omniture

tyntec dan Ooredoo Umum Perkongsian SMS A2P Global

tyntec
2019-06-24 20:06 95

Fasa Pertama Pelancaran akan Lantik tyntec sebagai Penyedia Eksklusif Perkhidmatan SMS A2P Antarabangsa untuk Pasaran Telekomunikasi Indonesia

MUNICH dan DOHA, Qatar, 24 Jun 2019 /PRNewswire/ -- tyntec, penyedia komunikasi awan bertaraf global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perkongsian eksklusif dengan Ooredoo Global Services, cabang borong Ooredoo, salah sebuah syarikat telekomunikasi yang paling pantas berkembang di dunia. Di bawah perjanjian berkenaan, tyntec akan menyediakan perkhidmatan SMS A2P kepada beberapa syarikat operasi Ooredoo Group.

Pemesejan mudah alih dalam komunikasi jenama-kepada-pengguna menjadi semakin penting. TMR Research meramalkan bahawa menjelang tahun 2025, pasaran SMS A2P akan mencecah USD86.53 bilion. tyntec mendepani pertumbuhan ini. Melalui jalinan kerjasama dengan Ooredoo Group, syarikat ini menyediakan cara yang paling pantas dan paling andal untuk perusahaan-perusahaan mendekati pengguna melalui rangkaian Ooredoo di seluruh Timur Tengah dan Asia Tenggara melalui satu penyedia. tyntec turut menyediakan Ooredoo dengan cara yang selamat untuk menjana keuntungan daripada rangkaian luasnya dan memenuhi keperluan pelanggan untuk berinteraksi dengan perniagaan sebagaimana yang dilakukan oleh mereka bersama rakan-rakan dan keluarga mereka.

Pelancaran pertama perkongsian ini akan bermula pada suku kedua tahun 2019, apabila semua trafik SMS A2P antarabangsa ke Indosat Ooredoo, syarikat operasi Ooredoo di Indonesia datangnya daripada tyntec. Ini akan menggantikan semua penyedia SMS A2P rentas sempadan sedia ada yang lain. tyntec akan meneruskan pelancarannya kepada pasaran-pasaran tambahan dengan bekerjasama bersama syarikat-syarikat operasi Ooredoo di Myanmar, Oman dan Tunisia.

"Perkongsian ini merupakan sebahagian daripada momentum global berterusan tyntec dan akan meningkatkan dengan ketara ketersambungan mendalam kami yang luas ke dalam rangkaian syarikat telekomunikasi di seluruh dunia," kata Nicola Wolfram, Ketua Pegawai Eksekutif tyntec. "Kami membina pelancaran terkini kami melalui WhatsApp Business API dan perkongsian strategik yang lain bagi memastikan perusahaan-perusahaan mendapat penyelesaian yang paling tangkas untuk terhubung dengan pelanggan mereka, tanpa mengira saluran komunikasi pilihan mereka. Ooredoo ialah peneraju jelas antara syarikat-syarikat telekomunikasi mudah alih global dan dengan memeterai perkongsian eksklusif bersama mereka, kami dapat menyediakan cara yang paling pantas dan paling andal untuk perusahaan-perusahaan mendekati ratusan juta pengguna di Timur Tengah, Asia dan selanjutnya."

"tyntec merupakan pilihan yang jelas buat kami. Rekod prestasi syarikat dalam pasaran dan infrastruktur selamat daripadanya memberi ketenangan minda yang kami perlukan untuk mengambil langkah yang strategik ini," kata Sheikh Saud Bin Nasser Al Thani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ooredoo. "Ooredoo memiliki reputasi sekian lama dalam menyediakan liputan komunikasi yang unggul kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia dan perkongsian ini akan terus mengukuhkan kedudukan kami dalam memenuhi kehendak pelanggan kami yang berubah-ubah sekaligus mencipta nilai yang lebih besar daripada rangkaian kami."

Latar Belakang tyntec
tyntec ialah penyedia komunikasi awan bertaraf global dan pengendali pemesejan aplikasi-kepada-individu global yang diiktiraf sebagai penyedia Tahap Satu dalam Laporan Prestasi Vendor Pemesejan SMS A2P 2019 ROCCO. tyntec membolehkan syarikat-syarikat berkomunikasi dengan pelanggan serta tenaga kerja mereka pada peranti mudah alih. tyntec membina ketersambungan globalnya dari bawah dan membangunkan API awan sehingga ke tahap tertinggi bagi menyediakan kelebihan penuh komunikasi awan pada skala global. Memanfaatkan ketersambungan gred-pembawanya, tyntec terus memajukan bagaimana perusahaan hari ini menggunakan perkhidmatan sejagat melibatkan pemesejan, suara, nombor telefon dan pengesahan untuk berhubung dan melaksanakan urus niaga dengan orang ramai di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.tyntec.com 

Latar Belakang Ooredoo Global Services
Ooredoo Global Services (OGS), cabang borong Ooredoo, menyediakan rangkaian bertaraf dunia yang berperanan sebagai pertukaran global untuk suara, kapasiti dan trafik perayauan. Ia menawarkan pelanggan borong dan pelanggan pembawa dengan salah satu rangkaian merangkai padan internet yang terbesar di Timur Tengah dan saling terhubung dengan lebih 100 pengendali termasuk banyak pengendali terbesar di dunia. Ooredoo terus memeterai perkongsian baharu dengan peneraju-peneraju serantau dan global bagi menyediakan tahap perkhidmatan yang lebih tinggi serta pengalaman yang lebih baik untuk semua pelanggan kami.

Latar Belakang Ooredoo
Ooredoo ialah sebuah syarikat komunikasi antarabangsa yang beroperasi di seluruh Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Tenggara. Berkhidmat kepada pengguna dan syarikat dalam 10 negara, Ooredoo membawakan pengalaman data yang utama melalui pelbagai kandungan dan perkhidmatan yang luas melalui rangkaian mudah alih dan tetap yang termaju serta bertumpu data.

Ooredoo menjana pendapatan sebanyak USD 8.2 bilion setakat 31 Disember 2018. Sahamnya disenaraikan pada Bursa Saham Qatar dan Bursa Sekuriti Abu Dhabi.

LinkedIn: www.linkedin.com/company/ooredoo-group/ 
Twitter: www.twitter.com/ooredoo 
Facebook: www.facebook.com/ooredoogroup 
Instagram: www.instagram.com/ooredoogroup 
YouTube: www.youtube.com/ooredoogroup 
Laman sesawang: www.ooredoo.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151118/289017LOGO

Source: tyntec
Related Links:
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services