omniture

EUR 1.6 Bilion untuk Peningkatan Usia Yang Sihat

Leuphana University Lueneburg
2013-04-28 13:04 104

LUENEBURG, Jerman dan DUBLIN, 28 April 2013 /PRNewswire/ -- Universiti Leuphana Lueneburg akan memohon sebuah Projek Inovasi EU, dengan kadar pelaburan sehingga EUR 1.6 bilion – Revolusi Big Data dalam Penjagaan Kesihatan melalui kerjasama Eropah tertumpu dalam bidang-bidang gunaan paling berpotensi – Kerjasama rapat dengan Universiti Pusat Kesihatan Goettingen dan Universiti Zurich serta Republik Malta, Persatuan Vaksin Sclavo di Itali dan ICHOM, antara lainnya.   

Universiti Lueneburg, Jerman terus melangkah jauh dalam bidang inovasi berasaskan penyelidikan dan pembangunan perniagaan. Ia ingin menempa kerjasama erat dengan Institut Teknologi dan Inovasi Eropah (EIT), sebuah institusi Kesatuan Eropah (EU). Ia bakal menangani cabaran dan peluang peningkatan usia secara progresif dalam populasi, hasil daripada jangka hayat yang meningkat di Eropah: Seorang bayi perempuan yang dilahirkan di Jerman hari ini dijangka untuk hidup sehingga berusia 102 tahun. Sebuah projek EU berskala besar bagi menggalakkan inovasi berasaskan ilmu pengetahuan, bertajuk "Hidup Sihat, Penuaan Aktif," bakal merungkai potensi pertumbuhan ekonomi daripada perubahan demografi dan membenarkan orang ramai hidup dengan aktif sehingga lanjut usia. Sehingga EUR 400 juta akan diberikan oleh EU untuk tujuan ini yang akan bermula dalam tahun 2014, tambahan EUR 1,200 juta lagi akan dilabur melalui pembiayaan pelengkap. Dengan dana ini, konsortium ini menyasarkan untuk membina sebuah pasaran dengan kadar pusing ganti utama sebanyak EUR 210 bilion dalam masa tujuh tahun.

"Kita berada di ambang sebuah revolusi dalam penjagaan kesihatan, di mana semua pemegang saham dalam sistem penjagaan kesihatan sedang bersaing untuk memperbaiki hasil yang paling penting pada pesakit", kata Michael Porter dari Universiti Harvard, pengasas-bersama ICHOM, yang merupakan rakan kongsi dalam pertandingan ini. "Nilai besarnya terhadap masyarakat Eropah akan dirungkai melalui penggunaan 'Big Data' lancar dan berkesan bagi merangsang inovasi dalam pendidikan, penyelidikan dan perniagaan di Eropah. Bagi turut sama menjayakan objektif ini, sebuah kumpulan terpilih yang terdiri daripada rakan-rakan kongsi yang sangat dihormati telah ditubuhkan," tambah Holm Keller lagi, Timbalan Presiden Eksekutif di Universiti Leuphana yang bertanggungjawab untuk projek ini.

Konsortium yang diketuai oleh Leuphana ini terdiri dari Republik Malta dengan agensi kebangsaannya yang relevan, ICHOM (Konsortium Antarabangsa untuk Pengukuran Hasil Keputusan Kesihatan) dan para pemegang sahamnya Karolinska Institutet dan Boston Consulting Group, antaranya, Persatuan Vaksin Sclavo di Itali dengan Institut Vaksin Novartis untuk Kesihatan Global dan rangkaian institusi penyelidikan Eropahnya, the University Medical Center of Goettingen dan juga Program Keutamaan Penyelidikan URPP Universiti Zurich tentang Dinamik Penuaan Sihat, Klinik Geriatrik Coburg dan rangkaian BioCon Valley untuk sains hayat dengan rangkaian-rakan kongsinya di Eropah Utara ScanBalt.

Yang Berhormat Dr. Joseph Muscat, Perdana Menteri Malta, menyatakan bahawa "kerajaan Malta menyokong sepenuhnya inisiatif Komuniti Pengetahuan dan Inovasi ini yang sedang dipelopori oleh Universiti Leuphana, dengan Majlis Malta untuk Sains dan Teknologi sebagai entiti penyelaras tempatannya."

Projek ini akan dibuka tirainya oleh rakan-rakan kongsi itu pada 29 April sempena sebuah persidangan EIT di Dublin, Ireland.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini: http://kic.leuphana.com

Hubungi

Henning Zuehlsdorff, Pegawai Perhubungan Awam
Telefon +49-4131 677-1007
E-mel: henning.zuehlsdorff@leuphana.de

Source: Leuphana University Lueneburg
Related Links:
Keywords: Education Health Care/Hospital