omniture

Connell bawakan produk inovatif kepada pelanggan dengan perjanjian pengedaran Geltor

Connell
2019-11-06 22:16 92

Kolagen 100% bebas haiwan bakal revolusikan pasaran kecantikan antarabangsa yang semakin berkembang   

SAN FRANCISCO, 6 November 2019 /PRNewswire/ -- Connell, sebuah syarikat Wilbur-Ellis dan pemasar serta pengedar utama bahan kimia serta ramuan khusus di Asia Pasifik, hari ini mengumumkan ia menjadi pengedar eksklusif untuk Geltor, sebuah syarikat biorekaan yang membangunkan protein pereka bernilai tinggi, bermula dengan kolagen. Protein-proteinnya adalah 100% bebas daripada unsur haiwan dan juga bebas GMO serta diusahakan menggunakan proses penapaian yang mampan. Ibu pejabat Geltor terletak di San Leandro, California.

Melalui jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang paling inovatif, Connell memberikan pelanggannya nilai kreatif dalam pembangunan produk baharu bagi membantu mereka mendorong bahagian pasaran dan pertumbuhan. Saluran komprehensif Connell yang melibatkan produk rintis, penyelesaian teknikal dan rantaian bekalan menawarkan pengalaman pelanggan yang unggul serta peluang untuk inovasi yang kolaboratif. Menerusi perjanjian pengedaran ini, Connell memperkenalkan teknologi yang akan merevolusikan pasaran penjagaan peribadi di Asia Pasifik.

Memandangkan ia dihasilkan menggunakan proses penapaian yang bersih tanpa input haiwan, rangkaian kolagen semula jadi dan premium daripada Geltor merupakan yang paling tulen yang terdapat dalam pasaran. Digunakan dalam formulasi penjagaan kulit, ia mewujudkan keserasian bio dengan kulit manusia, di samping turut dihasilkan secara lebih mampan dan beretika berbanding kolagen bersumberkan haiwan. Ramuan yang serba guna ini boleh digunakan dengan cara baharu bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah-ubah, seperti dalam pembuatan produk-produk halal untuk pasaran kecantikan umat Islam yang semakin berkembang. Geltor mendapat sambutan yang menggalakkan di pameran perdagangan yang diadakan baru-baru ini di Asia yang mana pengguna serta merta mengiktiraf kualiti tinggi produk-produknya.

"Saya amat kagum dengan pendekatan Geltor terhadap inovasi," kata Azita Owlia, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Connell. "Ia benar-benar memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah pelanggan, sama seperti yang kami lakukan di Connell. Kami bertanggungjawab untuk memberikan pelanggan kami inovasi terkini bagi membantu mereka memenuhi keperluan pelanggan mereka sendiri. Pada masa kini, kemampanan menjadi keutamaan tertinggi buat pengguna. Perikatan dengan syarikat-syarikat seperti Geltor membantu pelanggan kami untuk memberi prestasi yang begitu cemerlang dalam bidang mereka ini."

"Geltor teruja untuk bekerjasama dengan rakan kongsi pengedaran bertaraf dunia dengan kaliber Connell ini," kata Alexander Lorestani, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Geltor. "Komitmen tanpa kompromi pasukan berkenaan terhadap kecemerlangan dalam segala-gala yang mereka lakukan begitu ketara sejak dari mula terjalinnya hubungan kami. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Connell untuk membawakan faedah-faedah bahan-bahan Geltor kepada pelanggan di seluruh rantau Asia Pasifik."

Perjanjian ini dijangka berkuat kuasa serta merta. Untuk maklumat lanjut tentang Connell dan Geltor, sila kunjungi connellworld.com dan Geltor.com.

Latar Belakang Connell
Connell ialah pemasar dan pengedar terkemuka bagi bahan kimia serta ramuan khusus. Ia membawakan pandangan dan perkhidmatan luar biasa kepada pasaran kehidupan dan sains perindustrian, di samping mempromosi jaringan luas pengeluar global yang terkemuka, produk rumusannya sendiri selain kepakaran teknikal, pemasaran dan rantaian bekalan luas melalui 48 pejabat di 18 negara di seluruh Asia Pasifik dan Amerika Syarikat. Connell ialah sebuah syarikat Wilbur-Ellis. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi connellworld.com.

Latar Belakang Syarikat-syarikat Wilbur-Ellis
Ditubuhkan pada tahun 1921, syarikat-syarikat Wilbur-Ellis ialah pemasar dan pengedar antarabangsa yang terkemuka bagi produk pertanian, pemakanan haiwan dan bahan kimia serta ramuan khusus. Dengan membina hubungan yang kukuh, membuat pelaburan pasaran yang strategik serta memanfaatkan peluang-peluang baharu, syarikat-syarikat Wilbur-Ellis terus mengembangkan perniagaan dengan jualan yang kini mencecah lebih $3.1 bilion. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi wilburellis.com.

Latar Belakang Geltor
Geltor ialah sebuah syarikat biorekaan yang mencipta protein pereka yang bernilai tinggi, bermula dengan kolagen. Protein-proteinnya adalah 100% bebas daripada unsur haiwan dan juga bebas GMO, diusahakan menggunakan proses penapaian yang mampan. Produk-produk kolagen pereka Geltor menyediakan fungsi dan faedah yang belum pernah terjadi sebelum ini buat pengguna, di samping menghasilkan kurang sisa dan menggunakan sumber asli yang sedikit berbanding proses tradisional yang diperoleh daripada produk sampingan haiwan. Geltor ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Alexander Lorestani serta Nick Ouzounov dan berpangkalan di San Leandro, California. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Geltor.com.    

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/887002/Connell_Logo.jpg

Source: Connell
Keywords: Chemical Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Contracts