BANGKOK, 8 Februari 2019 /PRNewswire/ --
Majlis Perkongsian - Penandatangan Program Pembiayaan Rantaian Nilai
En. Anuwat Luengtawekul Naib Presiden Eksekutif, Ketua Peruncitan & Perbankan Perniagaan Kecil-kecilan, berkata, "Ini merupakan hala tuju strategik kami untuk meningkatkan keupayaan teknologi digital kami bagi menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih baik. Program Pembiayaan Rantaian Nilai baharu ini akan mendigitalkan proses rantaian bekalan tradisional dan merevolusikan akses PKS kepada kewangan."
PKS boleh mengalami cabaran dalam usaha untuk mencari pembiayaan yang cukup pantas untuk mengekalkan modal kerja yang baik dan memastikan pertumbuhan berterusan. Perkongsian dengan Beehive Asia, sebahagian daripada kumpulan teknologi kewangan Beehive global akan menawarkan penyelesaian kewangan digital yang dipertingkat kepada PKS yang ingin meningkatkan kecairan melalui Kewangan Invois. Beehive, selaku perintis teknologi kewangan, mempunyai pengalaman luas dalam membangunkan produk kewangan digital untuk PKS.
"Kami berharap dapat bekerjasama dengan Penaja-penaja (syarikat-syarikat korporat besar dan sederhana) yang mempunyai pembekal-pembekal PKS dengan kepercayaan kredit yang dapat mengakses pinjaman melalui Program Pembiayaan Rantaian Nilai. Produk ini merupakan pinjaman tak bercagar, faedah rendah, nilai invois maksimum sebanyak 90% dan tanpa bayaran pendahuluan. Ia turut disediakan untuk perniagaan-perniagaan yang kini bukan pelanggan Tbank.
"Ini merupakan peluang menarik untuk menggabungkan sinergi. Menyatukan kesedaran jenama Thanachart dengan keupayaan teknologi kewangan yang inovatif daripada Beehive, Program Pembiayaan Rantaian Nilai akan membawakan kecekapan dan nilai lebih besar kepada pelanggan dan meletakkan Tbank di hadapan ekonomi digital 4.0 Thailand," tambah En. Anuwat Luengtawekul.
En. Justin Wright, Ketua Asia Beehive berkata:
"Program Pembiayaan Rantaian Nilai menawarkan potensi penting kepada Tbank untuk mengukuhkan portfolio produk PKS mereka. Kami mengharapkan kolaborasi yang mantap dengan matlamat untuk meluaskan lagi perkongsian ini pada masa depan."
Latar Belakang Thanachart Bank:lssss
Thanachart Bank Public Company Limited (TBANK) ialah bank keenam yang terbesar di Thailand berdasarkan saiz aset dan pemberi pinjaman automobil yang utama di negara ini. Menerusi lebih 500 cawangan di seluruh negara, Thanachart Bank menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan kewangan kepada lebih 4 juta pelanggan termasuk Peruncitan, Sewa Beli, perbankan Korporat dan PKS, Insurans, Insurans Nyawa, Brokeraj Sekuriti dan Pengurusan Dana. Setakat 31 Mac 2017, jumlah aset Thanachart Bank melebihi 1 trilion baht.
Latar Belakang Beehive Asia:
Beehive Asia, sebahagian daripada kumpulan teknologi kewangan Beehive global, merupakan platform digital yang menyediakan penyelesaian kewangan lebih pintar kepada perniagaan, institusi kewangan dan pelabur. Menggabungkan pengalaman pasaran kewangan dengan inovasi teknologi, kami mempercepatkan kecekapan dan fungsian bagi menyediakan penyelesaian kewangan baharu kepada pasaran.