omniture

Iyuno-SDI Group Memperoleh Pelaburan Bernilai $160 juta daripada SoftBank Vision Fund 2

Iyuno-SDI Group
2021-04-09 19:36 592

Pelaburan yang bertujuan untuk menjana pembangunan teknologi generasi seterusnya dan menyampaikan kandungan sedunia yang disetempatkan ke seluruh dunia 

LOS ANGELES, 9 April 2021 /PRNewswire/ -- Iyuno-SDI Group, penyedia perkhidmatan penyetempatan terkemuka dalam industri media dan hiburan ("Iyuno-SDI" atau "Syarikat"), hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh pelaburan bernilai $160 juta daripada SoftBank Vision Fund 2*. Pelaburan ini akan menyediakan Iyuno-SDI dengan sumber yang diperlukan untuk menyokong misinya dalam melaksanakan transformasi ke atas industri penyetempatan. SoftBank Vision Fund 2 akan menjadi salah satu pemegang saham Iyuno-SDI yang terbesar dan menyertai barisan Ahli Lembaga Pengarahnya bersama-sama dengan Altor, David Lee - Ketua Pegawai Eksekutif Iyuno-SDI Group, Shamrock Capital Advisors dan SoftBank Ventures Asia Corp.

Iyuno-SDI Group merupakan peneraju dalam membangunkan penyelesaian canggih, memanfaatkan teknologi Terjemahan Mesin Neural dan AI terbaik dengan gabungan kemahiran kreatif dan linguistik daripada pengalaman kolektif selama 70 tahun dalam menyampaikan perkhidmatan penyetempatan berkualiti terbaik kepada para pengeluar dan pengedar kandungan yang terbesar di dunia.

"Penyertaan SoftBank Vision Fund 2 ke dalam kumpulan para pelabur Iyuno-SDI yang mengagumkan ini merupakan satu pencapaian penting dalam evolusi syarikat kami," kata David Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Iyuno-SDI Group. "Syarikat di bawah portfolio Softbank Vision Fund 2 sangat transformatif dalam industri mereka masing-masing dan Iyuno-SDI amat berbangga dapat menyertai rangkaian perniagaan yang menginovasi dan memajukan kecanggihan teknologi."

"Kami percaya sektor media dan hiburan sedang mengalami perubahan secara besar-besaran, kerana corak agihan dan penggunaan kandungan telah berubah secara dramatik," kata Chris Lee, Pengarah SoftBank Investment Advisers. "Kami teruja untuk bekerjasama dengan David dan pasukan Iyuno-SDI bagi menyokong misi untuk menyampaikan perkhidmatan penyetempatan yang dipacu teknologi kepada industri media dan hiburan."

SoftBank Group sebelum ini merupakan salah satu pelabur institusi pertama Iyuno Media Group melalui entiti modal teroka, SoftBank Ventures Asia Corp. pada tahun 2018 dan telah menyokong inisiatif pertumbuhan syarikat tersebut secara berterusan.

Pengumuman tentang pelaburan SoftBank Vision Fund 2 ke dalam Iyuno-SDI berlaku dua minggu selepas Iyuno Media Group menyelesaikan pengambilalihannya ke atas SDI Media – penggabungan yang hampir menggandakan jejak global kedua-dua buah syarikat dengan memiliki 67 buah pejabat di 34 buah negara.

TENTANG IYUNO-SDI GROUP
Iyuno-SDI Group ialah penyedia perkhidmatan penyetempatan terkemuka dalam industri media dan hiburan. Sebagai rakan kongsi global yang dipercayai oleh studio hiburan, platform penstriman dan pencipta di seluruh dunia, ia menawarkan perkhidmatan penyetempatan serba lengkap – daripada perkhidmatan alih suara, sari kata dan akses kepada pengurusan media, transformasi dan perkhidmatan pengedaran – dalam lebih 100 bahasa untuk setiap jenis platform edaran kandungan. Dengan sejarah kecemerlangan dalam industri sejak tahun 1965, syarikat tersebut tidak dapat ditandingi dari segi kepakaran operasi, skala, kapasiti dan perkhidmatannya yang amat luas.

Iyuno-SDI Group telah ditubuhkan pada tahun 2021 berikutan pengambilalihan SDI Media oleh Iyuno Media Group. Dengan memanfaatkan yang terbaik dalam melahirkan bakat kreatif dan teknikal, kemudahan canggih dan teknologi generasi seterusnya, syarikat tersebut kini mempunyai jejak global terbesar dengan 67 buah pejabat di 34 buah negara. Pendekatan berskala dan berpusatkan pelanggan syarikat ini memberi tumpuan kepada misinya untuk menghubungkan kandungan dan menghubungkan orang ramai.

*Setakat tarikh siaran akhbar ini, SoftBank Group Corp. telah melaburkan sumbangan modal untuk membolehkan pelaburan SoftBank Vsion Fund 2 ("SVF 2") ke dalam syarikat yang mempunyai portfolio tertentu. Maklumat yang disertakan di sini bertujuan untuk memaklumkan sahaja dan tidak membentuk sebarang tawaran untuk menjual atau permintaan tawaran untuk membeli kepentingan perkongsian yang terhad dalam mana-mana dana, termasuk SVF 2. SVF 2 masih belum memuktamadkan urus niaga ini secara luaran dan mana-mana pelabur pihak ketiga yang berpotensi akan menerima maklumat tambahan berkaitan dengan mana-mana pelaburan SVF 2 sebelum ia ditutup.

Source: Iyuno-SDI Group
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Venture Capital