omniture

Metal Exchange Corporation luaskan kehadiran di Asia; buka pejabat perdagangan di Singapura

Metal Exchange Corporation
2019-03-15 22:44 1351

ST. LOUIS, Missouri, 15 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Metal Exchange Corporation (MEC) mengumumkan pembukaan pejabat perdagangan di Singapura untuk menawarkan perkhidmatan kepada pasaran-pasaran Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Pejabat Singapura ini, MEC Global Trading Pte Ltd, akan dipimpin oleh Craig Weber, Pengurus Perniagaan Global. Craig mempunyai 24 tahun pengalaman bersama MEC dan sebelum ini pernah menubuhkan pejabat perdagangan Zurich dan pejabat perwakilan Shanghai.

"Pewujudan kehadiran di Singapura akan meningkatkan akses dan kepakaran MEC bagi membawakan hasil kepada rakan dagangan kami," kata En. Weber. "Dengan persekitaran logam yang semakin berubah-ubah, Singapura meletakkan MEC di tengah-tengah pasaran Asia Tenggara, lebih hampir dengan kumpulan pelanggan kami dan mewujudkan pelan pertumbuhan berterusan kami," kata En. Weber.

"Bahagian Perdagangan Metal Exchange Corporation komited untuk menyediakan perkhidmatan unggul kepada pelanggan dan pembekalnya dalam pasaran logam bukan ferus," tambah beliau.

"Kami percaya kehadiran fizikal dalam pasaran-pasaran yang mendapat perkhidmatan kami adalah penting," kata Ben Evans, Presiden, Bahagian Perdagangan untuk Metal Exchange Corporation. "Pembukaan pejabat ini merupakan satu lagi langkah penting untuk membolehkan kami terus menyediakan tahap perkhidmatan yang diharapkan dan layak diterima oleh rakan-rakan dagangan kami."

"Langkah untuk meluaskan kehadiran kami di Asia merupakan sebahagian daripada strategi global keseluruhan kami. Membuka pejabat ini di Singapura memberi manfaat kepada pasaran global dan memberi tambahan kepada rangkaian global kami yang kukuh," kata Rick Merluzzi, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Metal Exchange Corporation.

Metal Exchange Corporation ialah sebuah syarikat swasta milik keluarga dengan ibu pejabat globalnya terletak di St. Louis, Missouri. Ia merupakan salah satu penyedia paling pelbagai bagi logam bukan ferus. Ditubuhkan pada tahun 1974, Metal Exchange Corporation dan keluarga syarikatnya merupakan peneraju industri bagi logam bukan ferus bermula dengan pembelian kepada pembuatan dan pemprosesan. Metal Exchange Corporation mempunyai kehadiran antarabangsa yang diperlukan untuk menghubungkan pembekal dan pelanggan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.MetalExchangeCorp.com.

Hubungi:    Ben Evans                   

Bill Raack

Emel:       bevans@metalexchangecorp.com        

braack@vandivergroup.com 

Telefon:     (314) 542-7260            

(314) 991-4641 samb. 105

 

Source: Metal Exchange Corporation
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals Precious Metals Corporate Expansion