omniture

Program Pembasmian Kemiskinan dan Perpasangan Titik Tetap Sinopec Bebaskan Lapan Daerah Daripada Kemiskinan sebagai Respons terhadap Matlamat Pembangunan Mampan PBB

Sinopec
2020-12-03 22:08 146

BEIJING, 3 Disember 2020 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") mengumumkan bahawa Daerah Autonomi Dongxiang di Wilayah Gansu telah dibebaskan daripada belenggu kemiskinan, yang terakhir daripada lapan daerah dalam program pembasmian kemiskinan dan perpasangan titik tetap Sinopec untuk membasmi kemiskinan.

Quinoa Harvest in Dongxiang Autonomous County, Gansu Province, China.
Quinoa Harvest in Dongxiang Autonomous County, Gansu Province, China.

 

SINOPEC Primary School in Baingoin County of Tibet Autonomous Region.
SINOPEC Primary School in Baingoin County of Tibet Autonomous Region.

 

Zhushan Style B&B in Fenghuang County, Hunan Province, China.
Zhushan Style B&B in Fenghuang County, Hunan Province, China.

 

Tujuh daerah terdahulu dalam program pembasmian kemiskinan Sinopec yang telah dapat mengatasi masalah kemiskinan ialah daerah Fenghuang dan Luxi di Wilayah Hunan, daerah Yingshang dan Yuexi di Wilayah Anhui, Daerah Yopurga di Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur, Daerah Baingoin di Wilayah Autonomi Tibet dan Daerah Zeku di Wilayah Qinghai.

Sinopec telah membangunkan rancangan pembasmian kemiskinan yang tepat mengikut ciri-ciri dan kelebihan-kelebihan wilayah.

Dalam pembasmian kemiskinan melalui pembangunan industri, Sinopec telah beradaptasi dengan keadaan setempat dan khazanah semula jadi bagi membangunkan industri-industri khusus seperti menggalakkan penghasilan quinoa di Daerah Dongxiang, siri produk buah-buahan kering "Sunshine Bazaar" di Xinjiang dan projek "Easy Joy-Zhuoma Spring" yang membawa air minuman semula jadi dari Tibet kepada pengguna di seluruh negara.

Dalam pembasmian kemiskinan melalui penggunaan, Sinopec telah membantu produk-produk daripada program pembasmian kemiskinan untuk menembusi pasaran negara melalui 27,000 kedai serbaneka stesen minyak dan tujuh platform membeli belah pembasmian kemiskinan dalam talian, dengan seluruh sistem Sinopec mengambil bahagian secara proaktif dalam inisiatif berkenaan. Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, Sinopec telah membantu menjual produk pembasmian kemiskinan yang bernilai lebih daripada CNY600 juta (US$91.40 juta).

Dari segi pembasmian kemiskinan melalui pekerjaan, Sinopec telah menganjurkan pameran pekerjaan khas di wilayah-wilayah yang dilanda kemiskinan dengan matlamat agar "pekerjaan seorang individu dapat membebaskan sebuah keluarga daripada kemiskinan." Program Latihan Pembasmian Kemiskinan Sinopec ditubuhkan untuk menawarkan kemahiran vokasional dan latihan pertanian tetap.

Dalam menggalakkan pembasmian kemiskinan melalui pendidikan, Sinopec telah membina 68 buah sekolah di wilayah-wilayah pembasmian kemiskinan yang ditetapkan, membeli lebih daripada 30,000 alat bantu mengajar dan mengeluarkan geran sebanyak lebih daripada 20 juta yuan ($US 3.1 juta). Bagi menyokong selanjutnya pembangunan pendidikan di kawasan-kawasan miskin, Sinopec turut membuka kelas-kelas 'Spring Buds and Resilient' untuk pelajar-pelajar yang memerlukan.

Dari segi pembasmian kemiskinan perubatan pula, Sinopec menjalankan projek kebajikan awam 'Sinopec Lifeline Express Health' selama 16 tahun, memberi harapan kepada lebih daripada 46,000 pesakit katarak di wilayah-wilayah miskin. Syarikat ini turut memperkenalkan sumber-sumber perubatan daripada Peking Union Medical College Hospital (PUMC) ke kawasan-kawasan miskin dan melengkapkannya dengan peralatan perubatan yang sangat diperlukan dan dalam masa yang sama terus menambah baik keadaan perubatan tempatan dan membuat rancangan pembasmian kemiskinan yang tepat.

Sementara itu, Sinopec akan turut memberi tumpuan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk dengan melaksanakan beberapa projek sara hidup termasuk pengangkutan, bekalan air, pencahayaan, saluran paip, pemuliharaan air dan pengubahsuaian bangunan usang yang dapat menangani dan menambah baik masalah kerja dan kehidupan yang melibatkan air minuman, bekalan elektrik, pengangkutan dan perumahan di kawasan-kawasan yang padat penduduk dengan berkesan. Projek-projek ini menggalakkan pembangunan ekonomi di kawasan-kawasan yang dilanda kemiskinan dan membina asas bagi membasmi kemiskinan.

"Sinopec akan memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya dengan bersungguh-sungguh serta menyelesaikan kerja-kerja yang mantap dalam segenap aspek untuk memainkan peranan utama dalam pembasmian kemiskinan, kami akan terus membantu daerah-daerah miskin dalam program pembasmian kemiskinan dan perpasangan titik tetap, dengan sokongan yang tidak ditarik balik dan Sinopec akan menggabungkan hasil yang diperoleh dengan susah payah dan mendorong ke arah pengukuhan luar bandar, berganding bahu dengan penduduk di wilayah miskin untuk berusaha demi masa depan yang cerah," kata Zhang Yuzhuo, pengerusi Sinopec.

Sinopec terlibat secara aktif dalam pembasmian kemiskinan sejak tahun 1988, ia telah melabur sebanyak lebih daripada 2.4 bilion yuan (US$ 365.6 juta) dalam sokongan dan bantuan. Sehingga kini, sebanyak 67 perusahaan gabungan Sinopec menjalankan projek sokongan di 709 buah kampung, dengan sejumlah 1,945 anggota kakitangan berjuang di barisan hadapan dalam pembasmian kemiskinan.

Sinopec telah mencapai hasil yang luar biasa dalam amalan dan penerokaan berterusan terhadap usaha pembasmian kemiskinan tepat, yang membawa kepada penubuhan model pembasmian kemiskinan Sinopec yang mendorong industri menerusi penggunaan, merangsang pekerjaan dengan industri dan mendorong kekuatan produktif di kawasan-kawasan yang dilanda kemiskinan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.sinopecgroup.com/group

Source: Sinopec
Related Stocks:
HongKong:0386 NYSE:SNP Shanghai:600028
Keywords: Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility