omniture

Aplikasi Penyerlahan Foto Meitu Lancar Ciri Baharu untuk Hari Ibu

Meitu
2018-05-10 09:57 768

XIAMEN, China, 10 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Meitu Inc. (Meitu), penerbit aplikasi penyerlahan foto Meitu, telah melancarkan ciri kesan AR, bingkai dan pen ajaib baharu eksklusif untuk Hari Ibu. Ciri-ciri baharu ini boleh dimuat turun sehingga 31 Mei.

App Penyerlahan Foto Meitu Perkenal Ciri-ciri Baharu sempena Hari Ibu
App Penyerlahan Foto Meitu Perkenal Ciri-ciri Baharu sempena Hari Ibu

Aplikasi Meitu telah dikemaskini dengan dua kesan AR baharu, satu bingkai dan ciri pen ajaib untuk meraikan Hari Ibu (pautan untuk muat turun: AS: https://go.onelink.me/24949431/88eca8b; Malaysia: https://go.onelink.me/2494943179/5790343a). Dengan kesan AR, para pengguna boleh mengubah gambar mereka dan ibu mereka menjadi bunga carnation yang cantik, atau untuk dikelilingi bingkai bunga carnation dalam swafoto. Di samping itu, para pengguna boleh melukis di atas foto dengan ciri pen ajaib baharu, menukarkan mereka menjadi ucapan istimewa untuk ibu mereka.

"Meitu menggalakkan pengguna untuk berkongsi segala yang 'indah' dan ciri-ciri baharu untuk Hari Ibu ini akan membolehkan pengguna untuk merakam gambar saat-saat bersama orang yang paling penting dalam kehidupan mereka dan berkongsi kasih sayang dan penghargaan mereka dengan cepat dan mudah," kata Xinhong Wu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Meitu. "Hari Ibu ialah cuti umum yang sangat diraikan di seluruh dunia dan Meitu akan terus membangunkan produk dan ciri-ciri yang menarik kepada pangkalan pengguna kami yang semakin berkembang di setiap negara dan rantau di seluruh dunia."

Di samping ciri aplikasi baharu ini, Meitu telah melancarkan kempen Instagram untuk meraikan Hari Ibu. Khususnya, pengguna di Malaysia boleh memenangi hadiah daripada CHANEL Cosmetics (dua kad hadiah Amazon untuk pemenang di AS) dengan memuat naik swafoto yang diambil bersama ibu mereka menggunakan turas "Carnation" Meitu. Tarikh akhir penyerahan ialah 15 Mei 2018. Lihat butiran lanjut di Halaman Facebook  Meitu.

Meitu telah menarik lebih 500 juta pengguna global. Ia mempunyai lebih 10 juta pengguna di setiap negara dan wilayah berikut: Thailand, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Korea Selatan, Taiwan, Vietnam, Brazil dan A.S. "Dalam tahun 2016, 27 peratus muat turun baharu sehari datang dari luar negara," kata Wu. "Di samping Asia Tenggara, Meitu bersedia untuk meneroka lebih banyak pasaran luar negara dengan negara-negara yang mempunyai penduduk melebihi 50 juta, seperti Perancis, Argentina, dan U.K."

Untuk memacu peluasan luar negara firma, Meitu berusaha untuk melancarkan ciri-ciri berunsur tempatan. Pada awal tahun ini, ia juga telah mereka ciri-ciri khas masing-masing untuk Songkran, perayaan Tahun Baru Thai, perayaan Holi India dan Hari Valentine.

Latar Belakang Meitu

Ditubuhkan dalam bulan Oktober 2008, Meitu ialah sebuah syarikat Internet mudah alih terkemuka global yang beribu pejabat di China. Dengan visi untuk membina perisian dan perkakasan berkisarkan "kecantikan", Meitu telah membangunkan portfolio produk perisian dan perkakasan pintar seperti Meitu, BeautyCam, Meipai (aplikasi komuniti video format pendek) dan Telefon Pintar Meitu, yang mengubah cara orang mencipta dan berkongsi idea "kecantikan". Setakat bulan Februari 2018, Meitu mempunyai lebih daripada 1.5 bilion pengguna unik di seluruh dunia dan melibatkan 454.7 juta MAU. Ia telah berjaya membangunkan pengaruhnya di pasaran luar negara dengan lebih 500 juta pengguna di luar negara, malah melancarkan aplikasi berunsur tempatan dan membina pasukan luar negara di tempat-tempat seperti New Delhi, India; Sao Paulo, Brazil; Palo Alto, California; Singapura dan Tokyo, Jepun. Menurut App Annie, Meitu telah berkali-kali disenaraikan sebagai salah sebuah daripada lapan pembangun aplikasi bukan permainan iOS utama di seluruh dunia bersama-sama dengan gergasi Internet global yang lain dari Jun 2014 hingga Januari 2017.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180508/2127122-1

 

Source: Meitu
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media