omniture

Xpress Money Sasar Pasaran Kiriman Wang Afrika yang Berkembang

Menerusi perkongsian bank pan-Afrika yang luas dan kolaborasi termaju lain yang sedang dirancang
Jenama pengiriman wang global jangkakan tiga tahun akan datang bakal menjadi pengubah industri untuk Afrika
Xpress Money Services Ltd.
2018-03-06 11:22 820

DUBAI, United Arab Emirates, 6 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Dengan matlamat untuk berkembang maju dari segi kehadiran dan bahagian pasaran di Afrika, Xpress Money, salah satu jenama penghantaran wang yang paling dipercayai di dunia, memulakan usahanya menerusi rancangan peluasan besar-besaran ke dalam pasaran Afrika. Jenama ini menjangkakan koridor Afrika bakal berkembang secara luar biasa dalam tiga tahun akan datang; berdasarkan trend terkini dalam pemindahan dan penerimaan teknologi di pelbagai negara Afrika. Xpress Money berhasrat untuk menggandakan kehadiran jaringan mereka di Afrika menerusi perkongsian bank pan-Afrika yang sedang dirancang.

Pelbagai negara Afrika banyak bergantung pada perkhidmatan pengiriman wang bagi mengekalkan KDNK negara mereka. Bahkan, pengiriman wang merupakan sumber aliran masuk asing kedua terbesar di benua berkenaan setelah Pelaburan Langsung Asing. Bagi memudahkan perkhidmatan pengiriman wang yang lancar, Afrika sentiasa mendepani penyelesaian pembayaran yang inovatif; dan salah satu pengguna terawal bagi Dompet Mudah Alih. Pada masa lalu, Xpress Money pernah bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan dompet mudah alih yang terkemuka di rantau berkenaan bagi menawarkan perkhidmatan yang mudah kepada para pelanggannya. Kini, jenama ini menawarkan perkhidmatan pemindahan wang dompet mudah alih ke 5 negara di Afrika dan merancang untuk berkembang ke 5 negara tambahan pada Suku Kedua. Menerusi perkongsian terkininya bersama TerraPay dan Huawei, Xpress Money berpotensi untuk mendekati lebih 100 juta orang di benua tersebut.

Menyebut tentang tumpuan organisasi terhadap Benua Afrika, Sudhesh Giriyan, Ketua Pegawai Operasi, Xpress Money, berkata, "Afrika sememangnya merupakan pasaran yang menarik untuk industri pengiriman wang sejak dari awal lagi. Meskipun kami menyaksikan kadar pertumbuhan yang biasa dalam industri pengiriman wang di rantau tersebut, kos kiriman wang, berbanding pelosok dunia yang lain, kekal tinggi. Biarpun kos purata penghantaran wang ke Sub Sahara Afrika ialah 9.27 peratus daripada jumlah penghantaran; menerusi perkongsian penting, Xpress Money dapat menurunkan kos puratanya kepada 4% di rantau berkenaan. Apa yang paling menarik tentang Pasaran Afrika ialah impak teknologinya. Kini, kami dapat menyaksikan negara-negara seperti Nigeria membuka pintunya kepada teknologi rantaian blok untuk menambah baik pelbagai aspek dalam pentadbiran dan perniagaan, termasuk perkhidmatan pengiriman wang. Penerimaan teknologi ini pastinya akan membawa era rangkuman yang serba baharu kepada penduduk yang dahulunya tidak dapat didekati. Beberapa tahun mendatang bakal menyaksikan suatu perkembangan yang menarik."

Sumber: Xpress Money Services Ltd.

Source: Xpress Money Services Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Contracts Corporate Expansion Blockchain