilai berbilion-bilion dolar dalam tempoh yang munasabah bagi membantu para pelanggan kami," kata Ronald Carey.

Edward Bachmann, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Bachmann & Welser berkata: "Usaha merealisasikan dana ini adalah selari dengan komitmen kami untuk menyediakan pembiayaan dan sokongan yang penting kepada pelanggan kami, khususnya memandangkan banyak perniagaan terus berhadapan dengan cabaran peningkatan permintaan terhadap cagaran dan keengganan umum bank untuk memberi pinjaman."

Bachmann & Welser akan mula menerima permohonan mulai 7 Januari 2018. Hanya permohonan dengan nilai minimum USD 10 Juta akan dipertimbangkan dengan jumlah yang lebih rendah mungkin layak dipohon bergantung pada industri, lokasi dan pengalaman. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Negara-negara yang Layak: Semua negara kecuali negara-negara di bawah sekatan EU, AS, UK dan PBB.

LATAR BELAKANG BACHMANN & WELSER   

Bachmann & Welser Capital Ltd ialah Syarikat Kewangan Perdagangan butik yang berpangkalan di United Kingdom dengan USD 1.6 Bilion aset bawah pengurusan (setakat 2 Januari 2018). Syarikat ditubuhkan oleh mantan Pembiaya dan Pegawai Bank Pelaburan Bandar Raya London yang berpengalaman serta menyediakan perkhidmatan Kewangan Perdagangan, Instrumen Kewangan dan penyelesaian Pembiayaan Global kepada pelanggan melalui wakil/subsidiari seluruh dunia.

Untuk Maklumat Lanjut:
Emel: enquiries@bachmannwelser.com
Laman Sesawang: http://www.bachmannwelser.com
Telefon: +44 (0)-131-357-0361
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Sarah Atkins
Pegawai Perhubungan Media
Sarah.Atkins@bachmannwelser.com

Source: Bachmann & Welser Capital Ltd
Keywords: Banking/Financial Service New products/services