omniture

Blume Global dan Dana Diurus oleh Apollo Global Management Selesaikan Perjanjian Pelaburan Strategik

Blume Global
2019-04-16 22:51 253

PLEASANTON, California, 16 April 2019 /PRNewswire/ -- Blume Global, peneraju bagi penyelesaian logistik global dan rantaian bekalan digital, hari ini mengumumkan bahawa dana ("Apollo Funds") yang diurus oleh rakan-rakan sekutu Apollo Global Management, LLC (bersama-sama gabungan subsidiari-subsidiarinya, "Apollo") (NYSE: APO) telah menyelesaikan pelaburan strategik mereka dalam Blume Global, dengan EQT Infrastructure mengekalkan pelaburan minoriti. Sebagai sebahagian daripada penyelesaian, Blume Global menjadi sebuah syarikat bebas dalam portfolio Apollo Funds. Blume Global dan DCLI akan terus menjadi rakan-rakan kongsi strategik dan akan mengukuhkan lagi hubungan dan penyelesaian mereka untuk pelanggan bersama dalam ekosistem berkenaan.

Penyelesaian Blume memperkasa peneraju-peneraju rantaian bekalan dengan ketangkasan dan kejituan yang belum pernah disediakan sebelum ini untuk merancang, melaksanakan, memantau dan mengoptimumkan gerakan dan peruntukan inventori dalam seluruh rantaian bekalan mereka. Blume Global menghubungkan peruncitan, teknologi tinggi, produk pengguna serta organisasi automotif dengan penyedia perkhidmatan logistik, pengangkut lautan, pengangkut motor dan landasan kereta api, kesemuanya pada jaringan kolaboratif yang dipacu kecerdasan dalam setiap langkah, setiap mod dan setiap jarak rantaian bekalan.

Sebagai sebuah syarikat portfolio Apollo Funds, Blume Global menyokong kebebasannya untuk memacu inovasi signifikan dalam jaringan rantaian bekalan global dan mendorong pertumbuhannya. Dalam Blume Global, Apollo Funds melabur dalam syarikat dengan kadar pertumbuhan tinggi yang berkedudukan unik untuk memanfaatkan sejarah data dan maklumatnya selama 25 tahun merentas jaringan globalnya yang luas dan membawanya bersama-sama teknologi termaju dalam AI dan ML, pengautomatan, rantaian blok dan banyak lagi, bagi mengubah rantaian bekalan global.

"Melihatkan ekosistem rantaian bekalan global, kami percaya terdapatnya peluang penting untuk membawakan inovasi yang memacu kecerdasan dan kolaborasi merentas rangkaian dan membawa nilai baharu kepada semua peserta dalam rantaian bekalan," kata Pervinder Johar, Ketua Pegawai Eksekutif, Blume Global. "Maklumat data kami serta jaringan kami, berserta teknologi baharu, merupakan kunci untuk mendorong hal ini dan pelaburan bersama Apollo Funds menjadi asas untuk fasa pertumbuhan kami yang seterusnya."

"Kami percaya Blume Global menyediakan peluang unik untuk Apollo Funds – ia membawakan penetapan minda dipacu inovasi syarikat baharu dengan 25 tahun data dan maklumat Blume dalam jaringan rantaian bekalan global serta peluang pasaran yang luar biasa," kata Antoine Munfakh, rakan kongsi di Apollo. "Kami teruja untuk menjadi pelabur strategik dalam peluang penting berkenaan pada masa terdekat."

Latar Belakang Blume Global
Bermula dengan para peruncit, para pengeluar dan syarikat-syarikat produk pengguna global yang terbesar di dunia kepada syarikat-syarikat trak pengangkut barang tempatan terkecil, kejayaan bergantung pada keterlihatan dan pengaturan hujung-ke-hujung jaringan rantaian bekalan global dalam setiap pergerakan, setiap mod dan setiap jarak. Dengan platform dan penyelesaian digital didayakan AI dan dipacu data untuk keterlihatan waktu nyata, pelaksanaan logistik, pengurusan aset, pengoptimuman dan penunaian kewangan, Blume Global memanfaatkan 25 tahun maklumat data dan jaringan yang terhubung di seluruh dunia serta teknologi termaju untuk membantu perusahaan menjadi lebih tangkas dan responsif, menambah baik penyerahan perkhidmatan dan mengurangkan kos. Ketahui lebih lanjut di blumeglobal.com.

Perhubungan Media

Katie Bromley
Blume Global
404-245-8873
Katie.Bromley@blumeglobal.com 

Laura Often
InkHouse (untuk Blume Global)
781-296-6485
blume@inkhouse.com 

Source: Blume Global
Related Stocks:
NYSE:APO
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Retail Transportation Trucking and Road Transportation Financing agreements