RIYADH, Arab Saudi, 14 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Joy Entertainment Industry Forum (Joy Forum19), berlangsung pada 13-14 Oktober di Ritz-Carlton, Riyadh, dan menghimpunkan perintis hiburan dari seluruh dunia:
Forum ini diilhamkan oleh Wawasan 2030 Kerajaan dan dianjurkan oleh General Entertainment Authority (GEA) akan menghimpunkan peluang-peluang hiburan antarabangsa bagi peluang-peluang pelaburan yang luar biasa, pemimpin hiburan tempatan dan global untuk membina hubungan dengan agensi kerajaan dan perniagaan Saudi.
Panel Forum yang ramai dan pelbagai akan membincangkan cara untuk memperkaya dan meningkatkan kualiti hidup, mempelbagaikan ekonomi, impak teknologi terhadap hiburan, masa depan permainan digital, hiburan maya, berkomunikasi dengan pereka bandar-bandar hiburan, dan sukan persaingan. Ahli-ahli panel akan membincangkan kepentingan melaksanakan projek besar dan meluaskan infrastruktur untuk mencipta peluang pelaburan dalam sector hiburan.
Latar Belakang General Entertainment Authority
General Entertainment Authority ditubuhkan selaras dengan Wawasan 2030 untuk mengawal selia dan membangunkan sector hiburan dalam Kerajaan dan menyediakan pilihan hiburan dan peluang untuk semua segmen masyarakat dalam seluruh rantau Kerajaan demi untuk memperkayakan kehidupan warganya dan membawakan kegembiraan kepada mereka. Ia juga merangsang peranan sector swasta dalam membina dan membangunkan aktiviti libur. GEA menyokong ekonomi dalam Kerajaan dengan menyumbang kepada pempelbagaian sumbernya dan meningkatkan keluaran dalam negara kasar, menyokong perusahaan kecil dan sederhana dan meningkatkan pelaburan langsung asing dalam sector hiburan.
Latar Belakang Entertainment Industry Forum
Entertainment Industry Forum 2019 ialah inisiatif General Entertainment Authority yang menyasarkan pembangunan sector hiburan dalam Kerajaan selaras dengan aspirasi Wawasan 2030 dan berusaha untuk menyediakan peluang pelaburan mapan, budaya riang, dan masyarakat yang meriah. Forum ini menyasarkan penciptaan platform yang mantap untuk pembinaan dan pembangunan industry hiburan di Arab Saudi, serta menyediakan peluang hiburan baharu, dan pertukaran pengalaman global dalam bidang berbeza bagi sektor yang berkembang ini.
Untuk maklumat lanjut: www.joyforum.com