SINGAPURA, 6 Mei 2021 /PRNewswire/ --
Sila lihat senarai lengkap Asia's 50 Best Bars 2021 di sini.
Senarai Asia's 50 Best Bars 2021 yang ditaja oleh Perrier telah diumumkan melalui majlis anugerah maya pada 6 Mei jam 6 petang waktu SG/HK. Menampilkan bar dari 10 buah negara di Asia, edisi keenam anugerah tahunan ini bermatlamat untuk mengiktiraf bakat, dedikasi dan kebingkasan yang hebat yang dapat disaksikan di seluruh landskap koktel Asia. Memandangkan kesan buruk yang disebabkan oleh pandemik global ini terhadap perniagaan bar di rantau ini, peranan 50 Best dalam memperjuangkan bar terbaik menjadi semakin kerana organisasi ini ingin memberi inspirasi kepada para pengunjung untuk kembali mengunjungi bar melalui senarai tersebut dan program kandungan berkaitan.
Coa di Hong Kong merangkul kedudukan No.1 untuk membawa pulang anugerah Bar Terbaik di Asia dan Bar terbaik di China yang ditaja oleh Perrier. Kedudukan No.2 ialah Jigger & Pony, Singapura yang turut memenangi Bar Terbaik di Singapura yang ditaja oleh Matusalem. Berada pada kedudukan No.3 ialah The SG Club yang memenangi gelaran Bar Terbaik di Jepun, manakala Indulge Experimental Bistro Taiwan kekal pada kedudukan No.4 dalam senarai, mengekalkan gelaran Bar Terbaik di Taiwan yang ditaja oleh Asahi Super Dry. Sober Company, Shanghai memperoleh kedudukan No.5.
Anugerah Khas
Anugerah khas lain yang diumumkan pada majlis tersebut ialah: MO Bar, Singapura sebagai pemenang Michter's Art of Hospitality Award; Epic, Shanghai sebagai Campari One To Watch; Penicillin, Hong Kong sebagai pemenang Ketel One Sustainable Bar Award; dan Bannie Kang dari Mu, Taipei sebagai Mancino Bartenders' Bartender 2021.
Untuk bahan akhbar: https://www.worlds50bestbars.com/asia/media-centre-registration.php
PDF - https://mma.prnewswire.com/media/1504668/Asia_s_50_Best_Bars_2021_Media_Kit.pdf
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1504849/asias_50_best_bars_2021.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1497626/Asias_50_Best_Bars_2021_Logo.jpg?p=medium600