omniture

Traveloka Lancar "Xperience", di Tujuh Negara Dalam Pasaran Asia Tenggara & Australia

Traveloka
2019-06-21 22:04 205

Lebih daripada sekadar OTA, Traveloka mengukuhkan kedudukannya secara agresif sebagai platform penemuan di Asia Tenggara sebagai platform tempahan aktiviti-aktiviti pengembaraan dan gaya hidup utama

JAKARTA, Indonesia, 21 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Traveloka, sebuah syarikat teknologi yang terkemuka di Asia Tenggara yang menyediakan produk-produk pengembaraan dan gaya hidup dalam talian untuk destinasi-destinasi domestik serta antarabangsa, secara rasminya mengumumkan Traveloka Xperience baharunya, platform yang ringkas dan mudah digunakan untuk menerokai dan menempah aktiviti-aktiviti pengembaraan dan gaya hidup di Traveloka. Traveloka Xperience telahpun dilancarkan dan disediakan di Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Malaysia, Singapura dan Australia.

Acara pelancaran Traveloka Xperience di Jakarta, Indonesia
Acara pelancaran Traveloka Xperience di Jakarta, Indonesia

Xperience membolehkan pengembara-pengembara domestik dan antarabangsa bahkan penduduk tempatan yang tidak pergi bercuti untuk menikmati pengalaman unik atau sekadar menikmati keseronokan keluar pada waktu malam. Dengan Xperience, mereka dapat menerokai dan menempah sesuatu yang santai dengan mudah atau memanfaatkan masa mereka melalui pengalaman yang jarang diterokai di setiap pelosok dunia menggunakan Traveloka Xperience.

Traveloka Xperience.menawarkan kategori-kategori yang lengkap termasuk Tempat Tarikan; Filem; Acara; Hiburan; Jelajah; Kecantikan & Spa; Sukan; Taman Permainan; Pengangkutan, Makanan & Minuman, Kelas & Bengkel serta Keperluan Pengembaraan. Traveloka kini menawarkan hampir 15,000 inventori menarik yang terdapat dalam lebih 60 negara. Inventori-inventori dalam lebih 10 kategori disediakan kepada pengguna Traveloka di tujuh negara termasuk Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Malaysia, Singapura dan Australia.

Semasa perarakan pelancaran, Christian Suwarna, Ketua Pegawai Eksekutif Ibu Pejabat Traveloka Experience, berkata "Di Traveloka, kami mempunyai misi untuk memperkasa pengguna kami untuk menerokai dunia di sekeliling mereka. Kami juga percaya bahawa penerokaan dunia dapat dipenuhi apabila pengguna kami berpeluang untuk menikmati pengalaman yang beraneka dan unik. Kami berasa amat gembira untuk memperkenalkan Traveloka Xperience yang serba baharu dalam pasaran Asia Tenggara & Australia yang merupakan pasaran yang penting dan terus berkembang untuk Traveloka."

"Traveloka menyedari bahawa hanya segelintir pengembara merupakan pakar tentang destinasi-destinasi yang mereka jelajahi dan mengalu-alukan sebarang input berguna pada platform ini yang memperkenalkan kawasan-kawasan baharu dan menarik untuk diterokai, tempat untuk dikunjungi dan makanan untuk dicuba di pelbagai destinasi. Xperience mengisi kelompongan ini dengan mendidik pengguna tentang tempat yang ingin mereka kunjungi dan pengalaman yang boleh mereka pilih bagi membolehkan mereka mengalami perjalanan yang sempurna," tambah Christian.

Pengguna-pengguna kini dapat menerokai dan menempah perkara-perkara yang mahu dilakukan dengan mudah menerusi pengesahan segera daripada pelbagai pilihan yang komprehensif, bermula dengan slot urut di kawasan kejiranan anda kepada perjalanan ke luar negara selama beberapa hari yang dipenuhi keseronokan bersama keluarga mereka. Semua tempahan akan disediakan pada harga kompetitif selain turut menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan memandangkan mereka boleh membayar menggunakan pelbagai pilihan bayaran dan memastikan bahawa tempahan mereka disahkan serta merta.

Latar Belakang Traveloka
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.traveloka.com/en/ atau press.traveloka.com 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190620/2503876-1

Source: Traveloka
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Travel