ISTANBUL, 9 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- MLP Sağlık Hizmetleri A.Ş. (BIST: MPARK), penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan persendirian yang terkemuka di Turki, hari ini mengumumkan keputusan kewangannya untuk suku kedua dan separuh pertama tahun 2019.
Sorotan Utama Kewangan
Sorotan Utama Operasi
Dr. Muharrem Usta, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MLP Care, mengulas:
"Pada suku kedua tahun 2019, kami mencatatkan pertumbuhan sebenar melebihi inflasi dalam kedua-dua pendapatan dan angka EBITDA. Pendapatan pelancongan perubatan asing (FMT) kami terus berkembang selari dengan jangkaan kami dengan sokongan daripada usaha-usaha pengiklanan kami yang berjaya."
Meskipun pasaran insurans penjagaan kesihatan di Turki terus berkembang dengan pesat, bilangan individu dengan insurans tambahan meningkat sebanyak lebih 1 juta buat pertama kalinya pada Jun 2019. Ia menjadi sumber kebanggaan buat kami untuk mengekalkan kedudukan kukuh kami dalam pasaran ini. Perjanjian yang ditandatangani dengan Bupa Acıbadem Sigorta pada bulan April mula menyumbang secara positif kepada trend pertumbuhan kami dalam segmen insurans penjagaan kesihatan persendirian.
Selain itu, kami teruja untuk mempercepatkan kajian kami dalam bidang pendigitalan dan kecerdasan buatan hasil daripada strategi jangka panjang kami. Sebagai salah sebuah syarikat utama dalam sektor penjagaan kesihatan, kami percaya bahawa usaha-usaha kami dalam bidang-bidang ini akan menjadi antara trend penjagaan kesihatan utama dalam negara kami dan akan menginspirasikan sektor ini."
LATAR BELAKANG MLP CARE
Kami merupakan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan persendirian yang terbesar di Turki dari segi bilangan hospital, katil dan skop geografi berdasarkan jejak kami dengan 31 hospital dan sekitar 6,000 katil dalam 17 bandar di seluruh negara. Kami merawat lebih 2 juta individu setahun yang mana kebanyakan pesakit kami terdiri daripada segmen-segmen pertengahan atas dalam pasaran. Kami menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan penjagaan kesihatan bermula dengan ginekologi, kardiologi, onkologi, ortopedik, penjagaan intensif kepada rawatan rumit seperti transplan organ dan sumsum tulang. Setakat 30 Jun 2019, kami menggaji kira-kira 20,000 kakitangan termasuk lebih 2,200 pakar perubatan, diurus oleh ketua pasukan pejabat yang menyepadukan operasi lapangan, menetapkan strategi dan memantau prestasi waktu nyata dalam kesemua 31 hospital.
Untuk laporan kewangan dan maklumat lanjut berkaitan MLP Care, sila kunjungi laman sesawang kami di http://investor.mlpcare.com/en/ atau anda boleh menghubungi:
Dr. Deniz Can Yücel
Pengarah Strategi dan Perhubungan Pelabur
T +90-212-227-5555 (Samb: 1148)
E deniz.yucel@mlpcare.com
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/832651/MLP_Care_Logo.jpg