omniture

GCL SI Sokong Loji Janakuasa Solar Apungan di Teluk Parsi

GCL-SI
2020-07-03 03:17 275

SUZHOU, China, 3 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Kajian oleh Laporan PV Apungan IHS Markit 2020 baru-baru ini mendedahkan bahawa pemasangan kuasa solar apungan dijangka melonjak sebanyak 143% berbanding tahun 2019 bagi mencecah lebih daripada 900 MW penambahan kapasiti tahunan pada tahun ini. GCL System Integration (GCL SI), bersedia untuk menerajui segmen pertumbuhan tinggi ini dengan mengukuhkan kehadirannya dalam sektor ladang solar apungan. Baru-baru ini, syarikat baru sahaja mengumumkan barisan panel solar kalis air sepenuhnya telah memainkan peranan penting dalam pembangunan loji janakuasa solar apungan di luar pantai Pulau Nurai di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Terletak berhampiran pulau peranginan mewah Nurai, pembangun solar tempatan, Enerwhere telah membina loji janakuasa solar apungan pertamanya di air laut Timur Tengah menggunakan modul solar dwikaca berpaten GCL SI. Selain daripada panel solar, projek bercita-cita tinggi ini dijayakan melalui penggunaan struktur apungan dan pelekap yang dibina oleh Sungrow.

Walaupun konsep solar apungan ideal untuk penjimatan ruang, apabila diamalkan, ia sangat mencabar. Modul dwikaca berpaten GCL SI direka khas untuk aplikasi marin dan dapat bertahan lebih 30 tahun daripada semburan garam yang berterusan. Agar bertahan selama berdekad-dekad, modul tersebut perlu kalis air dan tahan sepenuhnya terhadap kemungkinan keadaan cuaca yang teruk yang dialami di lautan terbuka. Modul dwikaca GCL SI kesemuanya melepasi ujian IEC yang ketat untuk persekitaran teruk seperti kabus garam, kakisan amonia dan tiupan pasir. Sebagai bukti prestasi berkualiti tinggi dan keandalan modul GCL SI terutamanya apabila digunakan di airan terbuka. Pilihan modul solar keluaran GCL SI oleh Enerwhere menambah satu lagi pencapaian penting kepada portfolio sedia ada GCL termasuk 4 projek solar apungan di seluruh dunia.

Diterajui oleh Dubai Electricity and Water Authority (DEWA), UAE komited terhadap Strategi Tenaga Bersih Dubai 2050, satu rancangan untuk mentransformasikan Dubai menjadi pusat tenaga bersih global menjelang tahun 2050 dengan 75% daripada tenaga elektrik datangnya daripada tenaga bersih termasuk solar. Bagi mencapai sasaran ini, kerajaan berhasrat untuk membina "tasik solar" dengan panel solar terapung di Emiriah Arab Bersatu.

Kitaran hayat modul solar ialah salah satu faktor utama bagi memastikan kemampanan dan keberuntungan projek PV. Dengan ketahanan sebagai keutamaannya, GCL telah mempeloporti teknologi bagi meningkatkan jangka hayat modul solarnya, merendahkan kos bagi setiap unit tenaga elektrik untuk pelabur.

https://www.gclsi.com/

 

Source: GCL-SI
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities