NEW YORK, 18 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- JCS International mengumumkan tiga pemenang bagi JCSI Young Creatives Award 2019. Filem-filem pendek yang berjaya, dipilih daripada 26 finalis yang memberikan respons kepada tema tahun ini "Stand Up for Peace," ("Bangkit Pertahankan Keamanan") ialah Next To Me (Filipina), It Starts Within (Albania) dan P.E.A.C.E. – A Spoken Word (United Kingdom).
JCS International Young Creatives Award diwujudkan untuk memupuk bakat muda di seluruh dunia sekaligus mencetuskan perbualan berkisarkan keamanan. JCS International ditubuhkan oleh pemimpin perniagaan dan kedermawanan Ronald S. Lauder. Organisasi yang berpangkalan di Bandar Raya New York itu terlibat dalam pelbagai aktiviti dan perkhidmatan termasuk advokasi, kajian dasar, komunikasi strategik dan penciptaan kandungan.
"Kami melihat JCS International Young Creatives Award sebagai cara yang amat hebat untuk menggalakkan keamanan melalui seni," kata Lauder, juga seorang penerima Anugerah Direktorat di International Emmys ke-34 pada tahun 2006. "Pemenang-pemenang tahun ini memperlihatkan tiga contoh paling baik visi berkenaan."
Pemenang-pemenang bagi tahun 2019 dipilih oleh panel reben biru juri antarabangsa yang terdiri daripada Michal Grayevsky, pengerusi juri, presiden JCS International dan pengasas Young Creative Awards; Amanda Nguyen, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Rise; Fred Graver, perunding; Anne Bahr Thompson, pengarah urusan kedermawanan, Synergos; Lisa Azuelos, penerbit dan pengarah filem; Devin Woods, pengurus program; Big Bad Boo; Alvaro Pereira, wartawan televisyen, dan Oliver Mahrdt, penerbit filem dan festival.
Ketiga-tiga pemenang akan diterbangkan ke New York untuk menerima anugerah mereka pada hari Sabtu, 23 November, di Festival Televisyen Dunia International Emmy. Gala Anugerah International Emmy akan disusuli pada hari Isnin, 25 November.
Maklumat tentang pemenang-pemenang:
Next To Me
It Starts Within
P.E.A.C.E. – A Spoken Word
Hubungi: community@mg745fifth.com
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1009268/JCS_International___Ronald_S_Lauder.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1011733/JCS_International2.jpg