omniture

Arria umum Teknologi Bahasa Tabii untuk sokong automasi analitik dan laporan tambahan - membolehkan penambahan NLG kepada sebarang platform berasaskan API

Arria NLG
2020-08-13 13:37 797

NEW YORK, 13 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Arria NLG (www.arria.com), penyedia teknologi Penjanaan Bahasa Tabii (NLG) yang terkemuka, telah mengumumkan pelancaran Arria Connect, yang membolehkan syarikat membenamkan teknologi bahasa tabii Arria ke dalam papan pemuka dan penawaran produk mereka.

Arria Connect puts the integration capabilities directly into the hands of developers who want to build NLG into their own Business Intelligence (BI) tool, analytics application, website, or process-automation workflow.
Arria Connect puts the integration capabilities directly into the hands of developers who want to build NLG into their own Business Intelligence (BI) tool, analytics application, website, or process-automation workflow.

Arria Connect ialah teras untuk menyokong penerimagunaan NLG yang pesat, teknologi yang diterapkan oleh banyak syarikat dalam aliran kerja mereka untuk mengembangkan perniagaan mereka, merealisasikan penjimatan kos dengan cepat, dan meluaskan jangkauan pasaran mereka. Kini, mana-mana syarikat boleh meletakkan teknologi bahasa tabii Arria dengan mudah ke dalam alat Kecerdasan Perniagaan (BI), aplikasi analitik, laman sesawang, atau aliran kerja automasi proses mereka.

Penjanaan Bahasa Tabii ialah satu bentuk kecerdasan buatan yang mengambil pandangan daripada sumber data yang kompleks dan menyampaikan maklumat tersebut dalam bentuk bertulis atau lisan.

Bersambung ke Platform berasaskan API lain dengan lancar

Senibina berasaskan API terbuka Arria membolehkan sambungan yang lancar kepada platform teknologi lain dalam dua cara: 1) membuat panggilan API langsung dari sebarang aplikasi yang boleh berkomunikasi melalui HTTP; data diambil dan naratif dikembalikan secara automatik; atau, 2) menggunakan Kit Pencepat Integrasi Arria Connect untuk menyematkan NLG dalam platform perisian untuk menggabungkan naratif. Pengguna juga mempunyai keupayaan untuk bekerja dengan penyelesaian NLG prabina Arria dan mengkonfigurasikan mereka.

Pembangun tanpa pengalaman NLG boleh memanfaatkan perpustakaan pra-bina Arria Connect untuk penyepaduan yang mudah daripada membina dari mula. Di samping penyelesaian NLG pra-bina Arria, Arria Connect juga datang dengan sampel pelaksanaan NLG, kod sampel, dan satu set dokumentasi yang lengkap.

Pandangan Mendalam Boleh Diambil Tindakan dalam Beberapa Saat

Menggabungkan naratif yang didorong data di samping analisis visual menambah nilai serta merta dan pengalaman yang dipertingkatkan, yang menggalakkan penerimagunaan BI yang lebih luas di seluruh perusahaan. Orang biasa, bukan hanya penganalisa kewangan, boleh memahami dan mendapat makna daripada angka melalui bantuan naratif. Dan, apabila kepantasan maklumat menjadi penting untuk membuat keputusan, kecekapan NLG memberikan pandangan mendalam yang boleh diambil tindakan dalam beberapa saat bukannya berjam atau berhari.

Pengguna perisian BI telah menyaksikan faedah-faedah analisis bahasa tabii bertulis bawakan kepada papan pemuka mereka. Ini kerana manusia lebih memahami melalui cerita. Apabila penatap papan pemuka dapat membaca kisah yang diceritakan oleh data mereka, selain daripada melihat secara visual, ia adalah lebih cepat dan mudah untuk memahami makna dan mencari pandangan mendalam terpenting yang tersimpan dalam data.

Begitu juga, Arria Connect boleh digunakan dengan program perisian untuk data farmaseutikal, laporan jualan, atau mana-mana penggunaan perniagaan lain di mana aplikasi atau laman sesawang boleh dipertingkatkan dengan naratif bertulis yang dihasilkan dengan serta merta.

Sharon Daniels, Ketua Pegawai Eksekutif Arria, menerangkan, "Arria Connect ialah satu cara untuk syarikat-syarikat menambah nilai segera dan membezakan mereka daripada pesaing mereka, meningkatkan pangkalan pengguna mereka, dan berada di depan lengkung teknologi." Kit Pencepat Integrasi mempercepatkan kerja pembangunan dan masa untuk dipasarkan. Anda tidak perlu membina sepasukan orang dan melalui keluk pembelajaran untuk membina sistem NLG – teknologi ini telah dibina, terbukti, dan digunakan secara global."

Pelancaran Arria Connect tiba pada masa apabila Arria sedang membina suit teknologinya untuk pelbagai kes penggunaan. Walaupun teknologi teras dan integrasi Arria membantu syarikat melaksanakan NLG dengan mudah untuk lembaran hamparan, papan pemuka kecerdasan perniagaan, perbualan suara/sembang, dan aliran kerja RPA, penawaran Arria Connectlah yang meletakkan keupayaan integrasi terus ke tangan pembangun yang ingin membina NLG di dalam produk mereka sendiri.

NLG Arria ialah satu bentuk kecerdasan buatan yang mengubah data berstruktur kepada bahasa tabii. Melalui analisis data, automasi pengetahuan, penjanaan bahasa dan penyampaian maklumat yang disesuaikan, perisian Arria meniru proses manusia menganalisa dan menyampaikan pandangan data dengan mahir. Arria mengubah data secara dinamik kepada naratif bertulis atau lisan – pada kelajuan mesin dan pada skala yang besar.

Seni bina API Arria membolehkan integrasi yang lancar dengan mana-mana platform BI, RPA atau VOICE. Arria mempunyai konsentrasi kepakaran NLG yang besar di dunia dan mempunyai portfolio paten kepada 32 paten NLG teras yang semakin berkembang.

Hubungan Media: Lyndsee Manna
Lyndsee.manna@arria.com

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1227034/arriaconnect.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1164169/Arria_NLG_Logo.jpg?p=medium600

Source: Arria NLG
Keywords: Computer/Electronics New products/services Data Analytics