omniture

FSS Buat Pelaburan Strategik dalam Ecentric Percepat Momentum Pertumbuhan di Afrika

Financial Software and Systems (FSS)
2019-03-14 12:15 1514

MUMBAI, India, 14 Mac 2019/PRNewswire/ --

Peroleh 46% kepentingan dengan hasrat jelas untuk luaskan kehadiran pasarannya di Afrika

FSS (Financial Software and Systems), sebuah syarikat teknologi pembayaran bertaraf global, mengumumkan satu pelaburan strategik dalam Ecentric Payment Systems, subsidiari Standard Bank dan pemproses pembayaran utama di Afrika Selatan. FSS memperoleh 46% kepentingan dalam Ecentric melalui gabungan antara pelaburan primer dan sekunder, yang berpotensi untuk melanjutkan pegangan kepentingannya.

FSS ialah peneraju global dalam menyediakan penyelesaian pembayaran bersepadu dengan portfolio melibatkan 130 pelanggan seluruh dunia dan dengan dua dekad pengalaman dalam domain pembayaran. Portfolio produk syarikat mencakupi spektrum pembayaran yang lengkap termasuk Pengeluaran, Pemerolehan, Penyesuaian Pintar, Perbankan Digital, Sekuriti Digital, Pemprosesan dan Penukaran Pembayaran serta Analitik Pembayaran.

Beribu pejabat di Afrika Selatan, Ecentric, subsidiari Standard Bank, ialah penyedia perkhidmatan penukaran pembayaran dan perkhidmatan bernilai tambah runcit yang utama. Dengan portfolio pelanggan yang terdiri daripada lebih 50 bank dan peruncit Tahap-1, Ecentric mempunyai kehadiran yang kukuh dalam pasaran-pasaran domestik dan Afrika yang lain untuk penyelesaian penerimaan pembayarannya. Ecentric memproses transaksi untuk kebanyakan peruncit Tahap-1 dan juga outlet runcit kecil-kecilan dan khusus. Tawaran produk dan perkhidmatan termasuk Pemprosesan Kad, Perkhidmatan Bernilai Tambah, Kiriman Wang, Pengeluaran, Pengurusan Tunai dan Penyesuaian.

Kepakaran dan pengetahuan teknologi pembayaran mendalam FSS dari segi menyediakan perkhidmatan untuk pasaran-pasaran baru muncul di seluruh dunia, digabungkan dengan kehadiran pasaran kukuh Ecentric mewujudkan proposisi yang hebat buat pasaran pembayaran Afrika.

Bank Dunia meramalkan Afrika akan mencatatkan purata pertumbuhan KDNK sebanyak empat peratus berbanding tahun sebelumnya, lebih tinggi berbanding negara-negara baru muncul dan sedang membangun yang lain. Pada dekad yang lalu, benua tersebut dapat mengatasi model-model perbankan legasi bagi memanfaatkan kemajuan dalam teknologi digital dan peraturan yang menguntungkan bagi meningkatkan kecekapan, kemudahan dan kebolehcapaian sistem pembayaran.

Pelaburan tersebut sejajar dengan rancangan pertumbuhan FSS untuk bekerjasama dengan perniagaan-perniagaan sealiran untuk berkembang dalam pasaran-pasaran sasaran dan bagi mencapai strateginya untuk menjadi pemproses pembayaran global bersepadu dan penyedia teknologi pembayaran. Menerusi pelaburan berkenaan, FSS memperoleh akses serta merta kepada kumpulan pelanggan sedia ada dan dapat memanfaatkan lagi pasaran yang pantas berkembang untuk penyelesaian pemprosesan dan pembayaran peniaga di Afrika.

Pelaburan Ecentric akan turut menyediakan FSS dengan platform ideal untuk membangunkan hab Teknologi Kewangan yang menumpu pada pembangunan penyelesaian pembayaran yang disesuaikan dengan keperluan unik di rantau Afrika. Ecentric akan memanfaatkan kepakaran teknologi pembayaran terbukti FSS dan menyalurkan pelaburan tersebut untuk mendorong fasa pertumbuhan pasaran yang seterusnya. Sebagai sebahagian daripada perjanjian berkenaan, Ecentric akan menggunakan FSS PoSabIlity, penyelesaian pacuan POS bersepadu dan penerimaan pembayaran dalam kedai yang terbukti dalam pasaran.

Mengulas tentang pengumuman berkenaan, Nagaraj Mylandla, Pengarah Urusan, FSS berkata, "Kami berasa gembira dapat menyertai Ecentric sebagai pelabur institusi dalam syarikat. Kami melihat pelaburan ini sebagai satu peluang luar biasa untuk mencapai kedudukan kepimpinan dalam bidang pembayaran Afrika. Perkongsian ini akan membantu kami memanfaatkan sinergi bersama bagi mengukuhkan kehadiran kami dalam pasaran-pasaran yang terbesar di Afrika dan memacu pertumbuhan yang dipertingkat untuk memperoleh pembayaran FSS dan penyelesaian-penyelesaian lain."

Mengulas tentang transaksi berkenaan, Larry McCarthy, Ketua Pelaburan Strategik dan Perikatan, Standard Bank Group, berkata; "Pengenalan FSS sebagai Rakan Ekuiti Strategik dalam Ecentric akan mengukuhkan lagi kedudukan Ecentric sebagai penyedia utama bagi perkhidmatan pembayaran bernilai tambah kepada pelanggannya dan mempercepatkan pertumbuhannya untuk produk baharu dalam seluruh pasaran-pasaran baharu di Afrika selain melanjutkan hubungan komersial antara Afrika dan India."

Mengulas tentang kerjasama berkenaan, Hassen Sheik, Ketua Pegawai Eksekutif Ecentric, berkata; "Kami berasa amat teruja untuk mengalu-alukan rakan kongsi strategik kami, FSS, peneraju pembayaran global, sebagai pelabur baharu. Sokongan kewangan dan strategik daripada FSS, akan membantu Ecentric mempercepatkan inovasi produk dan mengembangkan perniagaan dalam pasaran asalnya selain berkembang ke lebih banyak negara. Sokongan ini membawa kami selangkah lebih hampir untuk mencapai matlamat kami bagi mewujudkan pasaran penerimaan pembayaran digital yang bersifat merata dan sejagat di benua tersebut."

Hubungi FSS
Rishi Pillay
Pengurus Besar Serantau - Afrika
+27-87-809-4331
Rishipillay@fsstech.com

Hubungi Ecentric
Hassen Sheik
Ketua Pegawai Eksekutif
+27-21-681 9600
hsheik@ecentric.co.za

Sumber: Financial Software and Systems (FSS)

Source: Financial Software and Systems (FSS)
Keywords: Banking/Financial Service Financial Technology