omniture

Avatec Dapat Kebenaran Ambil Bahagian dalam Program 'Sandbox' Inovasi Kewangan Digital Indonesia

Avatec
2019-04-09 22:00 703

SINGAPURA, 9 April 2019 /PRNewswire/ -- Avatec.ai (S) Pte. Ltd (Avatec), platform teknologi perkhidmatan kewangan yang mengkhusus dalam penyelesaian pemberian pinjaman digital, hari ini mengumumkan bahawa subsidiari milik penuhnya PT. Avatec Services Indonesia (Avatec Indonesia) telah diluluskan oleh pengawal selia Indonesia untuk menjadi penyedia penyelesaian pemarkahan kredit dalam program 'sandbox' Inovasi Kewangan Digital (DFI) negara tersebut.

Avatec Indonesia ialah salah sebuah firma teknologi kewangan pertama yang diluluskan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan (OJK) Indonesia sebagai penyedia DFI. Dengan kelulusan ini, Avatec Indonesia dapat berkolaborasi dengan institusi-institusi perkhidmatan kewangan berdaftar atau berlesen di negara tersebut bagi menyediakan perkhidmatan pemberian pinjaman digital hujung-ke-hujung.

Program 'sandbox' DFI dilancarkan oleh OJK pada Ogos 2018 untuk membolehkan syarikat-syarikat teknologi kewangan yang inovatif menguji model dan proses perniagaan mereka serta menjalankan perkhidmatan kewangan di Indonesia.

Dennis Tan, ketua pegawai eksekutif Avatec, berkata, "Mendapat kebenaran daripada OJK untuk mengambil bahagian dalam program 'sandbox' DFI merupakan pencapaian penting buat Avatec memandangkan ia akan membolehkan kami menonjolkan penyelesaian penilaian kredit digital dipacu AI kami di Indonesia. Kami berharap dapat membantu bank-bank dan syarikat-syarikat di Indonesia menawarkan penyelesaian kewangan kepada kumpulan pelanggan yang lebih luas dengan lebih kepastian dan ketepatan melalui penyelesaian digital pintar kami."

Avatec ialah satu usaha sama yang dilancarkan oleh United Overseas Bank dan Pintec Technology Holdings Ltd (PINTEC) pada April 2018. Dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, syarikat tersebut menyediakan penyelesaian penilaian kredit digital generasi seterusnya bagi membolehkan institusi-institusi kewangan serta rakan-rakan niaga menawarkan produk kewangan dengan cara yang lebih cekap apabila menilai kualiti kredit pelanggan berpotensi di Asia Tenggara.

Penyelesaian Avatec menganalisis set lebih luas data didigitalkan lebih daripada yang biasa digunakan dalam menilai permohonan kredit peribadi atau perniagaan dan berupaya menentukan kualiti kredit pemohon dalam beberapa saat.

Latar Belakang Avatec

Avatec ialah platform teknologi perkhidmatan kewangan yang menumpu untuk mencipta penyelesaian inovatif bagi menghubungkan sumber pembiayaan, institusi kewangan dan organisasi komersial kepada pengguna serta perniagaan kecil-kecilan dan mikro di Asia Tenggara. Avatec komited untuk menyediakan perkhidmatan penilaian kredit hujung-ke-hujung melalui penggunaan pintar teknologi maklumat dalam bidang kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, algoritma antipenipuan dan data raya. Avatec ditawarkan oleh Avatec.ai (S) Pte Ltd, satu usaha sama oleh United Overseas Bank Limited dan Pintec Technology Holdings Limited. 

Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.avatec.ai

Hubungan Media:

Avatec
James Xue
Emel: james.xue@avatec.ai
+86-16621027330

Source: Avatec
Keywords: Banking/Financial Service