omniture

Lembaga Tingkatkan Pelaburan dalam Privasi dan Keselamatan Data Bergegas Agar Patuh GDPR dan Elak Ketirisan Data, Dapatan Tinjauan CIO Harvey Nash/KPMG

Harvey Nash and KPMG
2018-06-06 20:13 972

LONDON, 6 Jun 2018 /PRNewswire/ --

- Ancaman jenayah siber catat kadar tertinggi 
- Hanya seperlima daripada pemimpin IT dunia bersiap sedia depani serangan siber   
- Lebih sepertiga organisasi tidak-patuh GDPR 

Pihak lembaga meningkatkan pelaburan dalam keselamatan dan privasi data dalam keadaan tergesa-gesa untuk mematuhi GDPR dan bagi mengelakkan ketirisan data yang amat memudaratkan yang telahpun mencatatkan kadar tertinggi, seperti yang dilaporkan dalam Tinjauan CIO Harvey Nash/KPMG 2018.

Tinjauan kepimpinan IT terbesar di dunia, menganalisis respons daripada organisasi-organisasi dengan gabungan perbelanjaan keselamatan siber tahunan sehingga mencecah US$46 bilion, mendapati lebih seperempat (23 peratus) responden berbanding responden pada tahun 2017 mengutamakan penambahbaikan dalam keselamatan siber memandangkan ancaman jenayah siber mencatatkan kadar tertinggi, manakala pengurusan risiko dan pematuhan operasi turut menjadi keutamaan yang semakin meningkat dengan ketara (sehingga 12 peratus). Kedua-dua aspek ini memperlihatkan keutamaan IT lembaga pengarah syarikat yang paling pesat berkembang.

Pemimpin-pemimpin IT masa kini berdepan dengan tugasan mencabar bagi menyediakan data bertumpu pelanggan yang beraneka dalam persekitaran yang sarat dengan risiko. Ancaman kepercayaan dan privasi data terus mendapat perhatian CIO, namun demikian, meskipun langkah-langkah untuk meningkatkan keselamatan data sedang diusahakan dalam syarikat-syarikat dan melalui undang-undang seperti GDPR, lebih sepertiga (38 peratus) mereka yang disoal selidik pada bulan April menjangkakan mereka tidak dapat mematuhi GDPR pada tarikh akhir. Di samping itu, 77 peratus daripada pemimpin IT 'paling bimbang' mengenai ancaman jenayah siber terancang, meningkat daripada 71 peratus tahun lalu. Hanya satu perlima (22 peratus) menyatakan mereka bersiap sedia untuk mendepani ancaman siber.

Tinjauan ini mendapati bahawa kepercayaan menjadi medan pertempuran baharu untuk IT, tatkala organisasi-organisasi mengimbangi dengan berhati-hati potensi dipacu pendapatan dalam memanfaatkan data pelanggan dengan keperluan terhadap privasi dan keselamatan. Syarikat-syarikat yang mengurus keseimbangan ini dengan cara paling berkesan (organisasi-organisasi bertumpu pelanggan) adalah 38 peratus lebih berkemungkinan melaporkan keuntungan yang lebih besar berbanding pesaing-pesaing mereka. Walau bagaimanapun, dorongan ke arah perlindungan data menyebabkan permintaan yang amat tinggi terhadap kemahiran 'keselamatan dan ketahanan', yang mengalami lonjakan terbesar dari segi kekurangan kemahiran, meningkat 25 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Baca siaran akhbar penuh di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai tinjauan ini dan bagi memohon salinan penuh keputusan, sila kunjungi http://www.hnkpmgciosurvey.com.

Perhubungan Media:

Michelle Smith
Harvey Nash
michelle.smith@harveynash.com
+44(20)7333-2677

Amy Greenshields
KPMG International
+1-416-777-8749
amygreenshields@kpmg.ca

Sumber: Harvey Nash dan KPMG

Source: Harvey Nash and KPMG
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology