omniture

'Stars of Christmas' OUE Sambut Tahun ke-9 Bawakan Keriangan Krismas kepada Penerima Pertubuhan Bantuan Kanak-kanak

OUE Limited
2018-12-03 09:31 873

SINGAPURA, 3 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Stars of Christmas, satu program komuniti tahunan yang diperjuangkan oleh OUE Limited (SGX-ST: "OUE") bersama-sama Meritus Hotels & Resorts, Mandarin Orchard Singapore dan Marina Mandarin Singapore, kini memasuki tahun kesembilan untuk membawa keriangan Krismas kepada para penerima daripada pertubuhan-pertubuhan bukan untung yang menyediakan program dan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik serta mereka yang mempunyai keperluan khas dan penyakit.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan OUE, Thio Gim Hock, memimpin permulaan rasmi program Komuniti Stars of Christmas tahunan di Mandarin Orchard Singapore
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan OUE, Thio Gim Hock, memimpin permulaan rasmi program Komuniti Stars of Christmas tahunan di Mandarin Orchard Singapore

 

Program tiga bahagian itu bermula tahun ini dengan upacara menggantung bintang-bintang Krismas di lobi Mandarin Orchard Singapore pada 21 November, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif OUE dan Pengarah Urusan Kumpulan, En. Thio Gim Hock. Bintang-bintang yang mengandungi maklumat penerima seperti umur dan jantina akan menghiasi pokok-pokok Krismas di Mandarin Orchard Singapore, Marina Mandarin Singapore dan Downtown Gallery. Orang ramai yang ingin menyumbang kepada program ini boleh memilih seberapa banyak bintang dan membeli hadiah berpandukan maklumat yang ditunjukkan pada bintang tersebut. Semua hadiah yang disumbangkan akan ditinggalkan di tempat-tempat pengumpulan yang ditetapkan selewat-lewatnya pada 17 Disember.

Pada 14 Disember, para penerima Stars of Christmas 2018 bersama-sama ibu bapa, adik beradik dan penjaga mereka akan menjadi tetamu kehormat dalam majlis makan tengah hari Krismas istimewa yang dianjurkan oleh Pengerusi Eksekutif OUE, Dr. Stephen Riady. Kanak-kanak terpilih ini akan disertai oleh kakitangan OUE dan syarikat-syarikat gabungannya untuk jamuan perayaan tengah hari dan hiburan di Mandarin Orchard Singapore, diakhiri dengan ucapan Hari Krismas dengan kunjungan daripada Santa yang akan menyampaikan hadiah Krismas.

Stars of Christmas 2018 mencapai kemuncaknya dengan aktiviti Toy Run pada sebelah pagi 15 Disember, bersama para penunggang sukarela dengan sekumpulan motosikal Harley-Davidson bagi menjayakan satu persembahan perayaan di halaman depan Orchard Road, Mandarin Gallery tatkala mereka berlepas untuk menyerahkan hadiah Krismas ke pelbagai lokasi.

Sekali lagi membentuk barisan rakan kongsi sokongan untuk Stars of Christmas 2018 ialah Komoco Motorcycles Pte Ltd (Harley-Davidson of Singapore – Satu-satunya Peniaga Sah) dan Community Chest – cabang pengumpulan dana dan penglibatan bagi Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan. Tahun ini mereka disertai oleh Downtown Gallery dan Takashimaya Singapore Ltd.

Stars of Christmas 2018 memberi sokongan kepada Children's Cancer FoundationClub RainbowKK Women's and Children's HospitalRonald McDonald House Charities Singapore dan pelbagai pertubuhan kebajikan kanak-kanak lain di bawah naungan Community Chest.

Stars of Christmas dibuka kepada semua dan bertujuan untuk menyampaikan hadiah Krismas kepada sehingga 1,500 penerima tahun ini.

Hubungan media: 
media.relations@oue.com.sg

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181129/2312842-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180918/2240788-1LOGO

Source: OUE Limited
Keywords: Hotels and Resorts Travel Children-related news Corporate Social Responsibility Not for profit Future Events