omniture

Makeblock Bangunkan Kit Kreatif untuk Belajar Bahasa Pengaturcaraan Swift Apple dengan Neuron

Makeblock Co., Ltd.
2018-09-21 22:43 2160

Neuron Explorer Kit Kini Disediakan di Apple.com dan Apple Stores

SHENZHEN, China, 21 September 2018 /PRNewswire/ -- Makeblock, penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka di dunia, mengumumkan bahawa Neuron Explorer Kit kini menggabungkan Apple Swift Playgrounds bagi membantu pelajar-pelajar menyerlahkan daya kreativiti mereka dan berkembang maju dalam era teknologi. Swift Playgrounds ialah aplikasi revolusioner untuk iPad yang menjadikan pembelajaran Swift suatu yang interaktif dan menyeronokkan. Apabila digabungkan dengan Neuron Explorer Kit daripada Makeblock ia menjadi alatan permulaan yang sempurna untuk pelajar-pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan tentang pengekodan.

Makeblock Neuron Explorer Kit and Apple Swift Playgrounds
Makeblock Neuron Explorer Kit and Apple Swift Playgrounds

Makeblock membangunkan program pembelajaran 4-bahagian yang imersif, iaitu Neuron Playgrounds untuk menjadikan pengekodan Swift mudah dan menyeronokkan dengan Neuron Explorer. Pelajar-pelajar akan mempelajari bagaimana konsep pengekodan dan kejuruteraan diserlahkan dalam dunia fizikal melalui projek-projek amali menerusi Neuron Explorer Kit. Neuron Explorer Kit direka secara eksklusif dan sedia dibeli di Apple.com serta kedai-kedai Apple yang terpilih di seluruh dunia dan menyediakan empat kes tambahan kepada pengguna untuk membina ciptaan daripada kadbod potongan laser yang tepat. Pengguna boleh menghidupkan ciptaan mereka dengan 12 blok Neuron yang boleh diprogramkan dan pengekodan Swift. Ciptaan yang disertakan ialah kereta Explorer, Piano, Ukulele dan Pedang LED. Lebih 30 pelajaran yang menggabungkan teknik-teknik pembinaan fizikal dengan pembelajaran digital melalui pengaturcaraan berasaskan aliran Neuron disediakan sekarang dalam Swift Playgrounds Apple untuk iPad.

Sebaik sahaja Neuron Explorer dihubungkan dengan Swift Playgrounds melalui Bluetooth, pengguna akan mendapat akses kepada pengalaman pada skrin yang menarik. Pengekodan pergerakan untuk Explorer akan menyebabkan motornya berdengung pada skrin iPad serta dalam kehidupan sebenar sebaik sahaja program beroperasi. Ia bukan sahaja menyediakan pengalaman pengekodan tidak terhad kepada pengguna malah turut bertindak sebagai ekspresi visual mengenai apa yang seharusnya dilakukan oleh kod Swift dan bagaimana untuk mengawal Neuron dengan kod pengguna sendiri.

"Sejak hari pertama, Makeblock berdedikasi untuk membantu orang ramai mengubah idea mereka menjadi kenyataan dan membiarkan ciptaan menjadi suatu cara hidup. Di Makeblock, kami percaya masa depan bukan sahaja didorong oleh teknologi tetapi juga melalui daya kreativiti," jelas Jasen Wang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Makeblock. "Neuron Makeblock direka untuk menyerlahkan potensi kreatif pelajar-pelajar dan mengajar mereka bagaimana menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah. Hasilnya, Swift Playgrounds menjadi wadah ideal untuk Makeblock bagi menginspirasikan daya kreativiti dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai pelajar menjadi penyelesai masalah."

Neuron Makeblock telah menerima 8 anugerah/pensijilan antarabangsa: Anugerah Emas Edison , Anugerah Emas IDEA, Anugerah CES Design 2018, Pensijilan Piawaian Pendidikan Kokoa Finland, Anugerah iF Product Design Jerman, Anugerah Red Dot Jerman, Anugerah Good Design Jepun dan Anugerah K-Design Korea.

Perjalanan kreatif dengan Neuron Explorer Kit boleh dimulakan dengan memuat turun Swift Playgrounds di Apple App Store dan melanggan Neuron Playgrounds. Atau muat turun Neuron App untuk mengalami IoT melalui platform pengekodan berasaskan aliran milik Makeblock.

Latar Belakang Makeblock 

Makeblock Co., Ltd, ditubuhkan pada tahun 2013, ialah penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka. Menyasarkan pasaran pendidikan dan hiburan STEAM untuk sekolah, institusi pendidikan dan keluarga, Makeblock menyediakan penyelesaian perkakasan, perisian, kandungan yang paling lengkap serta pertandingan robotik unggul, dengan matlamat untuk mencapai penyepaduan teknologi dan pendidikan yang mendalam. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti @Makeblock melalui Facebook atau melalui Twitter, atau layari www.makeblock.com.

Latar Belakang Apple Swift Playgrounds 

Swift ialah bahasa pengaturcaraan mantap dan intuitif yang dicipta oleh Apple bagi membangunkan aplikasi untuk iOS, Mac, Apple TV dan Apple Watch. Swift Playgrounds ialah aplikasi revolusioner untuk iPad yang menjadikan pembelajaran Swift suatu yang interaktif dan menyeronokkan. Ia tidak memerlukan pengetahuan mengenai pengekodan, maka ia begitu sempurna untuk pelajar-pelajar yang baru bermula.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180920/2243461-1

 

Source: Makeblock Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Education Household Products Household/Consumer/Cosmetics New products/services