DUBAI, UAE, 4 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Malabar Gold & Diamonds, merupakan salah satu antara jenama global barang kemas yang terbesar dan mempunyai sehingga 250 bilik pameran telah melantik Anil Kapoor ke dalam senarai yang diterajui bintang ternama bagi duta-duta jenama tersebut. Anil Kapoor yang terkenal dengan lakonan beliau yang versatil & bersahaja pernah muncul dalam pelbagai filem dan siri televisyen Hollywood, Bollywood. Kerjaya beliau mencakupi hampir 40 tahun lamanya sebagai pelakon dan juga penerbit sejak tahun 2005. Beliau pernah memenangi pelbagai anugerah dalam kerjaya beliau termasuk dua Anugerah Filem Kebangsaan, Anugerah Screen Actors Guild dan enam Anugerah Filmfare menerusi pelbagai kategori lakonan.
Anil Kapoor akan dapat dilihat dalam siri iklan TV baharu oleh Malabar Gold & Diamonds yang dikenali sebagai 'Malabar Promises' yang akan disiarkan dalam masa terdekat. Malabar Gold & Diamonds sebelum ini telahpun melantik Kareena Kapoor Khan, Tamannaah Bhatia dan Ratu Dunia Manushi Chhillar (2017) sebagai duta Jenama mereka.
"Kami berasa gembira untuk menerima Mr Anil Kapoor ke dalam Keluarga Malabar. Kami telah bekerjasama dengan beliau sejak 5 tahun lalu untuk pelbagai acara pembukaan rasmi , maka ini merupakan suatu perkembangan yang dijangkakan daripada hubungan dua pihak. Kemasyhuran dan pengiktirafan beliau di India serta seluruh dunia sememangnya akan melengkapi dan mengukuhkan strategi komunikasi kami bagi mencapai rancangan peluasan agresif yang dibuat di India sebagaimana rancangan kami di seluruh dunia," kata En. MP Ahammed, Pengerusi – Malabar Group.
"Saya hanya menyokong jenama yang saya percayai, memandangkan ia turut disertai dengan banyak tanggungjawab," kata Anil Kapoor berhubung peristiwa berkenaan. "Saya berbesar hati & teruja kerana jenama seperti Malabar Gold & Diamonds telah menunjukkan kepercayaan terhadap saya dan memilih saya sebagai wajah duta jenama mereka. Saya telah menghadiri banyak majlis perasmian Malabar Gold & Diamonds di India & luar negara, maka hal ini seakan-akan satu peluang besar yang baik buat saya."
Malabar Gold & Diamonds adalah syarikat utama Malabar Group, sebuah syarikat konglomerat perniagaan India yang pelbagai. Ditubuhkan pada tahun 1993 di negeri Kerala, India, hari ini Malabar Gold & Diamonds mempunyai jaringan jualan yang mantap menerusi 250 pusat pameran merentas 10 negara, 14 pusat pembekal selain pejabat, pusat reka bentuk dan kilang yang tersebar di seluruh India, Timur Tengah, Timur Jauh & AS. Dengan perolehan tahunan sebanyak $4.51 bilion, syarikat kini berada dikalangan pembekal barang kemas yang terbesar di dunia. Syarikat merancang meluaskan pasaran di peringkat antarabangsa termasuk wilayah-wilayah baharu seperti Bangladesh, Sri Lanka, Australia, Kanada, Mesir, Turki dan sebagainya.
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/955591/Malabar_Gold_Diamonds_Anil_Kapoor.jpg